...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

09 May 2009

From Taiping With Love





Baru saja tiba di rumah.Cuaca agak panas sepanjang perjalanan tadi.Sempatlah singgah di beberapa tempat semasa dalam perjalanan pulang.

Penulis tidak berminat untuk menjelajah Penang tadi kerana dikhuatiri jalan jem kerana wesak hari ini.


Jadi penulis mengambil kesempatan keluar di tol Taiping.Niat di hati ingin menziarah bandar yang sepuluh tahun dahulu (1998-1999) menjadi tempat permainan semasa masih menuntut di peringkat menengah.

Maka,penulis pun memandu ke SM Teknik Taiping (mungkin tidak se-gah SBP atau MRSM) bersama isteri dan anak.Memang terkejut kerana terlalu banyak perubahan yang berlaku.Pemandangan hijau yang melatari pemandangan sepuluh tahun dahulu kini diganti dengan hutan batu yang berbagai ragam.

Tiada lagi kenyamanan yang dirasakan.Tiada lagi kehijauan yang diimpikan,tiada lagi kesegaran bau-bauan rumput menusuk organ pernafasan.

Penulis merindui semua suasana itu.

Sekolah tersebut juga tidak terkecuali dari menerima limpahan pembangunan.Hampir tersasar semasa menuju sekolah itu dek kerana kelainan yang ditonjolkan begitu mengejutkan.

Seusai merakam beberapa gambar kenangan di pagar utama sekolah,penulis memandu pula menuju Taman Tasik Taiping.Melalui tasik yang menghijau dan zoo Taiping yang tersohor sangat nostalgik dirasakan.Tidak begitu banyak perubahan di sekitar ini.Alhamdulillah,kalau tidak,semua khazanah yang dipelihara sejak berkurun ini akan hilang ditelan golongan yang haloba.

Rugi andai tidak melapik perut di medan selera favourite penulis di bandar Taiping.Pekena nasi ayam special dengan disulami yong tau foo yang sememangnya menjadi igauan dan trademark bandar ini memang menghilangkan kerinduan sekian lama.Masih lagi kekal di lokasi lama iaitu di bahagian belakang Balai Bomba Taiping.

Sayangnya perut sudah terisi penuh tatkala teringat kesegaran pasembor di medan selera Jalan Panggung Wayang.Nampaknya lain kalilah.

Seterusnya dalam perjalanan pulang melalui Sitiawan sempat singgah di pasaraya membeli hadiah sempena Hari Ibu besok kepada ibu penulis dan ibu mertua yang tersayang.

Begitulah kita,masa berlalu bagitu pantas.Zaman berubah kini tanpa kita sempat mengejarnya.Peluang terbentang usah dilepaskan kerana kelak kita tidak mungkin akan dapat mengejarnya sebaik kita mengejar pada masa yang tepat.

Apa penulis merepek ni?Oklah,malam minggu ni penulis terpaksa tidur awal.Assalamualaikum dan jumpa lagi.

No comments: