Pagi ni terpaksa bangun awal.Sebentar lagi akan bergerak ke Penang untuk urusan sedikit hal.Pendek kata jadual penulis memang penuh walaupun hari cuti hujung minggu.Besok terpaksa pula menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Selangor.
Mujur petang semalam sempat membasuh kereta-kereta yang sekian lama terbiar disaluti kotoran yang menyakitkan mata.
Sepanjang minggu lepas kita telah dihidangkan dengan berbagai perkara yang anda pun dapat ikuti dalam blog ini.
Penulis cuma tidak mengupas isu-isu politik.Sedikit catatan,jika anda mengikuti perjalanan persidangan DUN Negeri Perak pada hari Khamis lepas,anda kan dapat menilai siapa yang 'bejat' sebenarnya hingga menjadikan persidangan itu seperti sarkas.
Memang sukar dipercayai pada zaman bertamadun hari ini bagaimana sekumpulan manusia rela diri mereka dirakam dan disaksikan berjuta manusia lain dalam keadaan yang begitu aib.
Kita tinggalkan hal itu kerana ia telah dikupas tersangatlah terperincinya oleh media arus perdana.Kalau nak tahu yang sebaliknya,bacalah media yang 'melawan arus'.
Okeylah tuan/puan.Saya minta diri dahulu untuk bersiap.Ingat,besok hari ibu.
No comments:
Post a Comment