Pagi lagi dapat memo dari big bos untuk sesi tazkirah di bilik mesyuarat.Lepas tadah telinga lebih kurang terus sambung buat kerja.Sebelum tu jamah apa yang patut di jamuan lepas sesi tazkirah.
Begitulah budaya kerja di pejabat penulis.Pengisian rohani dan jasmani yang seimbang sering dititikberatkan demi mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dan penuh keikhlasan.
Yang penting rezeki dari bekerja ini diberkati Allah,insya'Allah.
Antara lain tazkirah hari ini memetik dosa-dosa besar yang dilaknat Allah.Perkara yang dikupas ialah dosa akibat syirik atau menyekutukan Allah.
Samada disedari atau tidak,dalam kehidupan seharian,manusia tidak lepas dari melakukan dosa.Dalam konteks dosa syirik ini,jika orang yang melakukan perkara tersebut mengetahui akan hukumnya,maka orang tersebut dikira telah jatuh murtad dan wajib bertaubat nasuha.
Manakala kepada orang yang jahil tetapi melakukan juga dosa tersebut,maka orang tersebut telah jatuh ke dosa besar.
Di dalam tazkirah tadi,ustaz tersebut menyatakan bahawa syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik tersembunyi dan kedua ialah syirik terang.
Syirik tersembunyi ialah yang kadangkala kita tidak perasan telah melakukannya.Syirik terang-terangan pula yang kita nampak secara jelas dan nyata.
Beliau juga menyelitkan bahawa arak adalah ibu segala kejahatan dan sebagai umat Islam,untuk menghidari dari termakan dengan hasutan syaitan,kita hendaklah mengikhlaskan diri dengan beribadat kepada Allah dan juga dalam setiap amal dan perbuatan yang dilakukan,Insya'Allah.
Salam perjuangan.
No comments:
Post a Comment