...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

25 June 2009

Silicon Valley (sambungan posting 'more journey')






"Silicon Valley is an area that "located on the San Francisco, California, peninsula, radiates outward from Stanford University. It is contained by the San Francisco Bay on the east, the Santa Cruz Mountains on the west, and the Coast Range to the southeast. At the turn of the century, when fruit orchards predominated, the area was known as the Valley of Heart's Delight "

Petikan di atas adalah hasil research yang dibuat oleh penulis di dalam internet.Kalau anda berminat,hanya taip 'silicon valley' di enjin carian google atau enjin carian lain dan terdapat banyak maklumat berkaitannya.

Sebenarnya penulis pernah terbaca di dalam akhbar beberapa bulan lalu,di Malaysia juga terdapat sebuah bandar yang juga digelar lembah silikon.Setanding yang terdapat di California.

Anda pernah terbaca atau mengetahui di mana bandar yang dipanggil lembah silikon itu di Malaysia?Penulis tidak mahu mengulas panjang kerana untuk pengetahuan anda,setelah beberapa kali berkunjung ke bandar tersebut,akhirnya pada minggu yang lalu,penulis berpeluang untuk masuk ke 'pusat' lembah silikon tersebut.

Tidak lain tidak bukan ianya ialah Putrajaya.Dan yang sebenarnya Pejabat Perdana Menteri!

Laratkah anda setiap kali berkunjung ke Putrajaya,anda hanya lepak di dataran Masjid Putra sambil merenung sebuah bangunan yang berkubah seakan bawang itu?Walaupun telah beratus kali?Beribu kali!

Atau masih laratkah anda hanya mampu bergambar berlatarbelakang bangunan tersebut setiap kali ke Putrajaya?

Dan hati penulis pun pernah turut bertanya soalan bila dapat masuk ke bangunan tersebut.Alhamdulillah,akhirnya penulis telah mendapat masuk ke dalam bangunan tersebut.

Warga Putrajaya mahupun KL pun belum tentu berkesempatan masuk ke dalamnya.

Dan yang lebih mengujakan,lawatan pejabat penulis pada hari tersebut adalah hanya dari kumpulan kelima sejak Januari yang lalu.Bayangkan dari bulan Januari hingga Jun 2009,hanya 5 kumpulan yang dibenarkan masuk untuk melawat Pejabat PM dari sekian beribu kumpulan yang membuat permohonan.

Bertuahkah kami?Anda buatlah kesimpulan.

Sekadar berkongsi,pejabat PM tersebut bukanlah satu kawasan yang bebas untuk orang keluar masuk.Pemeriksan yang terlalu ketat yang terpaksa dilalui mengingatkan kami bahawa tempat yang dilalui bukanlah satu tempat yang biasa.

Beberapa sekatan sejak ancaman bom yang pernah dilaporkan beberapa tahun lalu menyebabkan tapisan ketat terpaksa dilakukan.

Sebaik melangkah masuk,kami di bawa melawat dewan.Kemewahan tatarias di dalam dewan tersebut menyebabkan kami terpana sejenak.Kemudian kami di bawa sekitar kompleks dan jelas kelihatan bilik Perdana Menteri.

Rekabentuk kompleks tersebut lebih kepada melalui lorong yang panjang dan bersimpang siur sambil pemandangan mengelilingi taman dalam kompleks dapat dilihat dengan jelas.Setiap penjuru terdapat LCD mengalukan kedatangan kami dan semua jam yang terdapat di situ juga ialah LCD tv yang menunjukkan jam!Tiada kelihatam jam konvensional!

Kami juga dibawa ke galeri Perdana dan seterusnya ke satu jamuan teh.Aduh!Dewan makannya.Lagi hebat dari hotel! Walaupun hanya dihidangkan dengan roti jala,ayam goreng,beberapa jenis kuih tradisional dan gulai ayam style Bukhari,ia dirasakan begitu lazat.

Kami diraikan oleh Pegawai Khas Kanan kepada PM iaitu Datuk Nasir-Jawa dari Johor-yang berucap dengan penuh semangat berkenaan 1Malaysia berselang seli dengan bahasa Jawa.

Penulis menjadi mangsa usikan kerana berketurunan Jawa.Di akhir sessi penulis sempat bergambar secara peribadi dengan beliau dan speaking jawa serba sedikit..Bagaimanapun,atas sebab keselamatan,gambar tersebut tidak boleh dipaparkan di blog ini,maaf!

Begitulah,kita berbangga dengan Putrajaya yang digelar lembah silikon dan pengalaman tersebut mungkin bukan semua orang berpeluang untuk melaluinya.

Sekadar berkongsi pengalaman!

No comments: