...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

30 June 2009

Its All About June

June di atas tidak merujuk kepada sesiapa.Bukan juga nama.Baik benda hidup atau mati.Dan juga bukan manusia.Tapi merujuk kepada bulan Jun 2009.

Hari ini Jun 2009 melabuhkan tirainya.Yang tidak mungkin akan berulang sampai bila-bila pun,betul tak?Setiap tahun bulan ini lah juga yang dinantikan oleh penulis.Telalu banyak signifikannya sementelah bulan ini juga adalah bulan di mana penulis dilahirkan seterusnya menjengah dunia yang fana ini.

Sebenarnya semasa bulan Mei 2009,penulis hanya target 31hb tu birthday wife.Tanpa sebarang perancangan pun untuk bulan berikutnya iaitu Jun.Namun tidak disangka rupanya satu demi satu program menjengah dan mengisi seterusnya memadatkan hujung minggu sepanjang bulan ini.

Apapun ia telah berakhir dan hujung minggu Julai ini diharapkan tiada sebarang aktiviti yang menipiskan poket.Mana tidaknya,bajet penulis untuk membeli TV LCD semakin menjauh dengan sendirinya setelah sekitar RM 1k dibelanjakan sepanjang mengisi hujung minggu sepanjang bulan ini.ho ho ho!

Termasuklah bajet untuk keperluan tidak dijangka.Arghhh! Namun itulah hidup.Kita merancang Allah jua yang menentukan.Apapun memang puas berjalan sepanjang bulan ini.Dan jika tinjauan pendapat turut dijalankan kepada mrs. I dan juga Qaseh,sudah tentu mereka bersetuju dengan pendapat penulis ;-)

Selepas ini penulis terpaksa menjadualkan semula percutian kerana bukan juga poket yang menipis bahkan cuti tahunan juga kian surut menjauhi pantai.Sedar tak sedar tinggal hanya beberapa hari saja lagi.

Belum lagi tolak cuti Hari Raya Aidilfitri,dan berbagai program lagi yang sudah terdapat di dalam perancangan.Fuh....!Sendat juga kalau cuti habis tanpa baki tahun ini.

Untuk akhirnya,beringatlah kita ketika senang kerana sekiranya kita sudah susah,sebenarnya ada lagi yang lagi susah lagi dari kita.Apa kau mengarut ni PENULIS!

Chowwwww......!!!!

29 June 2009

IKEA di IKANO POWER CENTRE




Ahad semalam,ketika dalam perjalanan pulang ke Perak,penulis dan wife serta anak sempat meluangkan masa ke tempat di mana kami sering menemui ketenangan hahaha! Bagaimana padat sekalipun jadual,kami akan cuba mencari masa untuk menjengah tempat ini.

Dalam posting yang lepas-lepas,penulis telah menulis berkenaan tempat ini yang menjadi semacam satu terapi untuk kami melegakan fikiran.Ah! Ngarut betul!

Banyak barang baru kali ini.Harganya pun boleh tahan.Ada yang harganya naik dan begitu juga sebaliknya.Apa yang mengejutkan kali ini ialah, selepas kita membeli barang,tiada lagi beg plastik disediakan.Jika anda mahukan ia,anda perlu membayar RM o.20! Wang tersebut akan didermakan kepada agensi amal yang berkaitan.

Patutlah anda digalakkan membeli beg IKEA yang berharga hanya RM 1.90 berbanding RM 3.90 sebelum ini.

Okeylah,cakap banyak pun tak guna.Sempatla semalam rembat beberapa barang.Lagi satu,kalau anda berniat untuk hanya window shopping,lupakan kerana tangan anda pasti akan ter'tarik' barangnya juga.Yang membezakan hanyalah samada ia yang mahal atau yang murah,yang besar atau yang kecil.

Here I Link To...

Just link and read it.You'll find the conclusion for this issue...kadir jasin
(posting of Sunday 28 June 2009)

26 June 2009

Selepas Hujan...



Pagi-pagi lagi sebaik menunjukkan muka lebih kurang di pejabat,penulis mengajak seorang rakan ke tepi sungai Perak.Hajat di hati ingin membeli beberapa kilo udang galah segar.Maklum abang penulis di KL akan balik ke sini dan mengidam makan udang segar(atau kak Mai yang mengidam?gurau jek).

Membulat mata penulis melihat tiga bekas tadahan yang menempatkan udang-udang segar.Melentik dan mengerekot pasrah menenti giliran menjadi santapan tahap diraja kepada manusia yang dambakan kepuasan peringkat tertinggi!

Namun,apabila dimaklumkan yang semuanya telah ditempah,rasa pitam hampir menyerang.Penjual memaklumkan musim udang baru sahaja kembali.Itupun kerana hujan yang turun baru-baru ini.Sebelum ini memang terlalu kurang bekalan udang yang dijualnya.

Mengalah bukan cara penulis.Membodek,mengapur,menyembur,meludah tolak terajang sahaja, semua dilakukan untuk mendapatkan udang segar tersebut.Akhirnya brader tersebut mengalah tetapi dengan syarat terhad 2 kg sahaja.Mengenangkan hubungan baik,penulis meminta dilebihkan lagi dan Alhamdulillah,ianya berjaya he he he!

