Mei memang mencatat banyak kisah dalam kehidupan kita.Terdapat beberapa hari penting di dalam bulan Mei yang seharusnya kita ingat.Antaranya Hari Ibu dan Hari Guru yang disambut bulan ini.Juga kita semestinya tidak melupakan peristiwa 13 Mei 1969 dan berharap ianya tidak akan berulang.
Bagi diri penulis sendiri,secara peribadi,beberapa peristiwa penting tercatat pada bulan Mei.Antaranya ialah penulis pernah mangalami kemalangan jalan raya sehingga patah pergelangan tangan kanan pada penghujung Mei 2002.Ketika itu penulis sedang menjalani latihan praktikal di Jabatan Kerja Raya.
Mei juga menyaksikan bertautnya kasih di antara penulis dengan isteri.Bait-bait puisi percintaan mula dinyanyikan semerdunya di penghujung musim Mei 2005 (Korang jangan gelak pulak.Geli tak pe ha ha ha).
Kebetulan 31hb Mei juga disambut setiap tahun dengan kesyukuran iaitu setiap kali hari lahir isteri penulis disambut.Pertama kali menyambut ulangtahunnya ialah pada hari terakhir dia menjalani praktikal di pejabat penulis.Di sini penulis ingin menegaskan betapa signifikan PRAKTIKAL dalam kehidupan penulis.
Mei juga mencatat kenangan pahit apabila bapa mertua penulis kembali ke Rahmatullah.Tanggal 9 Mei ini merupakan genap setahun beliau meninggalkan kami.Dan,19 Mei juga merupakan hari kelahiran Allahyarham.Al-Fatihah.
Musim berlalu bersilih ganti.Yang hidup akan mati dan yang kecil akan menjadi dewasa.Banyak lagi memori Mei untuk dikenang.Tapi biarlah sebahagiannya menjadi lipatan sejarah.
Yasng besar itu nafsu,yang jauh itu masa,yang dekat itu mati....
No comments:
Post a Comment