Sungguh sangat merugikan andai kita terlepas waktu-waktu yang lalu.Kekangan pelbagai aktiviti atau rutin seharian sebenarnya membataskan kita dari mengambil input atau membicarakan nota penting.
Sesungguhnya adalah sangat disedari betapa sejak beberapa hari waima minggu yang lalu,penulis sangat mempunyai masa yang terhad untuk update blog ini.Ini bermakna, isu berkenaan kerajaan perpaduan,komen mufti Perak berhubung perihal Melayu yang semakin renggang semangat setiakawannya,isu 'kuda tua' seberang tambak Johor yang mendapat liputan dan layanan istimewa sepanjang 'risikannya' di Malaysia dan berbagai isu menarik lagi terpaksa dibiar berlalu tanpa komentar.
Sungguh ia tidak disengajakan,namun dek kerana bebanan kerja yang agak banyak diselangi aktiviti hujung minggu yang melelahkan sangat membuat blog ini kesepian beberapa ketika.
Mungkin kebetulan atau entah apa halnya,sepanjang bulan Jun ini jadual penulis sangat padat termasuk hujung minggu.Waktu yang terluang memang diambil kesempatan sepenuhnya untuk mendapat kerehatan.
Saban hujung minggu dalam bulan ini dipenuhi dengan perjalanan ke sana sini.Terutama ke Lembah Klang atau Kuala Lumpur.
Hujung minggu ini untuk kesekian kalinya,Kuala Lumpur akan disinggahi bagi meraikan walimatul urus rakan isteri (pengapit semasa perkahwinan kami) yang bertemu jodoh dengan warga Algeria.
Aliran tunai seakan meruntun-runtun untuk mengalir membiayai aktiviti segala ini.Paksa atau rela.
Input untuk posting memang banyak tetapi setakat ini hanya mampu singgah di kepala sahaja.
Sabarlah kita menunggu seterusnya ya!
No comments:
Post a Comment