Hmmmm....

Era.fm - MJ in memory 2





THR.fm - MJ in memory 1






Penulis tidak mahu mengulas sebarang apa jua tentang MJ yang telah meninggal dunia.Liputan luas di media telah melaporkan sehingga 'rabak' telinga mendengar lagu-lagunya di hampir semua stesen radio.Cuma kalau sesiapa ada maklumat untuk mengesahkan samada MJ telah memeluk Islam semasa hayatnya.

Ini kerana di dalam Buletin Utama sebentar radi menyatakan MJ telah memeluk Islam dan disahkan oleh abangnya.Jika benar,Alhamdulillah,bolehlah dipanggil Allahyarham.

Nota Hati Seorang Lelaki




14 Jun lalu merupakan hari ulangtahun kelahiran penulis dan penulis tidak akan membicarakan lagi tentang hal itu.

Apa yang ingin dikongsi ialah tentang salah satu hadiah yang penulis terima iaitu sebuah buku berjudul Nota Hati Seorang Lelaki.

Melihat judul dan covernya sahaja penulis tahu yang ianya tentu tiada beza dengan buku-buku berunsur dakwah yang lain.Memandang sepi...sepi...dan sepi sehingga berhari-hari lamanya.Jujur tanpa membuka helaiannya dengan serius!

Hinggalah sewaktu lawatan Kula Lumpur minggu lepas,penulis sempat mengambilnya dan memasukkan ke dalam backpack yang ingin dibawa.Tujuannya sebagai 'ubat tidur' di dalam bas.

Selepas setengah jam perjalanan,barulah terdetik di hati ingin meninjau isi di dalam buku tersebut.Sudah lumrah penulis akan membaca cover bahagian belakang di bahagian sinopsis sebelum membaca sesuatu buku.

Walaupun tiada cop 'best seller' di depan atau belakang cover buku tersebut,mata penulis tertancap pada frasa 'carilah sesuatu yang "luar biasa" di sebalik buku yang kelihatan biasa-biasa ini!' dan ianya menerbitkan satu perasaan teruja untuk menyelusuri kandungan seterusnya.

Dan anda memang akan menemui 'luar biasa' tersebut tanpa perlu menunggu lama hingga menjengah ke bahagian tengah halaman buku.

Buku terbitan Telaga Biru ini akan membawa anda ke satu dimensi baru dunia pembacaan yang tidak bertepi.Tanpa sempadan dan rasa terbuai untuk menginsafi diri akan mendorong membaca buku ini hingga noktah yang terakhir!

Anda boleh mendapatkan buku ini di kedai buku yang berhampiran (mungkin) kerana penulis tidak akan memuatkan sepenuhnya isi kandungannya di dalam posting ini.Sebahagiannya mungkin tetapi hanya dari petikan yang terpilih.

Dan ia akan penulis selitkan dari masa ke semasa di ruang 'Renung-renungkan dan Selamat Beramal' di sudut sebelah blog ini kiri.Antara petikannya ialah seperti yang telah penulis paparkan di ruangan tersebut.Bacalah!

25 June 2009

Silicon Valley (sambungan posting 'more journey')






"Silicon Valley is an area that "located on the San Francisco, California, peninsula, radiates outward from Stanford University. It is contained by the San Francisco Bay on the east, the Santa Cruz Mountains on the west, and the Coast Range to the southeast. At the turn of the century, when fruit orchards predominated, the area was known as the Valley of Heart's Delight "

Petikan di atas adalah hasil research yang dibuat oleh penulis di dalam internet.Kalau anda berminat,hanya taip 'silicon valley' di enjin carian google atau enjin carian lain dan terdapat banyak maklumat berkaitannya.

Sebenarnya penulis pernah terbaca di dalam akhbar beberapa bulan lalu,di Malaysia juga terdapat sebuah bandar yang juga digelar lembah silikon.Setanding yang terdapat di California.

Anda pernah terbaca atau mengetahui di mana bandar yang dipanggil lembah silikon itu di Malaysia?Penulis tidak mahu mengulas panjang kerana untuk pengetahuan anda,setelah beberapa kali berkunjung ke bandar tersebut,akhirnya pada minggu yang lalu,penulis berpeluang untuk masuk ke 'pusat' lembah silikon tersebut.

Tidak lain tidak bukan ianya ialah Putrajaya.Dan yang sebenarnya Pejabat Perdana Menteri!

Laratkah anda setiap kali berkunjung ke Putrajaya,anda hanya lepak di dataran Masjid Putra sambil merenung sebuah bangunan yang berkubah seakan bawang itu?Walaupun telah beratus kali?Beribu kali!

Atau masih laratkah anda hanya mampu bergambar berlatarbelakang bangunan tersebut setiap kali ke Putrajaya?

Dan hati penulis pun pernah turut bertanya soalan bila dapat masuk ke bangunan tersebut.Alhamdulillah,akhirnya penulis telah mendapat masuk ke dalam bangunan tersebut.

Warga Putrajaya mahupun KL pun belum tentu berkesempatan masuk ke dalamnya.

Dan yang lebih mengujakan,lawatan pejabat penulis pada hari tersebut adalah hanya dari kumpulan kelima sejak Januari yang lalu.Bayangkan dari bulan Januari hingga Jun 2009,hanya 5 kumpulan yang dibenarkan masuk untuk melawat Pejabat PM dari sekian beribu kumpulan yang membuat permohonan.

Bertuahkah kami?Anda buatlah kesimpulan.

Sekadar berkongsi,pejabat PM tersebut bukanlah satu kawasan yang bebas untuk orang keluar masuk.Pemeriksan yang terlalu ketat yang terpaksa dilalui mengingatkan kami bahawa tempat yang dilalui bukanlah satu tempat yang biasa.

Beberapa sekatan sejak ancaman bom yang pernah dilaporkan beberapa tahun lalu menyebabkan tapisan ketat terpaksa dilakukan.

Sebaik melangkah masuk,kami di bawa melawat dewan.Kemewahan tatarias di dalam dewan tersebut menyebabkan kami terpana sejenak.Kemudian kami di bawa sekitar kompleks dan jelas kelihatan bilik Perdana Menteri.

Rekabentuk kompleks tersebut lebih kepada melalui lorong yang panjang dan bersimpang siur sambil pemandangan mengelilingi taman dalam kompleks dapat dilihat dengan jelas.Setiap penjuru terdapat LCD mengalukan kedatangan kami dan semua jam yang terdapat di situ juga ialah LCD tv yang menunjukkan jam!Tiada kelihatam jam konvensional!

Kami juga dibawa ke galeri Perdana dan seterusnya ke satu jamuan teh.Aduh!Dewan makannya.Lagi hebat dari hotel! Walaupun hanya dihidangkan dengan roti jala,ayam goreng,beberapa jenis kuih tradisional dan gulai ayam style Bukhari,ia dirasakan begitu lazat.

Kami diraikan oleh Pegawai Khas Kanan kepada PM iaitu Datuk Nasir-Jawa dari Johor-yang berucap dengan penuh semangat berkenaan 1Malaysia berselang seli dengan bahasa Jawa.

Penulis menjadi mangsa usikan kerana berketurunan Jawa.Di akhir sessi penulis sempat bergambar secara peribadi dengan beliau dan speaking jawa serba sedikit..Bagaimanapun,atas sebab keselamatan,gambar tersebut tidak boleh dipaparkan di blog ini,maaf!

Begitulah,kita berbangga dengan Putrajaya yang digelar lembah silikon dan pengalaman tersebut mungkin bukan semua orang berpeluang untuk melaluinya.

Sekadar berkongsi pengalaman!

24 June 2009

Air-condition




Nota :Alhamdulillah,malam ini setelah beberapa lama (bulan) hujan rahmat turun jua ke bumi yang gersang ini.Kedinginan segera menyentuh tangkai hati yang setelah sekian agak lama hangat.Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam...

Posting:

Masih lagi berkait dengan suhu dan hawa dingin,setelah beberapa ketika mengalami kerosakan,akhirnya pada hari Isnin lalu,sistem pendingin hawa kereta isteri dibaikpulih dan kembali seperti sediakala.

Penyelenggaraan yang mengambil masa sehari suntuk itu menemukan kepada punca kerosakan iaitu tangki gas (seakan bird nest) yang mengalami kebocoran minor.Bagaimanapun,ia tidak boleh dikimpal dan harus ditukar dengan baru.Memandangkan model kereta yang eksklusif,hanya alat ganti tulen yang berada di pasaran.

Mahu atau tidak,pilihan telah menemui hanya satu persimpangan dan hala yang dituju wajar ditempuh tanpa menoleh samada ke kiri atau kanan yang sememangnya telah mati!

Apa yang menarik,demi mencari punca (mahupun penyelenggaraan rutin) sistem pendingin hawa kereta model baru,dashboard hendaklah dibuka habis hingga tiada apa yang tinggal termasuklah stereng!

Mekanik menunjukkan antara model yang pernah di'tanganinya' di dalam komputer untuk tujuan seperti yang disebut tadi.

Ia termasuklah Toyota Vios,Altis dan Innova.Tidak ketinggalan model Proton seperti Persona dan Gen-2.Mahupun model terlaris seperti Perodua Myvi!Semua akan dibaraikan kerana sistem pendinginnya terletak di bahagian tengah.Tujuan untuk lebih kesejukan tapi anda fikirlah sendiri!

Berbeza dengan model seperti Proton Wira atau Saga,ia terletak di bahagian bawah-tepi sekaligus mudah untuk diselenggara tanpa perlu membuka dashboard.

Kos manpower membuka dan memasang dashboard sahaja menjangkau RM100 dan ke atas.Belum lagi dikira bahagian yang perlu ditukar,refill gas penuh dan segala macam lagi.

Dan kos yang ditanggung penulis untuk penyelenggaraan ini sahaja menjangkau RM 700 lebih!

Mungkin nasib atau tidak,kereta yang baru tidak dijamin ketahanan tangki gas tersebut kerana majoriti kes sepertinya melibatkan kereta yang berusia 1-3 tahun.Paling nyata ia berlaku setelah berakhirnya tempoh jaminan oleh pengilang.

Kesimpulannya semakin canggih sesuatu teknologi bukan bermakna semakin bagus untuk poket kerana keduanya perlu seiring,betul tak?

23 June 2009

Komentar

Sungguh sangat merugikan andai kita terlepas waktu-waktu yang lalu.Kekangan pelbagai aktiviti atau rutin seharian sebenarnya membataskan kita dari mengambil input atau membicarakan nota penting.

Sesungguhnya adalah sangat disedari betapa sejak beberapa hari waima minggu yang lalu,penulis sangat mempunyai masa yang terhad untuk update blog ini.Ini bermakna, isu berkenaan kerajaan perpaduan,komen mufti Perak berhubung perihal Melayu yang semakin renggang semangat setiakawannya,isu 'kuda tua' seberang tambak Johor yang mendapat liputan dan layanan istimewa sepanjang 'risikannya' di Malaysia dan berbagai isu menarik lagi terpaksa dibiar berlalu tanpa komentar.

Sungguh ia tidak disengajakan,namun dek kerana bebanan kerja yang agak banyak diselangi aktiviti hujung minggu yang melelahkan sangat membuat blog ini kesepian beberapa ketika.

Mungkin kebetulan atau entah apa halnya,sepanjang bulan Jun ini jadual penulis sangat padat termasuk hujung minggu.Waktu yang terluang memang diambil kesempatan sepenuhnya untuk mendapat kerehatan.

Saban hujung minggu dalam bulan ini dipenuhi dengan perjalanan ke sana sini.Terutama ke Lembah Klang atau Kuala Lumpur.

Hujung minggu ini untuk kesekian kalinya,Kuala Lumpur akan disinggahi bagi meraikan walimatul urus rakan isteri (pengapit semasa perkahwinan kami) yang bertemu jodoh dengan warga Algeria.

Aliran tunai seakan meruntun-runtun untuk mengalir membiayai aktiviti segala ini.Paksa atau rela.

Input untuk posting memang banyak tetapi setakat ini hanya mampu singgah di kepala sahaja.

Sabarlah kita menunggu seterusnya ya!

22 June 2009

Refresh...

Pembaca-pembaca budiman,selamat datang,ahlan-wasahlan diucapkan ke blog penulis yang kini berwajah baru.

Seiring putaran masa yang dirasakan berlalu bagitu pantas,ketenangan adalah sangat diperlukan untuk mengimbangi pengurusan kendiri kita agar wajar lebih toleran dan stabil dari segi fizikal waima mental.

Justeru kesegaran wajah baru yang lebih terampil dan cool ini diharap dapat memfokus kita ke objektif yang sebenar tanpa perlu ada lagi rasa kabur dan sebagainya.

Pohon maaf andai terdapat kekurangan dan dari masa ke semasa kesegaran ini akan dikekalkan malah ditingkatkan demi keutuhan blog ini selanjutnya.

Selamat mengikuti blog ini dan selamat segala!

-penulis-

Tragedi Hujung Minggu





Semalam menyaksikan satu kemalangan ngeri berlaku berhampiran rumah penulis.Seorang terbunuh dan beberapa lagi mengalami kecederaan yang parah.
Kemalangan sekitar jam 3 petang itu dikatakan berlaku apabila salah sebuah kereta dari arah Lumut memasuki laluan bertentangan untuk masuk ke Sungai Rubana.Pada masa yang sama sebuah kereta yang dipandu dari arah Teluk Intan tidak dapat mengelak dan bertembung dengan kereta tersebut.
Sebuah kereta Honda City yang mengelak dari merempuh kemalangan tersebut terbabas dan menjunam tepat ke dalam parit.
Kemalangan tersebut menyebabkan kedua kereta yang sarat dengan penumpang mengalami remuk yang teruk.Difahamkan tiga buah ambulan dikejarkan ke tempat kejadian dan sebuah jentera bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.



Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.Itupun setakat sampai di BHP Petrol tidak jauh dari tempat kejadian.

Al-fatihah untuk mangsa yang meninggal dunia.

21 June 2009

More Journey...

Hujung minggu ini penulis menempuh satu lagi perjalanan.Kali ini bukan secara peribadi tetapi di atas kapasiti program anjuran office penulis.

Secara ringkas lawatan ini hampir boleh dikatakan ke tempat2 strategik negara.

Destinasi lawatan pertama yang bermula pada hari Jumaat lepas ialah Pusat Kawalan terowong SMART yang baru disiapkan.Disebabkan kesuntukan masa,kami hanya mendapat taklimat ringkas sambil dipertontonkan dengan slide berkaitan SMART Tunnel tersebut.

Selanjutnya kami melawat ke MINDEF (Kementerian Pertahanan) di Jalan Semarak,Kuala Lumpur (menterinya sekarang ialah Wak Zahid).Penulis rasa anda pun maklum apa yang harus dilalui jika melawat tempat-tempat sebegini.Pemeriksaan yang ketat,protokol yang harus dipatuhi.Tetapi percayalah,anda akan dilayan dengan layanan kelas pertama di sini oleh pegawai-pegawai tentera dari 3 sayap ketenteraan (Darat,Laut dan Udara).

Terima kasih yang tidak terhingga di atas jamuan makan tengahari yang disediakan.Semua memuji menu.Bayangkan antara menu yang dihidangkan ialah daging salai yang dimasak lemak cili api.Memang terangkat.Sambal udang yang pedas terangkat dan beberapa menu yang lazat dan sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Habis bab itu kerana perjalanan seterusnya adalah ke tempat paling strategik di Malaysia.

Tunggu.......

18 June 2009

Wi-fi now available @ Sri Permatang!


Sukacita dimaklumkan,bermula 18 Jun 2009, anda boleh akses internet menerusi wi-fi di Sri Permatang!

Tq.

16 June 2009

Journey to History

Ungkapan 'Love' di atas bersifat universal.Anda boleh kaitkan ia secara langsung dengan artikel ini bergantung kesesuaian.Anda sudah tentu boleh kaitkan dengan manusia,flora mahupun fauna atau mungkin negara kita mana yang mungkin bersesuaian.

Cuti hujung minggu lepas melengkapkan sambutan ulangtahun kelahiran penulis yang ke 27.Tidak sangka sudah lebih suku abad umur.

Sebenarnya Sabtu lepas seawal jam 7.10 pagi penulis bergerak ke Batu Pahat untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat semasa sama pengajian dahulu.Perjalanan tidaklah dirasakan terlalu jauh.Dua kali berhenti (RR Dengkil dan RR Pagoh) sekitar jam 12.30 tengahari penulis sampai di rumah kawan tersebut.Rupanya majlis bersanding hanya akan dimulakan jam 2.30petang dan semestinya penulis tidak boleh menunggu terlalu lama.Mujur jumpa dengan kawan tersebut dan setelah berbual selayang pandang penulis bergegas ke Ayer Hitam untuk acara selanjutnya (membeli-belah seramik).

Hampir sejam di situ penulis bergegas ke Melaka.Memang sudah rancang untuk bermalam di Melaka sementelah penulis pun belum pernah menjelajah dengan lebih lanjut ke bandaraya bersejarah tersebut.

Dalam perjalanan ke Melaka, isteri sibuk menghubungi beberapa buah hotel untuk membuat tempahan.Malangnya semua sudah fully book.Maklum cuti sekolah dan cuti hujung minggu.

Masuk sahaja plaza tol Ayer Keroh,jam menunjukkan jam 4.05 petang.Penulis bertawakkal untuk walk-in di mana-mana hotel.Lazimya waktu sebegini adalah waktu check-out.

Sebaik nampak Hotel Seri Malaysia,penulis menuju ke hotel tersebut.Alhamdulillah ada kekosongan kerana ada pelanggan yang membatalkan tempahan.Namun kadar sewa agak tinggi kerana musim cuti.Bagaimanapun penulis mendapat potongan 23% kerana mempunyai kad VIP.Moral of the story,jika nak menginap di hotel buatlah tempahan sehari lebih awal.

Malamnya,kami sempat pusing Melaka.Main redah sahaja.Memang pemandangan malamnya sangat cantik seperti di Jonker Street dan secara tidak sengaja kami 'ternaik' Eye On Malaysia.Anda akan mendapat tiket hanya RM10 sekiranya menunjukkan mykad.Pemandangan dari udara memang menarik.Isteri penulis komen seperti berada di Qatar sewaktu melihat lampu di bawah pokok yang berderet.

Agenda seterusnya makan malam di Klebang kerana ramai yang mengesyorkan untuk menjamu selera di situ.

Malam pulang semula ke hotel dan penulis di'surprise'kan dengan birthday gift dari wife.Kalau berdua je bolehla tabur kelopak2 red roses di atas katil.Namun memandangkan si kecil ni ada,semua tu tidak mungkin ha ha ha!

Keesokan harinya barulah kami round satu Melaka seperti tempat-tempat biasa dilawati oleh pelancong.Anda boleh tengok gambar-gambar percutian kami di mie@nis journey @ Malacca.Namun untuk melawat seluruh Melaka memang tidak mencukupi untuk satu hari.

Kami terpaksa meninggalkan Melaka dengan hati yang berat.Namun isteri penulis bertekad dan penuh keazaman untuk datang lagi ke sini.Kali ini ke A Famosa Resort yang tidak sempat kami kunjungi.

Jam menghampiri angka 7 malam sebaik tiba di rumah.Oh!Melaka...

12 June 2009

Jumaat nan Indah

Pagi lagi dapat memo dari big bos untuk sesi tazkirah di bilik mesyuarat.Lepas tadah telinga lebih kurang terus sambung buat kerja.Sebelum tu jamah apa yang patut di jamuan lepas sesi tazkirah.

Begitulah budaya kerja di pejabat penulis.Pengisian rohani dan jasmani yang seimbang sering dititikberatkan demi mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dan penuh keikhlasan.

Yang penting rezeki dari bekerja ini diberkati Allah,insya'Allah.

Antara lain tazkirah hari ini memetik dosa-dosa besar yang dilaknat Allah.Perkara yang dikupas ialah dosa akibat syirik atau menyekutukan Allah.

