...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

04 May 2009

Sejuk,Panas,Suam

Sebenarnya tak ada kaitan sangat pun antara tajuk dengan artikel ini.Penulis seboleh mungkin mencari idea untuk mengarang kerana beberapa sms telah diterima bertanyakan artikel yang terkini.

Tiada perkara yang menarik untuk beberapa ketika ini.Persekitaran komuniti pun berlangsung dalam suasana seperti biasa.Bezanya hujan yang menitis ke bumi bisa mendinginkan suasana yang suam dan panas beberapa ketika kebelakangan ini.

Banyak jugalah aktiviti di sekitar Teluk Intan.Misalnya Karnival Rakan Muda yang berlangsung selama 3 hari minggu lepas.Tapi penulis tidak berkesempatan pun meninjau sementelah penulis berada di Hutan Melintang (balik ke rumah ibu mertua) secara mengejut petang Sabtu lepas.

Ibu mertua penulis disyaki dijangkiti Chikungunya.Alhamdulillah beransur pulih setelah mendapat suntikan di klinik berdekatan (sahabat penulis iaitu Dr. Nil dari Klinik Ahsan).Namun,suka penulis berkongsi dengan para pembaca yang budiman untuk mengambil berat kehadiran 'helikopter' yang saban malam mengelilingi kita untuk menghisap darah.

Kesan dan simptom yang boleh dikesan jika dijangkiti Chikungunya ialah lemah di sendi terutama kaki hingga sukar sekali untuk berjalan.Beliau mengadu terpaksa merangkak untuk ke bilik air.

Petua yang penulis dapat dari rakan-rakan ialah minum air kelapa sebanyak mungkin.Selain itu,air minuman isotonik 100 plus juga baik untuk diminum jika mengalami simptom tersebut.Bagaimanapun langkah terbaik ialah pergi ke klinik berhampiran dan dapatkan rawatan segera.

Cuti selama tiga hari termasuk cuti Hari Pekerja pada Jumaat lalu juga menyaksikan kesesakan teruk jalan-jalan di sekitar sini.Malah,penulis juga menempuh kesesakan lalulintas hampir sejam di jalan menghala ke Teluk Intan sewaktu menghantar adik pulang ke asrama semalam.

Khabar juga menyatakan jalan menghala ke KL dan Klang (jalan dalam) mengalami kesesakan teruk.Begitulah Malaysia.Gawat lah ekonomi macamana pun,pengguna tetap berkenderaan ke sana sini mengeratkan silaturrahim.

Akhirnya,minggu ini kita akan menyambut Hari Ibu.Insya'Allah artikel akan datang penulis akan menulis atau memaparkan kisah-kisah mengenai ibu untuk tatapan anda semua.

Don't miss it!

No comments: