...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

31 May 2009

Sarapan Ahad

Seperti biasa hari Ahad,penulis akan memetik beberapa artikel dan rencana menarik untuk direnungi dan difahami dari akhbar-akhbar mingguan.Antaranya penulis akan link anda ke artikel seperti Jangan buta sejarah kerana kepentingan politik dan Menentang kedurjanaan dan Melayu dikhianati.

Selamat Membaca!

Running away

Fuh....Tiga hari tidak menulis di dalam blog.Apa nak buat.Agak padat jadual.Tidak banyak yang menarik berlaku melainkan terkejar ke sana-sini.Jika pada hari Khamis lepas Teluk Intan menyaksikan perang harga yang penulis boleh sifatkan sebagai dahsyat di antara Giant dan pasaraya TF.

Jem di sekitar lokasi pasaraya tersebut memang luar biasa.Melambak-lambak katalog perang harga dicampak di pejabat penulis.Dari satu segi,ia boleh dilihat positif kerana kini pelanggan lebih pilihan untuk berbelanja.

Negatifnya pula,peniaga kecil memang nyata terjejas berikutan kewujudan pasaraya-pasaraya besar ini.

Yang lawaknya,sehingga kini penulis masih belum berkesempatan menjengah muka ke Giant tersebut.

Sabtu pun agak sibuk.Penulis berkejar ke KL untuk menghantar keluarga ke rumah abang berikutan salah seorang adik yang akan konvo pada hari Isnin.Petang pulang semula ke Perak.Sempat lagi singgah di Ikea,Mutiara Damansara untuk melepaskan rindu yang terbuku di hati.Seakan bagai satu terapi yang menenangkan fikiran sebaik mencium bau markethall di situ.Menghairankan bukan?Dalam pada tidak merancang apa-apa,penulis 'terbeli' sebuah glass door rack yang sudah sekian lama diingini.Kebetulan semalam meminjam SUV abang,jadi memang muatlah untuk membawa set tersebut.

Mengambil kesempatan hari ini ialah hari ulangtahun isteri,kami menyambutnya sehari lebih awal semalam di restoran Ikea dengan menikmati Chicken Leg,Salmon dan Swedish meatball yang memang tersohor itu. Memang terubat rindu ha ha ha.

Hari ini pula penulis terpaksa mewakili ibubapa yang kini berada di KL,menghadiri jemputan perkahwinan.Malam pula terpaksa kembali ke KL untuk menghadiri majlis konvo adik besok pagi.

Kesimpulannya,memang melonglaikan untuk memandu ke sana-sini.Kena ada chaffeur lah!

28 May 2009

Giant Opening Today

Agak lama juga blog ini tidak dikemaskini.Terdapat beberapa perkara yang memadatkan jadual harian.Semalam seharian di Ipoh.Mesyuarat bersama Dato' Pengarah yang terkenal dengan keterperinciannya.Sesak nafas menanti berakhirnya mesyuarat.

Selepas mesyuarat macam biasalah.Aktiviti bebas.Memperbaharui JCard di Jusco,menebus hadiah harijadi,membeli jeans untuk Qaseh dan sebagainya.

Sebelah malamnya pula penulis ada grouping bersama rakan seperniagaan di McDonalds Teluk Intan.Agak lama juga untuk keluar rumah ke grouping tersebut kerana Qaseh yang meronta ingin mengikut.Mujurlah ibubapa penulis melarang dan sedia mendodoikan Qaseh.

Kebetulan restoran tersebut yang berhampiran dengan Pasaraya Giant,maka terlihatlah betapa sibuknya mereka mempersiapkan diri untuk pembukaan rasminya pada hari ini (28 Mei 2009).Tengoklah nanti kalau berkesempatan penulis akan menjengah sekadar menampakkan muka,menipiskan dompet yang tidak berapa semegah di sini.

25 May 2009

Salam Minggu Perjuangan...


Alhamdulillah,bertemu lagi kita pada hari ini.Tiada apa yang menarik untuk diperkatakan.Cuma kalau boleh anda link sekejap ke agendadaily untuk memikirkan sejenak keadaan persekitaran khususnya orang-orang negeri Perak.


Juga pada Mingguan Malaysia semalam terdapat satu artikel rencana kelolaan Awang Selamat yang membicarakan perihal perkara yang berkait dengan artikel penulis bertajuk Salam Perjuangan.Anda baca sendiri dan nilailah.


23 May 2009

Indonezioleh





Keadaan kembali tenteram pagi ini.Malam tadi kalau nak dikisahkan memang begitu merimaskan.Sebabnya dalam jam 9.30 malam,bekalan elektrik terputus.

Sudahla hawa memang panas membahang,apa lagi.Qaseh yang tertidur mula gelisah kerana mula panas akibat penghawa dingin yang tidak berfungsi.Penulis pun mula gelisah setelah mula bermandi peluh.

Sudahnya,kami sekeluarga pakat masuk dalam kereta dan pusing taman perumahan beberapa kali untuk menyejukkan badan.Badan yang letih menyebabkan penulis akhirnya terbongkang dalam kedinginan di dalam kereta sebaik parking di garaj.

Hanya pada jam 11 malam keadaan kembali pulih.Hati berkira-kira mahu menyambut kepulangan ibu mertua dari Indonesia tapi mata yang semakin memberat tidak mengizinkan.Isteri dan adik-adik ipar yang menunggunya.

Sedar-sedar pagi ni beberapa oleh-oleh dari Indonesia muncul di depan mata.Jangan jeles meles!

22 May 2009

Qaseh-9 months!

Kelmarin (20.05.2009) merupakan genap 9 bulan umur Qaseh.Antara kemajuan yang ditunjukkan ialah sekarang Qaseh menunjukkan ciri-ciri sense of humor nya.

Anda boleh saksikan klip video Skill Qaseh yang telah dimuatkan di laman Youtube yang memaparkan keletah manja dan kelakarnya.

N'joy!

Never Let The Spirit Die!

Dear all of my downlines...

Life's like having a cup of tea.You sit by the window,lift the cup and take a fresh sip,only to realise somebody forgot to put the sugar.


Too lazy to go for it,you somehow struggle through that sugarless cup.Till you discover undissolved sugar crystals sitting at the bottom.

Thats how life is,we do not make an effort to value what is with and around us.So look around,maybe the sweetness you are looking for is closer than you think...

MB Sah!

Keadaan hari ini agak kelam-kabut di Perak.Bagaimanapun penantian berakhir jam 4.00 petang tadi setelah Mahkamah Rayuan memutuskan Dr. Zambry sebagai MB Perak yang sah.

Kebenaran terserlah akhirnya.Seperti biasa penulis tidak mahu mengulas lanjut kerana akhirnya nanti berita yang dikupas akan sama.Anda boleh mendapatkan naskhah akhbar besok atau mengikuti perkembangan di berita semasa yang sedang ditayangkan sekarang.

21 May 2009

Lactose-deal or no deal!

Sakit kepala hari ni.Cuaca panas yang sedang melanda menjejaskan sedikit sebanyak kualiti hidup.Kalau nak tidur malam kena telan panadol,barulah lega sedikit.

Aktiviti outdoor juga terpaksa dikurangkan.Keperluan pendingin hawa usah dipertikaikan lagi.Di pejabat,di dalam kereta,di rumah,pendingin hawa dipasang pada suhu terendah.Malah anak penulis,Qaseh kini tidak nyenyak tidur kerana suhu panas waktu malam.Terpaksalah pendingin hawa dipasang sehingga subuh.

Kebetulan Qaseh pun tidak sihat dalam tempoh seminggu dua ni.Muntah dan cirit-birit bersilih ganti sepanjang hari.Hanya selepas berjumpa pakar kanak-kanak dan mendapat nasihat daripada doktor barulah keadaannya beransur pulih.

Sedikit petua untuk dikongsi,doktor menasihati untuk menukar sementara waktu jenis susu formula yang diambil oleh bayi sekiranya cirit berlanjutan.

Hal ini kerana kemungkinan bayi mengalami keracunan atau alahan yang bertindak balas dengan lactose di dalam susu yang diminum (sekiranya susu tersebut mengandungi laktosa).

Oleh itu,doktor menyesyorkan beberapa jenama susu yang tiada laktosa (free lactose) untuk diminum bayi sementara waktu sehingga keadaannya kembali pulih.

Alhamdulillah,dengan izin Allah keadaan Qaseh kembali pulih setelah menukar susunya.Sebagai ibubapa di dalam zaman teknologi maklumat ini,rujukan dari internet dari masa ke semasa amat perlu untuk mendapatkan input-input yang berguna seperti hal-hal penjagaan anak dan sebagainya.

20 May 2009

Suratan atau Kebetulan?


Perjalanan penulis ke pejabat pagi ini dikejutkan dengan satu kemalangan maut di Batu 7 Jalan Hutan Melintang- Teluk Intan.Namun dalam terkejut tu masih sempat lagi penulis snap foto sambil memandu.Mungkin tindakan tersebut agak bahaya,tapi itulah tanggungjawab seorang blogger melaporkan yang terkini dari komuniti sekitar (chewah!)

Ajal maut semua sudah tertulis dan samada suratan atau kebetulan,ia adalah sesuatu yang pasti.Ingatlah Allah yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu.

Anda pernah mendengar de-javu?Tapi penulis tidak pasti samada kes penulis boleh dikatakan de-javu atau sixth sense atau tidak di dalam mana-mana kategori.

Mungkin juga pernah anda turut mengalaminya.Ia adalah berkenaan deria tambahan yang mana kita rasa pernah melalui sesuatu perkara itu sebelum lagi sekali kita mengalaminya.Maknanya kita terasa melakukan sesuatu itu sedangkan kita pernah melakukannya sebelum ini.

Perkara ini penulis sedari lebih kurang lima tahun yang lalu dan ia semakin kerap dirasai kebelakangan ini.Misalnya penulis pernah melihat sesuatu di tempat asing sebelum sekali lagi melihatnya sedangkan kita tidak pernah pergi ke tempat tersebut.

Penulis pernah berbincang dengan beberapa orang yang 'berpengalaman' dan mereka mengakui ia memang berlaku.Namun tidak semua orang mendapat pengalaman sebegitu.Penulis pun tidak terlalu mengambil berat perihal tersebut.Yang penting semua yang berlaku memang telah ditetapkan sejak azali lagi oleh Allah S.W.T.

Kisah lain pula,kebetulan pula bulan ini merupakan bulan Mei,penulis pernah mengalami kemalangan jalan raya semasa menjalani latihan praktikal di JKR pada Mei 2002.Penulis tidak ingat tarikh yang tepat kerana PDA yang menyimpan maklumat tersebut telah musnah. Tahun ini bermakna telah 7 tahun perkara tersebut berlalu.

Mungkin secara kebetulan,apabila masuk sahaja bulan Mei setiap tahun,pergelangan tangan kanan penulis akan terasa berdenyut dan kadangkala lenguh.Walaupun tidak melakukan sebarang kerja berat!Untuk pengetahuan anda,kemalangan 7 tahun yang lalu tersebut telah menyebabkan sendi pergelangan tangan kanan penulis 'lari' dari kedudukan asal hingga terpaksa disimen selama hampir 3 bulan!

Samada kebetulan Mei merupakan 'ulangtahun' kemalangan tersebut,pun penulis tidak ambil peduli.Cuma penulis bersikap positif dengan mengambil perkara tersebut sebagai iktibar untuk lebih berhati-hati semasa memandu.

Positif sesuatu perkara yang berlaku itu mengandungi seribu hikmah disebaliknya.Come on Helmy!

19 May 2009

al-kisah

Tiada kisah yang menarik pun semalam dan hari ini.Cuma cuaca yang sekejap panas dan sekejap mendung agak membataskan aktiviti out door.

Aktiviti harian ialah menyelongkar blog-blog politik rakan-rakan.Terbaru anda boleh layari blog yang agak menarik ini iaitu blog selamatkanperak dan zambry.Anda telusuri,lihat video dan tafsir sendiri apa sebenarnya yang berlaku.

Sepanjang minggu ini penulis sekeluarga stay di rumah mertua kerana ibu mertua penulis ke Medan,Indonesia.Jadi terpaksa menjaga rumah dan mengurus adik-adik ipar yang bersekolah.

Kebelakangan ni rasa agak kekeringan idea.Isu-isu pun kurang menarik untuk diketengahkan.Penulis bercadang untuk mengubah blog ini kepada wajah baru namun masih belum berkesempatan.

Okeylah.Qaseh dah meragam.

18 May 2009

Hakikat Nasi Tomato vs Nasi Ayam

Semalam merupakan hari beristirehat.Maklumlah hujung minggu.Hari sebelumnya (Sabtu,16 Mei) sempatlah penulis mengirim sms kepada beberapa orang guru yang masih berhubung hingga hari ini.Ini termasuklah saudara-mara dan sahabat handai yang menjawat jawatan 'che'gu' itu.

Semalam juga penulis berkesempatan menemui sesuatu yang selama ini diburu dan dicari.Nak tau apa?

Sebelum ini penulis menemui nasi ayam paling sedap hanya di dewan makan asrama sekolah penulis dahulu.Keunikan ialah pada sosnya yang dibuat sendiri.Namun pemburuan itu berakhir setelah penulis menemui 'spesis' nasi ayam yang sama tahap kelazatannya di Restoran Toman,Sabak Bernam.Memang tak guna kalau nak cakap.Anda tidak akan menemuinya di tempat lain.Memang puas dan kadar kerasaan pada anak tekak akan menyebabkan ianya sangat berbaloi.Memang terubat kerinduan pada nasi ayam makcik dewan makan asrama penulis dahulu.

Sambung semula apa yang penulis nak cakap tadi...Apa yang penulis buru kali ini ialah Nasi Tomato! Setelah melanjutkan pelajaran,penulis sempat pula merasai dan menjumpai nasi tomato paling sedap di cafe Kamsis penulis.Memang tidak dapat dicari juga di tempat lain.

Setelah habis pengajian penulis tidak lagi menemui masakan yang sesedap itu di mana-mana sampailah semalam.Dan yang paling mengujakan ialah ia adalah air tangan isteri penulis.

Memang pada awalnya dia hanya mahu memasak setelah melayari internet mencari menu.Tapi tidak tahu pula dia akan masak nasi tomato.Apabila segalanya telah siap dan dihidangkan penulis pun makan seperti biasa.Masakan isteri penulis sebelum ini tahap biasa-biasa sahaja (shhh...dia bukan reti sangat masak pun).

Belum lagi sempat menyuap,hidung menangkap satu aroma yang sukar dimengertikan.Sebaik menyuap,kepala rasa tenggelam dalam satu dunia yang 'berbeda' (berbeza).Setelah menelan,reaksi spontan kepala mahu menghantuk ke dinding pula menjelma.Segalanya di luar kawalan.

Apa yang lebih membanggakan,nasi tomato tersebut digandingkan dengan ayam madu masak merah dan acar rampai yang juga dimasak sendiri.

Satu demi satu memori kembali ke ingatan.Sejujurnya penulis tidak pernah menyangka akan menemui kembali nostalgia kelazatan nasi tomato di Kamsis dahulu terjadi di rumah sendiri! Dan lebih mengejutkan ia adalah masakan isteri penulis! Maaflah kerana penulis tidak sempat mengambil gambar masakan tersebut untuk tatapan pembaca kerana penulis hanya memperoleh kerasionalan dan kembali ke alam nyata setelah beberapa jam ia berlalu....

17 May 2009

Sedutan Hujung Minggu

Terdapat beberapa artikel menarik untuk dibaca hujung minggu ini.Pautan tersebut disertakan di bawah;

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Bacalah juga artikel lain yang juga terdapat di ruangan tersebut.

15 May 2009

Proton vs Perodua

Artikel yang menarik untuk dibaca-petikan KOSMO 9 Mei 2009

Proton, Perodua sebumbung
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR irwan@majalahkereta.com.my

Sejauh manakah penggabungan Proton dan Perodua bakal memberi input positif kepada kedua-dua syarikat pengeluar kereta Malaysia ini?

TAHUN 2009 adalah tahun paling mencabar dalam dunia automotif. Kesan langsung daripada krisis subprima Amerika Syarikat (AS) yang merebak ke Eropah, kini menular di benua Asia.Industri Automotif AS merupakan penanda aras terhadap ekonomi mereka secara keseluruhan. Jatuhnya konglomerat seperti GM dan Chrysler adalah titik mula terhadap kerapuhan industri yang sudah bertahan hampir 100 tahun lamanya di dunia.

Industri automotif sebenarnya perniagaan kejam yang amat menduga. Lebih besar sesebuah pemilikan syarikat itu, maka lebih banyak sudut-sudut rapuh yang akan terbina tanpa sedar. GM adalah contoh terbaik. Dengan memiliki genggaman saham besar di banyak negara, adalah sukar untuk memperlahankan kesan langsung impak ekonomi tersebut.

Selain memiliki Caddilac, Buick dan Chevy, GM terpaksa bertarung untuk memperjudikan masa depan Saab, Opel dan Daewoo dari dunia yang berbeza. Meskipun tersenarai antara projek bail-out terbesar AS, ia juga tidak dapat bertahan.Justeru, adakah syarikat-syarikat kecil seperti Proton dan Perodua terkecuali?
Tidak sama sekali. Malah, mereka seharusnya sudah mula memikirkan strategi untuk bertahan lebih baik dalam masa terdekat.

Kurang model bermakna kurang pembeli baru. Model baru yang salah juga akan terus menjahanamkan syarikat jika pertimbangannya tidak betul. Pada saat ini, apa juga tindakan yang bakal diambil akan memberi impak terus kepada syarikat.ADAKAH penggabungan dua syarikat automatif ini mampu menyelamatkan mereka daripada kemerosotan ekonomi dunia?

Cadangan penggabungan Proton dan Perodua merupakan antara gesaan yang enak dan menarik untuk didengar, namun sukar dilaksanakan. Mungkin ramai yang mengandaikan, ia syarikat milikan negara seperti Kia dan Hyundai di Korea Selatan.Namun, harus diingat, Hyundai dan Kia adalah dua contoh berbeza dalam industri yang bertunjangkan nasional. Sedangkan di Malaysia, hanya Proton sahaja yang tinggal sebagai pembuat kereta nasional. Proton bergabung dengan Perodua adalah sama ertinya dengan menjual saham mereka kepada Toyota.

Banyak halangan yang perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak sebelum mereka boleh bekerjasama di bawah satu bumbung. Dari sudut positifnya memang banyak. Mereka tidak perlu bersaing sesama sendiri. Satu model bagi setiap segmen dan satu model untuk satu pembeli. Kelebihan lain termasuklah perkongsian fasiliti,
pembuatan perkakasan asli OEM, perkongsian vendor, pengagihan pusat pengeluaran, rangkaian pengedaran dan banyak lagi untuk disenaraikan.

Namun begitu, ia hanya dapat dilaksanakan sekiranya perkara yang paling asas dapat diselesaikan terlebih dahulu.Proton mungkin tidak menghadapi banyak rintangan. Paling sukar mungkin mendapatkan persetujuan daripada lembaga pengarah Khazanah Nasional yang merupakan pemegang saham terbesar dalam Proton Holdings Berhad. PROTON semakin agresif dengan menghasilkan model-model jentera rekaan terbaik.
Daripada beberapa senario sebelum ini, seperti idea Proton bersama Volkswagen dan GM, kelihatannya Proton berpendirian tegas dalam memastikan Proton kekal sebagai entiti negara.

Jadi, seakan-akan ada sinar harapan untuk bergabung dengan Perodua. Jika sekalipun persetujuan ini dicapai, prosedur paling rumit ialah memastikan penyelesaian di pihak Perodua pula.Perodua walaupun pada namanya merupakan Perusahaan Otomobil Kedua, namun hakikatnya ia tidak lebih daripada sekadar lambang Malaysia.

Saya pernah menggunakan ungkapan 'kereta tempatan yang diimport' pada Perodua Nautica. Ramai yang membidas. Malah diperhatikan, ramai pembaca tidak menyedari bahawa kereta tersebut merupakan Toyota Rush versi 'pendek' di Jepun.Bukan memperlekehkan Perodua, namun sebenarnya kagum dengan corak pemilihan model, mengekalkan dan menamatkan pengeluaran model-model mereka. Setakat ini, mereka berjaya melakukan dengan baik. Lihat sahaja berapa banyak Myvi dijual setiap bulan malah, Kancil yang berusia 15 tahun dalam produksi itupun masih lagi dijual.