Samada disedari atau tidak,dalam kehidupan seharian,manusia tidak lepas dari melakukan dosa.Dalam konteks dosa syirik ini,jika orang yang melakukan perkara tersebut mengetahui akan hukumnya,maka orang tersebut dikira telah jatuh murtad dan wajib bertaubat nasuha.

Manakala kepada orang yang jahil tetapi melakukan juga dosa tersebut,maka orang tersebut telah jatuh ke dosa besar.

Di dalam tazkirah tadi,ustaz tersebut menyatakan bahawa syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik tersembunyi dan kedua ialah syirik terang.

Syirik tersembunyi ialah yang kadangkala kita tidak perasan telah melakukannya.Syirik terang-terangan pula yang kita nampak secara jelas dan nyata.

Beliau juga menyelitkan bahawa arak adalah ibu segala kejahatan dan sebagai umat Islam,untuk menghidari dari termakan dengan hasutan syaitan,kita hendaklah mengikhlaskan diri dengan beribadat kepada Allah dan juga dalam setiap amal dan perbuatan yang dilakukan,Insya'Allah.

Salam perjuangan.

10 June 2009

Happy Fathers Day




I don't know but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn somethng new
Everyday I love you
'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.
It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you
Everyday I love you boy
Everyday I love you
'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul
If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you

Hari Bapa

Hari bapa akan menjelang pada minggu hadapan.Namun,sepanjang pengamatan penulis termasuk di dalam dunia dalam talian (online),kisah teladan tentang bapa sangat kurang dan hampir tiada.

Sebagai alternatif lain,malam tadi hampir ke jam 1 pagi penulis menyelongkar album lama untuk satu dokumentasi tentang penghargaan kepada bapa penulis.

Ibu penulis hanya mampu menggelengkan kepala sambil berulang-alik ke dapur untuk menunggu kuih seri mukanya masak.

Bukan mudah untuk mendokumentasi foto-foto lama ke dalam bentuk digital.Hanya berbekalkan kamera telefon bimbit N95 penulis yang hanya 5 m.p,penulis merakam satu persatu dengan penuh skill.Sedihnya,kamera sepertinya kurang memuaskan untuk kerja-kerja seperti itu.Namun,anda boleh lihat hasilnya.

Not bad la...

09 June 2009

Caught Up!

I'm so caught up today by my boss.Actually its happened when I'm send a SMS to my in law who training in my office.I need her help to punch my card coz I'm late this morning.After a few minutes I've got the reply msg but damn!Its from my boss-telling that I'm so caught!

When I check the sent item in my handphone,sadly I know the msg sent to the very2 wrong person.Luckily my boss very kind person.I should treat him after this at Old Town White Coffee Kopitiam at Giant Hypermarket or even the rojak Mastan,arghhhhhh!!!!!!

Rebranding of Cikgu Azhani's Waja









Assalamualaikum.Dear Cikgu,

Here I enclosed the photos of your brand new Waja.Hope you'll be amazed and love it he he he...

pic 1: Side view (The engineer inside)

pic 2: Brand new front lamp including the LED bulb

pic 3: Top side tinted with silver line show the fierce teacher drive inside :-)

pic 4: New large and elegant 'airpress' and Aircool tinted for 4 doors


consultant: Qaseh mie@nis d'sign

08 June 2009

Mingguan

Semalam penulis membaca Mingguan Malaysia dan di ruangan Bisik-bisik Awang Selamat terdapat satu artikel yang menarik untuk dibaca.Di sini penulis link anda ke artikel tersebut.

Warna-warni Ahad



Hari minggu penulis semalam diwarnai dengan berbagai ragam yang macam ada memalukan tapi kelakar.

Al-kisahnya bermula pada pagi lagi apabila terlalu banyak undangan majlis perkahwinan yang diterima.Penulis bersama keluarga jenuh la memenuhi undangan tersebut hinggalah tiba di Kampung Selabak iaitu salah satu undangan yang kami perlu penuhi.

Sebaik menemui lorong ke rumah pengantin (itu pun setelah terlajak sana-sini beberapa kali),penulis dan keluarga pun pergilah menemui tuan rumah.Saja nak confirm.Penulis siap dah bersalam 'berisi' sekali.

Namun sebaik sahaja dimaklumkan bahawa kami telah tersilap rumah,rona merah-kemerahan mula mewarnai wajah penulis.

Sempat penulis 'menyelamatkan' ayah yang juga baru hendak bersalam.Begitu juga dengan ibu dan isteri penulis yang baru hendak menyenduk nasi dan lauk-pauk.

Mujur tuan rumah yang baikk hati sudi memulangkan 'salam' dan mempelawa kami makan.Tapi kerana kesuntukan masa kami menolak dan kembali ke kereta dalam keadaan yang control macho dan ayu.

Setelah itu,barulah kami menemui rumah pengantin yang sebenar.Tengoklah gambar pengantin di atas tuh.

Nota:Gambar paling di atas menunjukkan adik penulis (Azhani) yang terlalu obses melihat bahagian bawah penutup botol minuman 100plus untuk memenangi pertandingan 100plus yang sedang berlangsung.Baiti tidak kelihatan di dalam gambar kerana cuba melindungi diri dari dirakam gambarnya.

