...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

16 September 2009

Qaseh,Kad dan Kawan

Qaseh dan Fast Food

Qaseh prihatin dengan iklan di televisyen kebelakangan ini.Bukan hanya iklan yang melibatkan kanak-kanak, malah dia akan berkata 'mamam' setiap kali melihat iklan berkenaan perihal makan.Tidak kira iklan makanan apa pun.

Kekhuatiran penulis adalah jika dia mula mengenal simbol huruf 'm' atau 'kolonel pencen berwarna putih berlatar warna merah'.

Salah seorang sepupu perempuannya yang berusia 2 tahun telah mengenali simbol itu dan akan meminta berhenti singgah setiap kali terlihatnya.

Dan penulis tidak berapa berkenan jika Qaseh turut bersikap demikian.

Kad Raya

Penulis hanya menguntum senyuman apabila menyulam kepingan kad raya yang diterima tahun ini.Semuanya bukan dari sahabat handai atau saudara mara kerana mereka kini lebih selesa mengirim ucapan melalui SMS.

Kad-kad raya yang diterima tahun ini semuanya tiada bertulis tangan melainkan tandatangan empunya pengirim beserta namanya anak beranak.Kebanyakan kad ini datangnya dari pemimpin politik.Kenal pun tidak.Semestinya mendapat nama dan alamat dari setiausaha masing-masing.

Selebihnya hanya cetakan tulisan 'standard' yang sememangnya ada di dalam kad tersebut.Makanya kita akan faham sendiri yang kad-kad itu ditempah dalam jumlah yang cukup banyak,ditandatangani dan dan terus dihantar secara pukal ke seluruh negara.

Jelas tiada 'hati' dalam setiap kepingan kad yang dihantar.Begitu juga kad yang diterima oleh penulis daripada bos besar.Hanya tandatangannya yang menyulam.Natijahnya kad-kad yang disebarluas kepada semua kakitangan itu ada yang hanya terdampar tanpa dibuka di segenap ceruk pejabat.

Kadang-kadang hingga 6 bulan selepas Syawal habis pun ia tidak dibuka oleh pemiliknya.

Rakan Lama

Petang semalam ketika hujan renyai dan sedang memilih hasil laut segar di pasar mudah alih berhampiran rumah,penulis terserempak dengan seorang rakan lama sewaktu zaman persekolahan dulu.

Beliau kini telah mempunyai 2 cahaya mata.Kali terakhir kami bertemu semasa hari perkahwinannya kira-kira empat tahun dahulu.Makanya kami bersurah hampir sejam lamanya mengimbau segala memori dulu mana yang sempat.Maklum sambil berdiri dalam kesibukan orang ramai datang membeli belah di situ.

Beliau kini seorang pegawai polis di unit jabatan siasatan jenayah IPD Seremban,Negeri Sembilan.Sedang bercuti selama dua minggu sebelum bertugas semula pada Syawal kedua!

Penulis mengumpan beliau untuk memohon bertukar ke Shah Alam yang lebih dekat namun dengan sinis beliau membalas kadar jenayah di Selangor yang tinggi hanya akan lebih memeningkan kepalanya.Tambahnya lagi biarlah jauh asalkan dapat bekerja dengan aman.

Jangan nanti pening memikirkan kepala lembu tidak habis,timbul pula isu kepala lain.Sudahnya kepala lutut naik ke kepala hahaha!

Pertemuan petang itu disudahkan dengan pertukaran nombor telefon masing-masing.Dengan harapan ia tidak akan berakhir setakat itu.

15 September 2009

Rounding Adjustment

Rokok dan Anda

Yeargh...jujurnya penulis seorang perokok namun tidak hingga ke tahap tegar.Bagaimanapun,jika terdapat sesuatu perbincangan yang serius atau menghadapi masalah atau juga bersantai sesama rakan, rokok pastinya umpama 'penyendal' yang penuh nikmat.7 ke 10 batang bukan satu masalah besar.Lebih-lebih lagi rokok free.

Malam ini untuk pertama kalinya penulis berkira-kira untuk menghentikan tabiat tersebut.Walaupun sebelum ini ilustrasi ngeri dipaparkan di kotak-kotak rokok,ianya hanya menjadi gurauan kepada kami.

Kenapa mahu berhenti?Kerana sebentar tadi penulis menyaksikan iklan bahaya merokok di TV.Penulis tidak perasan iklan tersebut sebelum ini kerana ianya masih baru.

Babak pertama seorang Melayu menggunakan alat bantuan pernafasan.Mungkin kerana masalah paru-paru.Kedua, seorang India yang terpaksa dipotong kakinya (penulis cuba kaitkan antara rokok dengan kaki) dan akhirnya yang hingga penulis terpaksa menyorok muka dengan bantal ialah melihat seorang cina yang mulutnya begitu menjijikkan akibat meratah babi.Eh silap,kerana merokok.

Penulis akan cuba yang terbaik untuk menghentikan terus kelaziman tersebut.

Tiket dan Surcaj

Musim perayaan menyaksikan satu persaingan yang sangat sihat antara pemilik syarikat kenderaan awam dan pengguna perkhidmatan tersebut.

Mana mungkin anda akan bertenang sekiranya kehabisan tiket untuk pulang berhari raya.Makanya anda akan rela untuk membayar lebih untuk sekeping tiket tersebut.

Tahun lepas, ketika musim perayaan, kerajaan membenarkan syarikat pengangkutan awam mengenakan surcaj bahan api sebanyak 30% yang mana akhirnya ia diserap menjadi sebahagian daripada kenaikan tambang walaupun musim perayaan sudah berlalu.

Kenaikan hampir separuh ganda.

Ingatkan tahun ini tiada lagi sebarang surcaj.Rupanya masih ada lagi.Bagi sebuah syarikat bas ternama,surcaj yang dikenakan ke atas pelanggan ialah sebanyak RM3.Turut tertera di atas tiket ialah bas tambahan musim perayaan.

Maknanya pengguna masih terpaksa membayar harga yang lebih.Apapun yang penting,perjalanan kita akan selamat pergi dan pulang serta dapat meraikan kemeriahan syawal ini dengan penuh bermakna...

Cuti Sekolah dan Cuti Pejabat

Kebanyakan sekolah mengumumkan cuti sekolah sempena Aidilfitri ini ialah pada hari Jumaat ini.

Bagaimanapun ia adalah cuti berganti yang mana cuti pada hari tersebut akan diganti pada hari lain.Jadi dapatlah pendidik dan yang dididik merancang perjalanan selamat untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Bagi yang berkerja di pejabat pula anda boleh turut mula bercuti pada hari Jumaat ini,namun kenalah ambil cuti tahunan.

Penulis dapat rasakan bahang cuti kian terasa kerana parking lot di pejabat yang semakin lengang.Yang pasti penulis tetap bekerja sehingga Jumaat ini kerana kampung penulis dan isteri berdekatan antara satu sama lain.


12 September 2009

Nostalgik

Berbuka

Petang kelmarin sewaktu berbuka puasa,ibu penulis mengimbau satu cerita bulan puasa beberapa puluh tahun dahulu.Hanya kami berempat semasa berbuka itu.Ayah,Ibu,Penulis dan seorang adik.Jadi suasana agak sepi.Isteri dan anak penulis di rumah mertua.

Ianya kisah kuih baulu.Ibu penulis berkisah tentang zaman sekarang dan zaman dahulu dari segi kuih raya.

Begitu juga dengan kudratnya yang tinggal tidak seberapa sekarang untuk menghabiskan masa berjam-jam membuat kuih raya.

Ibu menceritakan dahulu sangat suka membuat kuih baulu.Untuk pengetahuan anda,proses membuat kuih baulu secara tradisional amat memenatkan dan mengambil masa berjam-jam lamanya.

Dari peringkat memukul telur sehingga kembang secara manual hingga membakarnya menggunakan sabut!

Penulis tersentuh apabila ibu berkisah memukul telur sambil mendodoklan penulis yang ketika itu masih bayi di dalam buaian.Juga diceritakan bagaimana abang-abang penulis ketika itu juga masih kecil.

Ibu cakap,setiap kali seacuan baulu siap dibakar,dengan cekap abang-abang akan menghabiskannya.Begitulah setiap kali acuan mengandungi baulu yang sudah masak diangkat,abang-abang akan menghabiskannya sehinggalah kenyang.

Sebab itulah ibu cakap,walaupun susah untuk membuat kuih baulu,dia akan membuatnya juga kerana anak-anaknya menggemarinya.

Zaman berubah,sekarang giliran kami adik-beradik pula yang menyediakan segala-gala persiapan raya untuk ibu dan ayah.Insya'Allah, penulis akan membuat 'kuih tunjuk' untuk ibu :-)


Panjut

Sudah memasuki sepuluh malam terakhir.Rumah-rumah di kawasan kejiranan mula diterangi panjut.

Penulis tak ada pun mood sangat sebenarnya untuk memasang pelita-pelita panjut ni.Tidak tahu mengapa.Mungkin keadaan semasa yang tidak stabil lagi.

Tapi malam tadi ibu bersurah menyatakan jiran belakang rumah ghairah memasang pelita.Jadi ibu bersembang kepada penulis yang adik penulis di rumah ini pun mahu memasangnya juga.

Mungkin mahu membawa secebis keceriaan di rumah yang sepi ini.Mahu tidak mahu penulis pun layankan sajalah.

Selongkar pelita tahun-tahun lepas dan memasangnya.Sebentar tadi baru sempat membeli minyak tanah.Harganya seliter? Aduh mahal giler.RM 3.34/liter!

Terpaksa juga lah beli.

Okeylah.Minggu ni kena kemas dan gotong-royong di rumah mertua.Minggu depan baru rumah sendiri.Letih la juga...

11 September 2009

Khabar....

09.09.09

1. Entry pada dua hari lepas nampaknya agak tidak tepat berkenaan tiada orang yang berkahwin pada tarikh 09.09.09.Ini kerana sebenarnya ramai yang berkahwin pada hari tersebut terutama mereka yang beragama dan kaum lain selain Islam.

2. Kalau tak percaya bacalah artikel ini.

Radio

1. Entry dua hari lepas turut menyentuh perihal Hari Radio.

2. Dan sebenarnya ia berkait rapat kepada hidup kita seharian terutama semasa memandu.Melainkan mereka yang zuhud,radio bukanlah satu keperluan.

3. Semalam penulis gatal tangan menurunkan beberapa inci tingkap semasa parking di pejabat.Konon mahu mengurangkan bahang panas matahari.Siap taruk sun shade di cermin hadapan.

4. Petang hujan lebat.Sangat lebat dan penulis menyedari tingkap yang terbuka sedikit semasa hujan sedang lebat.

5. Dalam hati penulis memujuk hati mengatakan tempias hujan yang tidak seberapa tidak mengapa.

6. Sebaik habis waktu pejabat,menuju kereta,membuka pintu kereta dan hambik engkau! Air hujan bertakung di keseluruhan seat dan carpet.Lekuk di dashboard turut digenangi air dan kasihan sekali kepada solar butterfly.Ia tidak meliukkkan kepaknya sepeti kelaziman!

7. Mujur seat kereta ini dari material leather seat dan rubber carpet.Jadi mudah dilap dan dikeringkan serta tidak berbau.

8. Saat memasang radio adalah paling memilukan kerana hanya bunyi berdegup seketika sebelum suasana senyap.Perjalanan pulang petang semalam berlangsung dalam suasana yang sepi.Kebetulan beberapa kereta lain yang bersaing sedang menghamburkan sound system hingga mahu pecah gegendang telinga.

9. Akibat radio short tersebut mengimbaskan penulis kembali kepada Hari Radio.Benarlah tanpa radio,anda tidak akan dapat mendengar radio.

Nota: Penulis membuka panel hadapan radio tersebut dan mengeringkannya menggunakan hair dryer.Sepanjang malam juga ia diletakkan di tempat berhawa dingin untuk memastikan kekeringannya.Dan pagi tadi ia telah kembali berfungsi,Alhamdulillah......