Strategi perniagaan beginilah yang membolehkan Toyota menjadi pengeluar kereta nombor satu. Corak pemasaran, kapasiti pengeluaran dan kawalan kualiti yang tinggi membolehkan Perodua kekal sebagai model terlaris tempatan. Sebelum bergabung, Perodua harus melepaskan pegangan saham secara langsung daripada Daihatsu/Toyota. Ia bagi memastikan pegangan mutlak dalam syarikat yang membenarkan mereka membuat setiap keputusan.

Dengan kata lain, Proton perlu berunding dengan Toyota/Daihatsu untuk membolehkan kedua-duanya bersatu. Perodua dimiliki UMW Corporation sebanyak 38 peratus dan Daihatsu 20 peratus. Selebihnya dikongsi bersama Daihatsu Malaysia, Mitsui, PNB dan MBM Resources. Sejarah telah melakarkan bahawa Toyota dan anak syarikatnya, Daihatsu bukan sahaja merupakan pembuat kereta yang cekap, mereka juga peniaga yang bijak.

KANCIL masih popular dan menjadi pilihan rakyat Malaysia.Penjenamaan tidak menjadi masalah. Masing-masing boleh mengekalkan nama produk, kelebihannya cukup jelas jika penggabungan ini berjaya kerana model-model seperti Savvy merupakan hot-hatch yang memang diimpikan jurutera Daihatsu.

Dengan rangkaian edaran yang besar di seluruh pelosok bumi, tidak mustahil Savvy akan kembali ke pasaran yang selama ini hanya menjadi impian Proton. Kereta sebaik ini sebenarnya jauh melepasi piawaian mana-mana model Daihatsu bersaiz K-Car.

Logiknya mudah. Daihatsu tidak perlu membelanjakan kos yang tinggi untuk menjual kereta dengan kadar piawaian rendah seperti di Malaysia. Tiada yang mempertikaikan keutuhan kerangka, apatah lagi teknologi seperti ABS, beg udara dan ESP yang begitu asing untuk dibicarakan sebagai perkakasan piawai dalam mana-mana kereta baru yang dijual di Malaysia.

Dari segi teori, sekiranya penggabungan ini terjadi sudah tentulah kesan positifnya dapat dilihat pada kedua-dua pihak. Tidak mustahil kumpulan ini bakal menjadi konglomerat automotif terbesar negara.
Malah, sehingga kini sebahagian besar pasaran kereta penumpang dikuasai oleh dua syarikat ini.Impian ini sebenarnya memang boleh menjadi kenyataan, namun banyak jalan dan liku yang perlu ditempuhi sebelum kedua-duanya dapat tinggal sebumbung. Ia bukan mudah namun tidak pula mustahil.

Warna-warna Malaysia








Teluk Intan sentiasa diwarnai dengan pelbagai ragam manusia.Persekitaran mengkhusus tidak kira setempat mahupun global mendorong manusia mengalami berbagai tekanan.

Salah satu dari tekanan yang mungkin dialami oleh segelintir mereka ini ialah dengan apa yang telah penulis saksikan semalam.Memang ceria dan berwarna-warni,tapi mestilah kita insafi bahawa apa sebenar yang berlaku di sebalik warna yang kita saksikan.Kita tidak boleh menelah sementelah kita tidak mengetahui apa sabenarnya yang terjadi.

Dalam perjalanan untuk melawat projek semalam sekitar jam 11.30 pagi,penulis menyaksikan kesesakan lalulintas dihadapan kilang konkrit.Penulis mengandaikan satu kemalangan telah terjadi kerana kereta peronda polis dan berpuluh-puluh kereta orang awam lain diletak di sepanjang bahu jalan.

Namun telahan jelas tersasar apabila sebenarnya orang ramai sedang mengerumuni sesuatu di hadapan sebuah bengkel motorsikal.Penulis yang segera melangkah ke tempat kejadian tergamam seketika kerana menyangkakan seseorang yang bergari telah mati.

Rupanya orang tersebut hanya mendiamkan diri terbaring di tengah jalan di terik matahari setelah polis menggari tangannya.Orang tersebut disyaki mengalami masalah mental setelah menyembur cat berwarna-warni di motorsikalnya sebelum menyembur seluruh tubuhnya sendiri.Hal ini mungkin menyebabkan pemilik bengkel menghubungi polis setelah keadaan tidak terkawal.

Dapat dilihat raga motorsikalnya penuh dengan berbagai benda termasuk sepucuk pistol mainan ala power rangers.Korang tengoklah sendiri!








14 May 2009

Perak Bumi Bertuah

Perak-negeri kelahiran penulis akan setia di sanubari walau apa yang terjadi.Adegan flip-flop yang melibatkan hal perundangan yang begitu merimaskan sepanjang minggu lalu menjadi hidangan yang memualkan.

Namun hakikatnya semua itu bisa ditelan andai rasional dan rasa kecintaan tahap tertinggi mengatasi rasa dendam dan emosional yang tidak berkesudahan.

Penulis masih rasa amat tenteram bersiar di negeri tercinta ini.Kelmarin penulis masih santai bermain bowling di Ampang Superbowl,Ipoh Parade bersama sahabat penulis (Tahniah Asfa kerana sudah memiliki Merc E240 Avantgarde) .

Semalam pula lagi sekali pemain masih santai bermain bowling kali ini di AEON Kinta City (Jusco).Serasa habis tenaga kerana bermain ala lepas geram (set bowling penulis dah lama berhabuk) sementara menantikan isteri penulis habis ditemuduga (masuk pukul 10 pagi dan hanya tiba giliran untuk ditemuduga pada jam 5.30 petang!Arghhhhhhhhhhhhhh!!!)

Suasana bandar Ipoh terutama sekitar Medan Istana yang menempatkan bangunan SUK atau pejabat MB masih tenang dan sibuk seperti biasa.Alhamdulillah,inilah yang menunjukkan betapa mahalnya Malaysia dan Perak khususnya kerana keamanan ini mungkin sukar dilihat di negara yang bergolak.

Habis semua urusan sekitar jam 6 petang,penulis memandu di lebuhraya dalam perjalanan pulang dan keluar di susur Tapah.Betapa nikmat menyusuri lebuhraya lurus yang selesa di keheningan senja dalam suasana dingin selepas hujan petang.

Semoga semua nikmat yang dikecapi ini akan berpanjangan.Ingatlah bahawa kita tidak mewarisi bumi bertuah ini daripada nenek moyang kita dahulu tetapi meminjamnya dari anak cucu kita pada masa akan datang!

11 May 2009

Koleksi Terbaru








Semalam penulis menambah lagi koleksi rantai kunci (keychain).Ia adalah pemberian bapa saudara penulis(Thnx Dato' Fadlillah) yang baru pulang dari melancong di Indonesia.
Gambar-gambar keychain itu anda boleh lihat di atas.Paling teruja ialah sebentuk keychain yang tertera nama penulis.Kalau dilihat secara live memang nampak sungguh klasik.
Jangan cemburu ye :-)
p/s=Isteri penulis telah menyediakan baju baru untuk menghadiri konvokesyen Laili di UiTM Shah Alam 1 Jun ini.Penulis pun pening melihat keterujaan dia.

09 May 2009

From Taiping With Love





Baru saja tiba di rumah.Cuaca agak panas sepanjang perjalanan tadi.Sempatlah singgah di beberapa tempat semasa dalam perjalanan pulang.

Penulis tidak berminat untuk menjelajah Penang tadi kerana dikhuatiri jalan jem kerana wesak hari ini.


Jadi penulis mengambil kesempatan keluar di tol Taiping.Niat di hati ingin menziarah bandar yang sepuluh tahun dahulu (1998-1999) menjadi tempat permainan semasa masih menuntut di peringkat menengah.

Maka,penulis pun memandu ke SM Teknik Taiping (mungkin tidak se-gah SBP atau MRSM) bersama isteri dan anak.Memang terkejut kerana terlalu banyak perubahan yang berlaku.Pemandangan hijau yang melatari pemandangan sepuluh tahun dahulu kini diganti dengan hutan batu yang berbagai ragam.

Tiada lagi kenyamanan yang dirasakan.Tiada lagi kehijauan yang diimpikan,tiada lagi kesegaran bau-bauan rumput menusuk organ pernafasan.

Penulis merindui semua suasana itu.

Sekolah tersebut juga tidak terkecuali dari menerima limpahan pembangunan.Hampir tersasar semasa menuju sekolah itu dek kerana kelainan yang ditonjolkan begitu mengejutkan.

Seusai merakam beberapa gambar kenangan di pagar utama sekolah,penulis memandu pula menuju Taman Tasik Taiping.Melalui tasik yang menghijau dan zoo Taiping yang tersohor sangat nostalgik dirasakan.Tidak begitu banyak perubahan di sekitar ini.Alhamdulillah,kalau tidak,semua khazanah yang dipelihara sejak berkurun ini akan hilang ditelan golongan yang haloba.

Rugi andai tidak melapik perut di medan selera favourite penulis di bandar Taiping.Pekena nasi ayam special dengan disulami yong tau foo yang sememangnya menjadi igauan dan trademark bandar ini memang menghilangkan kerinduan sekian lama.Masih lagi kekal di lokasi lama iaitu di bahagian belakang Balai Bomba Taiping.

Sayangnya perut sudah terisi penuh tatkala teringat kesegaran pasembor di medan selera Jalan Panggung Wayang.Nampaknya lain kalilah.

Seterusnya dalam perjalanan pulang melalui Sitiawan sempat singgah di pasaraya membeli hadiah sempena Hari Ibu besok kepada ibu penulis dan ibu mertua yang tersayang.

Begitulah kita,masa berlalu bagitu pantas.Zaman berubah kini tanpa kita sempat mengejarnya.Peluang terbentang usah dilepaskan kerana kelak kita tidak mungkin akan dapat mengejarnya sebaik kita mengejar pada masa yang tepat.

Apa penulis merepek ni?Oklah,malam minggu ni penulis terpaksa tidur awal.Assalamualaikum dan jumpa lagi.

Seputar seminggu...

Pagi ni terpaksa bangun awal.Sebentar lagi akan bergerak ke Penang untuk urusan sedikit hal.Pendek kata jadual penulis memang penuh walaupun hari cuti hujung minggu.Besok terpaksa pula menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Selangor.

Mujur petang semalam sempat membasuh kereta-kereta yang sekian lama terbiar disaluti kotoran yang menyakitkan mata.

Sepanjang minggu lepas kita telah dihidangkan dengan berbagai perkara yang anda pun dapat ikuti dalam blog ini.

Penulis cuma tidak mengupas isu-isu politik.Sedikit catatan,jika anda mengikuti perjalanan persidangan DUN Negeri Perak pada hari Khamis lepas,anda kan dapat menilai siapa yang 'bejat' sebenarnya hingga menjadikan persidangan itu seperti sarkas.

Memang sukar dipercayai pada zaman bertamadun hari ini bagaimana sekumpulan manusia rela diri mereka dirakam dan disaksikan berjuta manusia lain dalam keadaan yang begitu aib.

Kita tinggalkan hal itu kerana ia telah dikupas tersangatlah terperincinya oleh media arus perdana.Kalau nak tahu yang sebaliknya,bacalah media yang 'melawan arus'.

Okeylah tuan/puan.Saya minta diri dahulu untuk bersiap.Ingat,besok hari ibu.

07 May 2009

#7 Selamat Hari Ibu

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak Nak! Tak Nak!

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA.Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”

Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”

apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.

Menjelang usia 24, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu sekarang zaman moden.

Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.

Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Mentaati Ibu bapa

Hadith : Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” - Riwayat al-Hakim

Huraian Pengajaran hadis:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Bisikku pada bulan kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku.. tanpa dia, malam menemaniku.. sepi memelukku. Bulan jangan biar siang.. biar malam ini kelam. Biar ia sepi sepertiku...

06 May 2009

Giant-One Step Closer





Akhirnya,tanda tanya seekor gergasi akan menyerang bandar kecil Teluk Intan menjadi kenyataan.

Segalanya bermula sekitar jam 10.00 pagi tadi apabila penulis melencong dari jalan yang lazim di lalui untuk ke tapak projek.

Apabila tiba di tempat kejadian,penulis tergamam melihat apa yang berlaku.Hampir terbabas kereta penulis apabila mengambil beberapa keping gambar di atas.

Maknanya segalanya telah terbukti apabila sekian lama gergasi tersebut kaku tanpa sebarang reaksi.

Anda saksikan la.N'joy ya!

Mei and Me

Mei memang mencatat banyak kisah dalam kehidupan kita.Terdapat beberapa hari penting di dalam bulan Mei yang seharusnya kita ingat.Antaranya Hari Ibu dan Hari Guru yang disambut bulan ini.Juga kita semestinya tidak melupakan peristiwa 13 Mei 1969 dan berharap ianya tidak akan berulang.

Bagi diri penulis sendiri,secara peribadi,beberapa peristiwa penting tercatat pada bulan Mei.Antaranya ialah penulis pernah mangalami kemalangan jalan raya sehingga patah pergelangan tangan kanan pada penghujung Mei 2002.Ketika itu penulis sedang menjalani latihan praktikal di Jabatan Kerja Raya.

Mei juga menyaksikan bertautnya kasih di antara penulis dengan isteri.Bait-bait puisi percintaan mula dinyanyikan semerdunya di penghujung musim Mei 2005 (Korang jangan gelak pulak.Geli tak pe ha ha ha).