05 June 2009

Mutakhir

Hari Bapa bakal menjelang lebih kurang dua minggu lagi.Penulis akan cuba mencari artikel yang menarik sempena hari tersebut seperti sambutan Hari Ibu yang lalu,Insya'Allah.

Alhamdulillah,isteri penulis telah bekerja semula setelah istirehat beberapa lama.Beliau kini menjadi seorang freelance engineer tetapi kini bernaung di bawah Harl Corporation Sdn. Bhd. untuk projek membina KK3 di Teluk Intan.

Aktiviti hujung minggu sepanjang bulan ini boleh dikatakan dilimpahi dengan undangan majlis perkahwinan dari saudara-mara dan handai taulan.

Kisah Seniman Tertangguh

Agak kelakar dengan tajuk posting kali ni betul tak?Maaflah dah lama tidak menulis artikel secara serius.Biasalah,alasan yang paling popular ialah MASA!MASA!MASA!

Padahal masa yang telah dianugerahkan oleh Allah cukup-secukupnya mencakupi segala urusan harian kita.Tinggal lagi pengurusan masa kita samada bijak atau sebaliknya.Astaghfirullahalazim.Jangan sekali kita mengeluh tidak cukup masa.Hakikatnya kita masih belum sempat untuk sesuatu hal andai ia tidak dapat dilaksanakan pada masa yang sepatutnya.

Berbalik kepada tajuk di atas,relatifnya ialah penulis balik kampung pada hari Jumaat yang lepas.Sedang melayan keletah Qaseh yang khusyuk memerhatikan ayam berkejaran di halaman,penulis didatangi oleh sekumpulan jemaah Tabligh yang sedang bermusafir di masjid berhampiran.

Sebaik seorang dari jemaah tersebut memperkenalkan diri dan memperkenalkan seorang dari mereka yang kelihatan seperti ketua kumpulan tersebut,penulis agak terkejut.Memang penulis tidak cam lelaki tersebut walau seperti pernah melihatnya.Cuma di mana ya!

Sebaik diperkenalkan orang tersebut ialah dR. Sam-Seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Saya Anak Malaysia',anda pun tentu tahu kan-penulis merenung jauh ke dalam matanya.Saat itu Qaseh menjerit ketakutan dan mengejutkan kami.

Setelah mengembalikan Qaseh kepada isteri,penulis diberi sedikit sebanyak tazkirah oleh jemaah tersebut walaupun ketika tersebut ianya kebih kepada seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri he he he.Maklum dah dekat sangat waktu Maghrib!

Ia berakhir di situ sehinggalah semalam pembaca sempat membeli senaskhah majalah MASTIKA yang memang tersohor itu.Seusai membelek helaian demi helaian sehinggalah mata penulis tertancap pada satu artikel di salah satu mukasurat tersebut yang bertajuk dR Sam-Dua Rakaat Selesai all Masalah.

Penulis tiada idea kenapa dR ditulis 'd' dengan huruf kecil dan 'R' ditulis dengan huruf besar.Adakah ia singkatan untuk doktor?

Kebetulan minggu lepas penulis bersalam dengan dia dan minggu ini membaca perihal beliau.Memang berbeza dengan penampilan sewaktu beliau bergelar seniman dahulu dengan identiti sebagai pendakwah hari ini.Alhamdulillah kerana Allah telah melorongkan hatinya ke satu jalan yang lurus-jalan yang diberkati,Insya'Allah.

Ada kenangan sebenarnya dengan lagu 'Saya Anak Malaysia' nyanyian beliau.Semasa kursus kenegaraan dua bulan yang lalu,kumpulan kami diberi tugas menyanyikan lagu tersebut sebagai persembahan kumpulan.Hasinya amat memalukan ha ha ha!

Akhirnya,marilah kita sama berubah ke arah kebaikan.Tiada rugi bahkan sudah terang lagi bersuluh kita akan mendapat untung maaa!

nota:Penulis tidak merakam sebarang gambar walaupun boleh berbuat demikian ketika itu.Entahla...

Tazkirah Jumaat

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadaNya dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum berfikir"

Surah Ar Rum
Ayat 21

"Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu ialah satu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk"

Surah al-Isra'
Ayat 32

"Isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam,maka datangilah tanah tempat bercucuk tanam itu bagaimana sahaja kamu kehendaki.Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu akan menemui-Nya.Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman"

Surah al-Baqarah
Ayat 223

Mewah Bahasa

Semalam penulis membaca Berita Harian dan terdapat satu artikel di kolum sastera yang menarik perhatian untuk baca secara santai.

Mewah Bahasa: 'Panjat pokok sampai hujung julai'

Oleh Prof Madya Dr Nor Hisham Osman




PADA satu hujung minggu pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, mengunjungi rumah keluarga si suami di pekan kecil di selatan tanah air. Si isteri dalam keadaan mabuk-mabuk pada peringkat awal kehamilan ....


Isteri: Rasa muallah, rasa nak muntah! Tekak loya, rasa nak makan benda-benda masam.


Suami: Ayang nak makan apa? Nanti esok kita balik KL, abang belikan.

