Yeargh...jujurnya penulis seorang perokok namun tidak hingga ke tahap tegar.Bagaimanapun,jika terdapat sesuatu perbincangan yang serius atau menghadapi masalah atau juga bersantai sesama rakan, rokok pastinya umpama 'penyendal' yang penuh nikmat.7 ke 10 batang bukan satu masalah besar.Lebih-lebih lagi rokok free.
Malam ini untuk pertama kalinya penulis berkira-kira untuk menghentikan tabiat tersebut.Walaupun sebelum ini ilustrasi ngeri dipaparkan di kotak-kotak rokok,ianya hanya menjadi gurauan kepada kami.
Kenapa mahu berhenti?Kerana sebentar tadi penulis menyaksikan iklan bahaya merokok di TV.Penulis tidak perasan iklan tersebut sebelum ini kerana ianya masih baru.
Babak pertama seorang Melayu menggunakan alat bantuan pernafasan.Mungkin kerana masalah paru-paru.Kedua, seorang India yang terpaksa dipotong kakinya (penulis cuba kaitkan antara rokok dengan kaki) dan akhirnya yang hingga penulis terpaksa menyorok muka dengan bantal ialah melihat seorang cina yang mulutnya begitu menjijikkan akibat meratah babi.Eh silap,kerana merokok.
Penulis akan cuba yang terbaik untuk menghentikan terus kelaziman tersebut.
Tiket dan Surcaj
Musim perayaan menyaksikan satu persaingan yang sangat sihat antara pemilik syarikat kenderaan awam dan pengguna perkhidmatan tersebut.
Mana mungkin anda akan bertenang sekiranya kehabisan tiket untuk pulang berhari raya.Makanya anda akan rela untuk membayar lebih untuk sekeping tiket tersebut.
Tahun lepas, ketika musim perayaan, kerajaan membenarkan syarikat pengangkutan awam mengenakan surcaj bahan api sebanyak 30% yang mana akhirnya ia diserap menjadi sebahagian daripada kenaikan tambang walaupun musim perayaan sudah berlalu.
Kenaikan hampir separuh ganda.
Ingatkan tahun ini tiada lagi sebarang surcaj.Rupanya masih ada lagi.Bagi sebuah syarikat bas ternama,surcaj yang dikenakan ke atas pelanggan ialah sebanyak RM3.Turut tertera di atas tiket ialah bas tambahan musim perayaan.
Maknanya pengguna masih terpaksa membayar harga yang lebih.Apapun yang penting,perjalanan kita akan selamat pergi dan pulang serta dapat meraikan kemeriahan syawal ini dengan penuh bermakna...
Cuti Sekolah dan Cuti Pejabat
Kebanyakan sekolah mengumumkan cuti sekolah sempena Aidilfitri ini ialah pada hari Jumaat ini.
Bagaimanapun ia adalah cuti berganti yang mana cuti pada hari tersebut akan diganti pada hari lain.Jadi dapatlah pendidik dan yang dididik merancang perjalanan selamat untuk pulang ke destinasi masing-masing.
Bagi yang berkerja di pejabat pula anda boleh turut mula bercuti pada hari Jumaat ini,namun kenalah ambil cuti tahunan.
Penulis dapat rasakan bahang cuti kian terasa kerana parking lot di pejabat yang semakin lengang.Yang pasti penulis tetap bekerja sehingga Jumaat ini kerana kampung penulis dan isteri berdekatan antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment