Perak-negeri kelahiran penulis akan setia di sanubari walau apa yang terjadi.Adegan flip-flop yang melibatkan hal perundangan yang begitu merimaskan sepanjang minggu lalu menjadi hidangan yang memualkan.
Namun hakikatnya semua itu bisa ditelan andai rasional dan rasa kecintaan tahap tertinggi mengatasi rasa dendam dan emosional yang tidak berkesudahan.
Penulis masih rasa amat tenteram bersiar di negeri tercinta ini.Kelmarin penulis masih santai bermain bowling di Ampang Superbowl,Ipoh Parade bersama sahabat penulis (Tahniah Asfa kerana sudah memiliki Merc E240 Avantgarde) .
Semalam pula lagi sekali pemain masih santai bermain bowling kali ini di AEON Kinta City (Jusco).Serasa habis tenaga kerana bermain ala lepas geram (set bowling penulis dah lama berhabuk) sementara menantikan isteri penulis habis ditemuduga (masuk pukul 10 pagi dan hanya tiba giliran untuk ditemuduga pada jam 5.30 petang!Arghhhhhhhhhhhhhh!!!)
Suasana bandar Ipoh terutama sekitar Medan Istana yang menempatkan bangunan SUK atau pejabat MB masih tenang dan sibuk seperti biasa.Alhamdulillah,inilah yang menunjukkan betapa mahalnya Malaysia dan Perak khususnya kerana keamanan ini mungkin sukar dilihat di negara yang bergolak.
Habis semua urusan sekitar jam 6 petang,penulis memandu di lebuhraya dalam perjalanan pulang dan keluar di susur Tapah.Betapa nikmat menyusuri lebuhraya lurus yang selesa di keheningan senja dalam suasana dingin selepas hujan petang.
Semoga semua nikmat yang dikecapi ini akan berpanjangan.Ingatlah bahawa kita tidak mewarisi bumi bertuah ini daripada nenek moyang kita dahulu tetapi meminjamnya dari anak cucu kita pada masa akan datang!
No comments:
Post a Comment