...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

26 June 2009

Nota Hati Seorang Lelaki




14 Jun lalu merupakan hari ulangtahun kelahiran penulis dan penulis tidak akan membicarakan lagi tentang hal itu.

Apa yang ingin dikongsi ialah tentang salah satu hadiah yang penulis terima iaitu sebuah buku berjudul Nota Hati Seorang Lelaki.

Melihat judul dan covernya sahaja penulis tahu yang ianya tentu tiada beza dengan buku-buku berunsur dakwah yang lain.Memandang sepi...sepi...dan sepi sehingga berhari-hari lamanya.Jujur tanpa membuka helaiannya dengan serius!

Hinggalah sewaktu lawatan Kula Lumpur minggu lepas,penulis sempat mengambilnya dan memasukkan ke dalam backpack yang ingin dibawa.Tujuannya sebagai 'ubat tidur' di dalam bas.

Selepas setengah jam perjalanan,barulah terdetik di hati ingin meninjau isi di dalam buku tersebut.Sudah lumrah penulis akan membaca cover bahagian belakang di bahagian sinopsis sebelum membaca sesuatu buku.

Walaupun tiada cop 'best seller' di depan atau belakang cover buku tersebut,mata penulis tertancap pada frasa 'carilah sesuatu yang "luar biasa" di sebalik buku yang kelihatan biasa-biasa ini!' dan ianya menerbitkan satu perasaan teruja untuk menyelusuri kandungan seterusnya.

Dan anda memang akan menemui 'luar biasa' tersebut tanpa perlu menunggu lama hingga menjengah ke bahagian tengah halaman buku.

Buku terbitan Telaga Biru ini akan membawa anda ke satu dimensi baru dunia pembacaan yang tidak bertepi.Tanpa sempadan dan rasa terbuai untuk menginsafi diri akan mendorong membaca buku ini hingga noktah yang terakhir!

Anda boleh mendapatkan buku ini di kedai buku yang berhampiran (mungkin) kerana penulis tidak akan memuatkan sepenuhnya isi kandungannya di dalam posting ini.Sebahagiannya mungkin tetapi hanya dari petikan yang terpilih.

Dan ia akan penulis selitkan dari masa ke semasa di ruang 'Renung-renungkan dan Selamat Beramal' di sudut sebelah blog ini kiri.Antara petikannya ialah seperti yang telah penulis paparkan di ruangan tersebut.Bacalah!

No comments: