...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

24 June 2009

Air-condition




Nota :Alhamdulillah,malam ini setelah beberapa lama (bulan) hujan rahmat turun jua ke bumi yang gersang ini.Kedinginan segera menyentuh tangkai hati yang setelah sekian agak lama hangat.Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam...

Posting:

Masih lagi berkait dengan suhu dan hawa dingin,setelah beberapa ketika mengalami kerosakan,akhirnya pada hari Isnin lalu,sistem pendingin hawa kereta isteri dibaikpulih dan kembali seperti sediakala.

Penyelenggaraan yang mengambil masa sehari suntuk itu menemukan kepada punca kerosakan iaitu tangki gas (seakan bird nest) yang mengalami kebocoran minor.Bagaimanapun,ia tidak boleh dikimpal dan harus ditukar dengan baru.Memandangkan model kereta yang eksklusif,hanya alat ganti tulen yang berada di pasaran.

Mahu atau tidak,pilihan telah menemui hanya satu persimpangan dan hala yang dituju wajar ditempuh tanpa menoleh samada ke kiri atau kanan yang sememangnya telah mati!

Apa yang menarik,demi mencari punca (mahupun penyelenggaraan rutin) sistem pendingin hawa kereta model baru,dashboard hendaklah dibuka habis hingga tiada apa yang tinggal termasuklah stereng!

Mekanik menunjukkan antara model yang pernah di'tanganinya' di dalam komputer untuk tujuan seperti yang disebut tadi.

Ia termasuklah Toyota Vios,Altis dan Innova.Tidak ketinggalan model Proton seperti Persona dan Gen-2.Mahupun model terlaris seperti Perodua Myvi!Semua akan dibaraikan kerana sistem pendinginnya terletak di bahagian tengah.Tujuan untuk lebih kesejukan tapi anda fikirlah sendiri!

Berbeza dengan model seperti Proton Wira atau Saga,ia terletak di bahagian bawah-tepi sekaligus mudah untuk diselenggara tanpa perlu membuka dashboard.

Kos manpower membuka dan memasang dashboard sahaja menjangkau RM100 dan ke atas.Belum lagi dikira bahagian yang perlu ditukar,refill gas penuh dan segala macam lagi.

Dan kos yang ditanggung penulis untuk penyelenggaraan ini sahaja menjangkau RM 700 lebih!

Mungkin nasib atau tidak,kereta yang baru tidak dijamin ketahanan tangki gas tersebut kerana majoriti kes sepertinya melibatkan kereta yang berusia 1-3 tahun.Paling nyata ia berlaku setelah berakhirnya tempoh jaminan oleh pengilang.

Kesimpulannya semakin canggih sesuatu teknologi bukan bermakna semakin bagus untuk poket kerana keduanya perlu seiring,betul tak?

No comments: