Fuh....Tiga hari tidak menulis di dalam blog.Apa nak buat.Agak padat jadual.Tidak banyak yang menarik berlaku melainkan terkejar ke sana-sini.Jika pada hari Khamis lepas Teluk Intan menyaksikan perang harga yang penulis boleh sifatkan sebagai dahsyat di antara Giant dan pasaraya TF.
Jem di sekitar lokasi pasaraya tersebut memang luar biasa.Melambak-lambak katalog perang harga dicampak di pejabat penulis.Dari satu segi,ia boleh dilihat positif kerana kini pelanggan lebih pilihan untuk berbelanja.
Negatifnya pula,peniaga kecil memang nyata terjejas berikutan kewujudan pasaraya-pasaraya besar ini.
Yang lawaknya,sehingga kini penulis masih belum berkesempatan menjengah muka ke Giant tersebut.
Sabtu pun agak sibuk.Penulis berkejar ke KL untuk menghantar keluarga ke rumah abang berikutan salah seorang adik yang akan konvo pada hari Isnin.Petang pulang semula ke Perak.Sempat lagi singgah di Ikea,Mutiara Damansara untuk melepaskan rindu yang terbuku di hati.Seakan bagai satu terapi yang menenangkan fikiran sebaik mencium bau markethall di situ.Menghairankan bukan?Dalam pada tidak merancang apa-apa,penulis 'terbeli' sebuah glass door rack yang sudah sekian lama diingini.Kebetulan semalam meminjam SUV abang,jadi memang muatlah untuk membawa set tersebut.
Mengambil kesempatan hari ini ialah hari ulangtahun isteri,kami menyambutnya sehari lebih awal semalam di restoran Ikea dengan menikmati Chicken Leg,Salmon dan Swedish meatball yang memang tersohor itu. Memang terubat rindu ha ha ha.
Hari ini pula penulis terpaksa mewakili ibubapa yang kini berada di KL,menghadiri jemputan perkahwinan.Malam pula terpaksa kembali ke KL untuk menghadiri majlis konvo adik besok pagi.
Kesimpulannya,memang melonglaikan untuk memandu ke sana-sini.Kena ada chaffeur lah!
No comments:
Post a Comment