...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

08 September 2009

Kompilasi Konklusi

Google and Me

1. Mereka yang dekat dengan internet tentu mengakui rapatnya mr G ini dengan kehidupan anda.

2. Isteri penulis disengat lipan 2 kali baru-baru ini sekitar jam 2 am.

3. Penulis segera mencari petua di Google dan Alhamdulillah menemuinya.Bahkan terdapat beberapa lagi petua yang berguna.Misalnya jika terjumpa lipan yang sedang bergerak laju,jangan jerit lipan,tetapi jerit 'pengantin'.Ia akan berjalan perlahan dan anda boleh membunuhnya dengan mudah.Wallahu'alam.

Tentang Qaseh

1. Jujur penulis akui sehingga Qaseh menjengah ke usia setahun,penulis tidak pernah menukar lampin atau membasuh beraknya.Memandikannya juga tidak pernah.

2. Baru-baru ini penulis terpaksa memandikan Qaseh kerana tiada orang lain semasa itu.Apa yang menakutkan penulis,semasa memandikannya Qaseh menganga memandang ke atas dan ketika itu penulis sedang menjirus air sabun.

3. Mujur tiada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini walaupun Qaseh terteguk air sabun tersebut.

Menu Ramadhan

1. Tiramisu dan kek batik antara menu baru yang dibuat oleh isteri semasa bulan puasa ini.

2. Oh ya! Penulis pun tidak tahu kenapa sepanjang bulan puasa ini begitu crazy minum air berkarbonat.????

3. BBQ lagi satu yang sering dilakukan semasa bulan puasa ini.Minggu lepas turut diadakan BBQ di rumah penulis apabila adik-beradik semua pulang ke kampung.

Politik

1. Politik kepala lembu masih mewarnai termasuk terbaru dialog yang sungguh kecoh si Shah Alam.

2. Pilihanraya kecil akan diadakan lagi kali ini di Nogori pula.Nampaknya SPR tidak makan gaji buta la tahun ini.

Kemalangan

1. Menyedihkan kerana kemalangan menjelang musim perayaan bertambah.Lebih lagi jika mengakibatkan kemalangan jiwa.

2. Kemalangan mercun juga masih berlaku walaupun ia diwar-warkan telah diharamkan oleh kerajaan.Masalahnya ialah telah diubahsuai oleh budak-budak genius Malaysia.Entahlah!

Ramadhan dan Syawal

1. Ramadhan telah hampir memasuki sepuluh malam terakhir.Apa yang menghairankan ialah suasana di masjid yang semakin sepi berbanding malam-malam awal tibanya Ramadhan.

2. Syawal pula semakin dirasai apabila lagu-lagu raya sudah berkumandang.kad raya pula sudah hantar berbalas.Khabarnya Pos Malaysia menawarkan setem berwajah kita sendiri jika berminat dengan bayaran tertentu.

2 comments:

ederq said...

hah??? nysa kena sengat lipannn? is she ok now?

woi kau jirus air sabun kt qaseh? apa lah jirus air sabun. kelakar okay

mie@nis said...

Nysa okey.Nothings to worry.Pegi klinik pun doktor cakap tak ada apa.Ikut petua dalam google :)

Aku skrg dalam proses belajar jadi AYAH dalam erti kata sebenarnya huhuhu.Aku x sengaja dan Qaseh pun dah maafkan aku :)

Qaseh:Lepas ni ayah x payah mandikan Qaseh lagi pun x apa.

Ayah:Okey,Ummi je yg mandikan eh.Bestnyerrr...