Qaseh dan Fast Food
Qaseh prihatin dengan iklan di televisyen kebelakangan ini.Bukan hanya iklan yang melibatkan kanak-kanak, malah dia akan berkata 'mamam' setiap kali melihat iklan berkenaan perihal makan.Tidak kira iklan makanan apa pun.
Kekhuatiran penulis adalah jika dia mula mengenal simbol huruf 'm' atau 'kolonel pencen berwarna putih berlatar warna merah'.
Salah seorang sepupu perempuannya yang berusia 2 tahun telah mengenali simbol itu dan akan meminta berhenti singgah setiap kali terlihatnya.
Dan penulis tidak berapa berkenan jika Qaseh turut bersikap demikian.
Kad Raya
Penulis hanya menguntum senyuman apabila menyulam kepingan kad raya yang diterima tahun ini.Semuanya bukan dari sahabat handai atau saudara mara kerana mereka kini lebih selesa mengirim ucapan melalui SMS.
Kad-kad raya yang diterima tahun ini semuanya tiada bertulis tangan melainkan tandatangan empunya pengirim beserta namanya anak beranak.Kebanyakan kad ini datangnya dari pemimpin politik.Kenal pun tidak.Semestinya mendapat nama dan alamat dari setiausaha masing-masing.
Selebihnya hanya cetakan tulisan 'standard' yang sememangnya ada di dalam kad tersebut.Makanya kita akan faham sendiri yang kad-kad itu ditempah dalam jumlah yang cukup banyak,ditandatangani dan dan terus dihantar secara pukal ke seluruh negara.
Jelas tiada 'hati' dalam setiap kepingan kad yang dihantar.Begitu juga kad yang diterima oleh penulis daripada bos besar.Hanya tandatangannya yang menyulam.Natijahnya kad-kad yang disebarluas kepada semua kakitangan itu ada yang hanya terdampar tanpa dibuka di segenap ceruk pejabat.
Kadang-kadang hingga 6 bulan selepas Syawal habis pun ia tidak dibuka oleh pemiliknya.
Rakan Lama
Petang semalam ketika hujan renyai dan sedang memilih hasil laut segar di pasar mudah alih berhampiran rumah,penulis terserempak dengan seorang rakan lama sewaktu zaman persekolahan dulu.
Beliau kini telah mempunyai 2 cahaya mata.Kali terakhir kami bertemu semasa hari perkahwinannya kira-kira empat tahun dahulu.Makanya kami bersurah hampir sejam lamanya mengimbau segala memori dulu mana yang sempat.Maklum sambil berdiri dalam kesibukan orang ramai datang membeli belah di situ.
Beliau kini seorang pegawai polis di unit jabatan siasatan jenayah IPD Seremban,Negeri Sembilan.Sedang bercuti selama dua minggu sebelum bertugas semula pada Syawal kedua!
Penulis mengumpan beliau untuk memohon bertukar ke Shah Alam yang lebih dekat namun dengan sinis beliau membalas kadar jenayah di Selangor yang tinggi hanya akan lebih memeningkan kepalanya.Tambahnya lagi biarlah jauh asalkan dapat bekerja dengan aman.
Jangan nanti pening memikirkan kepala lembu tidak habis,timbul pula isu kepala lain.Sudahnya kepala lutut naik ke kepala hahaha!
Pertemuan petang itu disudahkan dengan pertukaran nombor telefon masing-masing.Dengan harapan ia tidak akan berakhir setakat itu.

No comments:
Post a Comment