Isteri: Tak nak kat KL! Nak makan sini ....

Suami: Ayang nak apa?

Isteri: Rasa teringin nak cicah buah kundang dengan garam.

Suami: Ooo, ayang teringin nak cicah kundang ya?! Ok, pagi esok abang pergi tengok kat pasar. Selalunya pasar kat sini ada jual buah-buah dan sayur kampung. Kalau ada rezeki adalah orang jual buah tu.

Isteri: Tak nak esok, nak sekarang jugak! Bukan ayang yang nak, tapi yang dalam perut ni yang nak.

Suami: Mana nak cari petang-petang macam ni?! Sabarlah sampai pagi esok.

Isteri: Tu ada, atas pokok tu nampak banyak bergayut. (sambil menunjuk ke arah sebatang pokok di belakang rumah)

Suami: Ooo, yang itu ke? Tajamnya mata ayang. Abang tak perasan pulak dan tak ingat pulak pokok tu. Sejak abang kecil lagi pokok tu memang dah ada. Dari dulu memang buahnya tak pernah putus.

Isteri: Abang gilah panjat.

Suami: Alamak!! Ayang, pokok tu tinggi dan batangnya besarlah. Dulu masa budak-budak memanglah abang selalu panjat pokok tu, tapi masa tu tak le setinggi ni.

Isteri: Panjatlah! Dulu masa belum kahwin abang selalu cakap yang abang tu jaguh kampung. Semua boleh buat, panjat pokok, berenang dan macam-macam lagi sampai boring nak dengar. Sekarang ni nak panjat sikit pun dah tak nak? Abang dah tak sayang ayang ke?!

Suami: Bukan tak nak, tapi pokok tu tinggi, dah tua. Masa dulu tu lainlah, rendah lagi, tak macam sekarang. Subur sangat tanah sini agaknya.

Isteri: Nak panjat ke dak ni?! Karang ayang panjat sendiri baru tau, biar terkejut beruk semua orang kampung.

Suami: Oklah! ... abang pergi panjat kejap lagi, tukar seluar dulu. Takkan pakai kain pelikat macam ni je, nanti nampak benda lain pulak yang bergayut! Tapi lambat sikitlah nak dapat ... hujung julai!

Isteri: Hujung Julai!!! Takkan nak panjat pokok tu pun sampai tiga bulan? Abang janganlah main-main, seriuslah sikit, ayang ngidam nih! Kalau nak tunggu tiga bulan, terberanak dah!

Suami: Siapa yang panjat pokok sampai tiga bulan?

Isteri: Kan abang yang cakap tadi nak panjat sampai hujung bulan Julai.

Suami: Bila pulak abang cakap macam tu?! Abang cakap tadi buah kundang tu ada kat hujung julai. Lambat sikit nak dapat sebab tak boleh panjat sampai situ, nanti patah! Kena pakai galah.

Isteri: kan sekarang ni bulan April, hujung bulan Julai lambat lagi.

Suami: Laaa ... bukan bulan Julailah ayang oooi! Hujung julai tu hujung dahanlah, faham tak? Tak belajo ke?

Isteri: Ke situ pulak perginya, manalah ayang tau. Bahasa orang kampung ni pelik-peliklah. Janganlah banyak sembang! Pergilah panjat cepat! Hari dah nak gelap ni.

Glosari

Hujung julai


- ranting pokok yang hujung sekali

- pucuk ranting (pada tumbuhan yang akan melilit dsb

- berjuntai

Nota kaki

KOLUM Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM).

03 June 2009

Congratz Laili






Bertempat di Dewan Sri Budiman,UiTM Shah Alam pada 1 Jun yang lalu, penulis seisi keluarga berkesempatan menghadiri konvokesyen adik yang kedua,Noorlaili.Tahniah kerana mencapai apa yang dicitakan.Semoga berjaya di dalam hidup!

02 June 2009

Radio

Jun 2009-Begitu pantas masa berlalu.Sedar tidak sedar,pejam celik2,kita menjengah ke bulan yang keenam.Meminjam ungkapan orang bisnes-setengah pertama tahun 2009.Macam-macamlah.Yang nyata bulan enam juga merupakan salah satu bulan yang terdapat dari 12 bulan yang ada dalam setahun.

Ini bermakna sasaran tahunan tidak kiralah sasaran apa pun,hanya tinggal lebih kurang 6 bulan lagi sebelum penilaian dibuat.

Keperluan menilai tindakan tersebut adalah untuk mengetahui sejauh mana pencapaian kita dalam memperbaiki sikap kendiri yang berkualiti.Proses tersebut akan membantu kita mengenalpasti punca dan tindakan.

Kepada mereka yang dilahirkan pada bulan Jun,ketahui rahsia tentang diri anda melalui rahsia tarikh lahir.Kalau rajin carilah di capaian internet yang biasa anda kendalikan.

Begitu juga yang lahir di bulan-bulan selainnya.Jangan lupa dengar single yang sedang hot di radio sekarang iaitu Radio nyanyian Imran Ajmain,Diana Danielle dan Nabil Raja Lawak.Sedap gak bebudak ni nyanyi!