Kebetulan 31hb Mei juga disambut setiap tahun dengan kesyukuran iaitu setiap kali hari lahir isteri penulis disambut.Pertama kali menyambut ulangtahunnya ialah pada hari terakhir dia menjalani praktikal di pejabat penulis.Di sini penulis ingin menegaskan betapa signifikan PRAKTIKAL dalam kehidupan penulis.

Mei juga mencatat kenangan pahit apabila bapa mertua penulis kembali ke Rahmatullah.Tanggal 9 Mei ini merupakan genap setahun beliau meninggalkan kami.Dan,19 Mei juga merupakan hari kelahiran Allahyarham.Al-Fatihah.

Musim berlalu bersilih ganti.Yang hidup akan mati dan yang kecil akan menjadi dewasa.Banyak lagi memori Mei untuk dikenang.Tapi biarlah sebahagiannya menjadi lipatan sejarah.

Yasng besar itu nafsu,yang jauh itu masa,yang dekat itu mati....

Rally...

Bagaimana dengan artikel ala rally (bersambungan secara serentak) sempena dengan hari Ibu semalam?Harap ia mengesankan anda.Sedikit sebanyak bolehlah menjadi panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

Kalau ada lagi kisah yang boleh dikongsi, Insya'Allah penulis akan paparkan di sini.

Kebelakangan ini,terasa badan tidak cergas.Rasa tidak sedap badan terutama setiap malam sebelum tidur sangat mengganggu.Sehinggakan terpaksa menelan panadol extend setiap hari untuk menstabilkan keadaan.Mungkin kerana tekanan.

Malam tadi pula, tidak dapat dipastikan apa yang menggigit bahagian belakang leher sehingga rasa kesakitan yang amat sangat.Qaseh pula meragam tidak mahu tidur.Kepala menjadi bingung sekejap apatah lagi kandungan paracetamol panadol extend yang tinggi menyebabkan kepala menjadi blur.

Tapi,penulis bangun awal pagi ini.Alhamdulillah,semua dirasakan okey.Kerja di pejabat pun kurang.Cuma ada beberapa perancangan yang perlu diberi keutamaan.

Apapun semoga pagi yang indah ini dapat dinikmati sepenuhnya oleh kita.Bersyukurlah,Alhamdulillah!

05 May 2009

#6 Selamat Hari Ibu

(Petikan laman web)

Malaikatmu tersentuh hati..

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... Dia bertanya kepada Tuhan :
"Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana ; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab:
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu".

"Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang sayal akukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia".

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
" Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan :

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU " ...

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak- anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu di bawah telapak kakimu..."

Sampaikanlah walau satu ayat-al hadis

#5 Selamat Hari Ibu

(Petikan dari laman web)

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga.

Demikian besarnya martabat seorang ibu.Amatlah berdosa jika kita sebagai anak mengabaikan mereka, seperti mana kemelut yang dilalui oleh Adi (bukan nama sebenar) yang berasal dari utara tanah air.Kata Adi, dia terpanggil menulis untuk berkongsi pengalamannya setelah membaca kisah yang disiarkan dalam ruangan ini pada 17 Ogos lalu mengenai kehidupan seorang ibu yang terbiar.

Kehadiran surat Adi berkongsi rasa dengan pembaca amat saya sanjung tinggi. Kisah Adi akan menjadi teladan buat diri saya serta pembaca agar menghargai ibu juga bapa kerana mereka satu-satunya harta paling berharga yang tiada tandingannya di dunia ini.Begini kisah Adi:

“Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an. Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.
“Saya juga mempunyai kerjaya yang stabil dan telah dua kali mendapat anugerah khidmat cemerlang. Memang saya sangat komited terhadap tugas, malangnya saya kurang komited terhadap ibu saya sendiri.
“Bapa saya telah meninggal dunia 17 tahun yang lepas dan sejak itu ibu tinggal seorang diri di rumah pusaka arwah bapa di kampung.
“Pada masa itu saya bertugas jauh dari kampung. Atas rasa tanggungjawab ke atas ibu, saya telah berusaha untuk bertukar ke daerah yang hampir dengan rumah ibu untuk menjaganya.
“Isteri saya juga bekerja. Tapi dia dilahir dan dibesarkan di bandar, manakala saya merupakan anak kampung sejati.

“Seperti biasa bila orang bandar kahwin dengan orang kampung tentu mengambil masa untuk serasi terutama bab kehidupan di kampung. Isteri kekok dengan persekitaran kampung yang serba-serbi kekurangan.
“Bagaimanapun, saya telah berjaya memujuk isteri untuk mengikut saya tinggal di kampung dengan janji saya akan membina rumah baru yang serba moden dan lengkap berdekatan rumah ibu saya.
“Alhamdulillah, hajat kami bertukar ke kampung dimakbulkan Tuhan selepas dua tahun bapa saya kembali menghadap Ilahi. Seperti yang saya janji, sebuah rumah baru dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa yang jaraknya hanya 200 meter sahaja dari rumah ibu.
“Disebabkan kesibukan bekerja serta mengurus persekolahan anak-anak, saya tidak ada masa untuk menjenguk ibu. Hajat saya menjaganya seperti rancangan asal berpindah ke kampung tidak sempat saya laksanakan. Ibu tetap keseorangan.

“Kalau pergi pun, seorang diri, isteri dan anak-anak kurang gemar ke sana alasannya, rumah nenek kotor dan berbau.. Maklumlah rumah kampung.
“Bayangkan setelah 10 tahun menetap di kampung, isteri hanya menjenguk ibu saya sebanyak lima kali, itupun sekadar berdiri di muka pintu bertanya khabar.
“Nak masuk rumah dan minum, maaf lah! Alasannya tangan ibu saya tidak bersih, cawan masih melekat sabun, pinggan berbau hanyir dan macam-macam lagi. Apa lagi nak harapkan isteri tolong mengemas rumah ibu, jauh panggang dari api. Sebenarnya saya pun sama, merasa jijik dengan ibu sendiri, memang jika saya ke rumah ibu saya akan mengelak daripada minum dengan alasan sudah minum. Saya terikut-ikut perangai isteri saya yang jijik.

“Namun Tuhan Maha Berkuasa, dua tahun lepas saya telah diserang sakit jantung akibat perangai anak-anak. Yang lelaki terlibat dengan pergaduhan di sekolah, yang perempuan pula sangat lembam dalam pelajaran. Anak-anak yang dua lagi biasa-biasa sahaja tapi tetap ada masalah. Pendek kata tidak ada yang boleh dibanggakan sedangkan saya telah banyak menghabiskan wang ringgit dan masa menghantar mereka tuisyen sejak mereka di tahun tiga lagi.

“Kebanyakan masa saya telah dihabiskan di atas jalan raya dengan menghantar anak-anak mengaji al-Quran, tuisyen, masuk kelab-kelab di sekolah sehingga saya tidak ada masa untuk ibu sendiri.
“Sepanjang masa saya terlantar di hospital saya telah bermimpikan arwah bapa yang datang dengan muka yang sangat sedih tanpa sepatah kata. Arwah bapa seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Selama tujuh malam berturut-turut saya mengalami mimpi yang sama. Saya mula resah dan menjadi takut.
“Tertanya-tanya juga saya, apa yang ingin bapa sampaikan kepada saya? Serta merta saya teringat kepada ibu yang saya abaikan. Saya menangis semahu-mahunya. Mungkin ini petunjuk terhadap kealpaan saya menunaikan tanggungjawab sebagai anak.

“Berhari-hari saya termenung dan berfikir. Mungkin inilah petunjuk Allah kepada saya. Lalu teringat juga saya akan anak-anak yang memberi masalah kepada saya dan isteri. Adakah ini balasan Allah kepada saya kerana tidak menjaga ibu?
“Selepas keluar dari hospital saya nekad untuk berubah dan memohon ampun daripada ibu. Saya benar-benar insaf dan menyesal. Saya bertaubat.
“Lalu saya bercakap dari hati ke hati dengan isteri dan anak-anak. Saya jelaskan satu persatu akan masalah yang menimpa kami. Saya meminta isteri dan anak-anak memberi kerjasama untuk membaiki keadaan hidup kami. Saya katakan kepada mereka ujian yang kami hadapi disebabkan sikap mereka yang mengabai dan menghina ibu saya.

“Syukur mereka menerimanya dengan baik. Kami menangis bersama-sama pada malam itu dalam suasana yang cukup syahdu. Ketika berpelukan saya, isteri dan anak-anak berjanji akan berubah dan mengutamakan ibu saya dalam segala hal.
“Bermula saat itu saya bertekad memasukkan agenda menjenguk ibu dalam rutin harian saya. Kami memujuk ibu tinggal bersama. Isteri turut menyokong tindakan saya. Cara ini memudahkan ibu dijaga dengan baik terutama kesihatannya.
“Ibu akhirnya bersetuju. Tapi biasalah orang tua, bosan ditinggalkan seorang diri pada siang hari setelah kami semua keluar rumah.
“Mujur ada rumah ibu saudara yang boleh saya tumpangkan ibu. Kebetulan rumahnya dekat dengan surau yang aktif mengadakan ceramah agama serta kelas mengaji untuk orang-orang tua.. Balik kerja sebelah petang, saya ambil ibu untuk dibawa pulang.

“Ketika ini barulah saya teringat, apa yang saya buat sama seperti saya menghantar anak ke nurseri pada siang hari dan mengambilnya selepas waktu kerja pada masa lalu.
“Lalu teringat saya, kalau saya boleh buat untuk anak, mengapa tidak boleh buat yang sama terhadap ibu. Mengingatkan ini hati saya menjadi sebak dan sayu apabila teringatkan apa yang telah saya buat kepada ibu sebelum ini.
“Saya bersyukur kerana cepat sedar dan diberi peluang kedua untuk menebus kesilapan besar yang telah saya lakukan dalam hidup ini.
“Saya benar-benar malu pada ibu dan diri sendiri. Saya harap ibu ampunkan dosa saya. Semoga Allah menerima taubat saya dan membuka pintu hati saya untuk terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan. Kini saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu.

Alhamdulillah...’’ begitu Adi menutup kisahnya.Dalam air mata yang masih bergenang di kelopak saya membaca kisah Adi berulang kali. Terasa amat sebak di dada. Termenung panjang saya mengenangkan keluhuran budi seorang anak yang mengaku akan dosa dan kesilapannya terhadap ibu tersayang.Semoga anak-anak lain yang sedang atau telah mengabaikan ibu bapa mereka cepat insaf dan bertaubat.

Ingatlah, syurga itu di telapak kaki ibu.Kisah Adi besar iktibarnya kepada kita sebagai anak yang masih punya ibu bapa. Hargailah mereka. Menutup kata: Keindahan adalah budi pekerti. Kebaikan adalah kebajikan dan keluhuran budi dan keelokkan itu adalah cara bagaimana kita bermain dengan akal.

#4 Selamat Hari Ibu

(Petikan dari e-mel)

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.

Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.Cerita ini bermula ketika saya masih kecil.

Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :

"Makanlah nak ibu tak lapar." -PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepatmenolaknya. Ibu berkata :

"Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata :

"Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.

Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata :

"Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata :

"Saya tidak perlukan cinta.Saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata :

"Jangan susah-susah,ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ;

"Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.

Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata :

"Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya.

Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu,sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu,maafkan saya. Saya sayangkan ibu.Semoga menjadi iktibar buat kita semua........

#3 Selamat Hari Ibu

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya,
“Ibu, mengapa ibu menangis?”Ibunya menjawab,
“Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
“Nak, kau memang tak akan mengerti…”Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya.
“Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,
“Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

#2 Selamat Hari Ibu

Kepada sesiapa yang masih ada ibu...
Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik .

Dan kerana ketidak sabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room,saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya.

Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya.

Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.

Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan .Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya.

Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya. Sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangatbersyukur bahawa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu.........................

"Orang Berakal,
Apabila Diam Ia Berfikir...
Apabila Berkata, Ia Mengingatkan...
Apabila Melihat, Ia Jadikan Pengajaran..."

#1 Selamat Hari Ibu

Janji penulis beberapa posting yang lalu akan ditunaikan,Insya'Allah.Di sini dipaparkan kisah tentang ibu dalam berbagai pengkisahan.Penulis petik dari email,bahan bacaan dan juga nukilan sendiri.Untuk permulaan renungkan kisah berikut dalam siri satu.

Sape syg mak,mama,ibu,ummi,amma...(beginikah menilainya?)

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


"Jika kamu menyayangi ibumu, majukan kisah ini.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

updating BAS TERBAKAR







Seperti yang penulis uar-uarkan semalam perihal insiden kebakaran sebuah bas,anda boleh mendapatkan naskhah berita tersebut dari akhbar hari ini.

Secara ringkas ia berlaku di KM 8,Jalan Maharajalela menghala ke Teluk Intan berhampiran kilang kelapa sawit Ladang Nova Scotia.
Kebakaran berlaku bermula di bahagian belakang iaitu di bahagian enjin.Ia hanya disedari pemandu yang mendapat isyarat dari seorang penunggang motorsikal.

Semasa kejadian,bas yang dimiliki Syarikat Aulia Travel & Tours itu sedang dalam perjalanan untuk diselenggarakan di Teluk Intan.

Penulis sendiri pernah menaiki bas tersebut semasa lawatan ke Kuala Gula,dua tahun lepas.

04 May 2009

Project of Bagan Datoh (Phase 4)...Something Memorable...








Keterangan gambar;

1.Mee goreng-antara menu

2.Nasi goreng Tokyo

3.Mamat yang diraikan-malu-malulah pulak

4.Kek Birthday

Petang tadi penulis ada menghadiri parti hari jadi rakan penulis,Azharudin (Wong Jowo Tanjung Karang).Beliau merupakan site supervisor di projek seliaan penulis.Ia diadakan di Tokyo Cake House.

Rasanya sudah lama penulis tidak menghadiri party sedemikian rupa.Semasa student dulu kerap la.Birthday penulis lazimnya disambut dalam tiga majlis setiap tahun.Di rumah keluarga kandung,keluarga mertua dan pejabat.Bunyi macam grand tapi itulah hakikatnya.

Party di pejabat biasanya dianjurkan oleh pelajar pelatih (Penulis memang baik dengan pelatih-tidak hairan isteri penulis sekarang juga merupakan bekas pelajar pelatih UM di pejabat pelatih-Ssshhhhhhhhh!Jangan beritahu orang lain).

Berbalik kisah Azhar tadi,dia pun tidak merancang majlis tersebut.Mastermind semua ini ialah site clerk iaitu Cik Sanieta Nahrawi.

Apa yang membuat kami semua teruja dengan majlis ini ialah,disebalik segala keperitan dan dugaan yang dihadapi sepanjang mengelolakan projek ini (Projek Bagan Datoh (Fasa 4),masih ada sesuatu yang indah untuk dikenang.Maklum sepanjang projek ini berjalan lebih kurang setahun lebih yang lalu,tiada banyak perkara yang menggembirakan.

Memandangkan projek pun hampir siap,kami pun membuat majlis ini dengan harapan 'terselit sedikit kenangan indah' di hati masing-masing.

Bunyi memang agak kelakar tetapi hakikatnya,kita akan cuba untuk membuat apa sahaja demi memujuk hati masing-masing.

Secara tidak langsung,ia juga akan mengimbau nostalgia zaman remaja dulu yang semakin jauh meninggalkan kita.

Penulis tidak terlibat secara langsung.Orang dah ajak makan,makan sajalah.

nota;Jangan lupa harijadi penulis pada 14 Jun ini.Tapi hari Ahad la pulak!

B**AS TERBAKAR (bukan Beras Terbakar yang kat Langkawi nun)












Keterangan gambar :

1. Snap cantik tetapi tiba-tiba ada treler menyibuk.

2. Bas malang yang rentung

3.Cermin depan kereta penulis yang baru




Seusai menghabiskan posting pagi tadi,penulis bergegas untuk melawat projek di Bagan Datoh.Sempat singgah di Pejabat Pos untuk kurier hadiah anak saudara (Hepi besday Faten Nur Zahirah) lagi.

Perjalanan lancar sehinggalah di lampu isyarat berhampiran RR Batu 5 menghala ke Hutan Melintang.

Penulis pada mulanya tidak perasan dengan apa yang berlaku.Memang dari jauh nampak orang ramai berkerumun.Oh!Penulis tergamam dan terlajak dari lokasi kejadian.Segera penulis mempertaruhkan keselamatan diri dengan drift membuat u-turn di JALAN BESAR 4 LORONG untuk ke lokasi kejadian.

Sebuah jentera bomba kelihatan baru selesai memadam kebakaran sebuah bas di bahu jalan.Penulis tidak berhenti disebabkan lalulintas yang sibuk.Cuma penulis sempat merakam beberapa gambar dengan sebelah tangan sambil memandu kereta.

Mujur cermin hadapan kereta penulis masih baru (baru ganti selepas pecah beberapa minggu lepas),jadi pandangan memang begitu jelas.

Keadaan bas memang rentung.Penulis tidak pasti butiran sebenar insiden tersebut tetapi penulis rasa pembaca sekalian boleh mengikuti perkembangannya di akhbar harian besok.

Lihat,di dalam posting pertama pagi tadi penulis tidak tahu untuk menyatakan apa yang hendak ditulis,tetapi tiba-tiba dapat input baru.Demi pembaca,penulis sanggup untuk membuat apa sahaja.Semuanya untuk info berita yang terkini dan 'segar' langsung dari lokasi kejadian.

Sekali lagi ditegaskan di sini,selaras dengan tagline 'Apa-apa Sajalah',penulis komited untuk mengupas apa jua isu demi tatapan pembaca (cheewahh!)

Sejuk,Panas,Suam

Sebenarnya tak ada kaitan sangat pun antara tajuk dengan artikel ini.Penulis seboleh mungkin mencari idea untuk mengarang kerana beberapa sms telah diterima bertanyakan artikel yang terkini.

Tiada perkara yang menarik untuk beberapa ketika ini.Persekitaran komuniti pun berlangsung dalam suasana seperti biasa.Bezanya hujan yang menitis ke bumi bisa mendinginkan suasana yang suam dan panas beberapa ketika kebelakangan ini.

Banyak jugalah aktiviti di sekitar Teluk Intan.Misalnya Karnival Rakan Muda yang berlangsung selama 3 hari minggu lepas.Tapi penulis tidak berkesempatan pun meninjau sementelah penulis berada di Hutan Melintang (balik ke rumah ibu mertua) secara mengejut petang Sabtu lepas.

Ibu mertua penulis disyaki dijangkiti Chikungunya.Alhamdulillah beransur pulih setelah mendapat suntikan di klinik berdekatan (sahabat penulis iaitu Dr. Nil dari Klinik Ahsan).Namun,suka penulis berkongsi dengan para pembaca yang budiman untuk mengambil berat kehadiran 'helikopter' yang saban malam mengelilingi kita untuk menghisap darah.

Kesan dan simptom yang boleh dikesan jika dijangkiti Chikungunya ialah lemah di sendi terutama kaki hingga sukar sekali untuk berjalan.Beliau mengadu terpaksa merangkak untuk ke bilik air.

Petua yang penulis dapat dari rakan-rakan ialah minum air kelapa sebanyak mungkin.Selain itu,air minuman isotonik 100 plus juga baik untuk diminum jika mengalami simptom tersebut.Bagaimanapun langkah terbaik ialah pergi ke klinik berhampiran dan dapatkan rawatan segera.

Cuti selama tiga hari termasuk cuti Hari Pekerja pada Jumaat lalu juga menyaksikan kesesakan teruk jalan-jalan di sekitar sini.Malah,penulis juga menempuh kesesakan lalulintas hampir sejam di jalan menghala ke Teluk Intan sewaktu menghantar adik pulang ke asrama semalam.

Khabar juga menyatakan jalan menghala ke KL dan Klang (jalan dalam) mengalami kesesakan teruk.Begitulah Malaysia.Gawat lah ekonomi macamana pun,pengguna tetap berkenderaan ke sana sini mengeratkan silaturrahim.

Akhirnya,minggu ini kita akan menyambut Hari Ibu.Insya'Allah artikel akan datang penulis akan menulis atau memaparkan kisah-kisah mengenai ibu untuk tatapan anda semua.

Don't miss it!

03 May 2009

Pagi Ahad 3 Mei 2009

Pagi ni bangun awal betul.Qaseh terjerit-jerit nak bangun.Tu yang boleh update blog awal-awal ni.