...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

14 April 2009

Salam Perjuangan

Bunyi tajuk di atas agak patriotik.Tapi penulis terpaksa 'mencipta' tajuk yang sensasi sebegitu.Bukan untuk memaksa atau mengugut tapi penulis sangat berharap agar anda pembaca yang dimuliakan akan berfikir dengan tenang perihal artikel yang akan penulis coret di bawah.

Seperti di dalam posting sebelum ini,penulis tidak begitu arif berkenaan hal yang berkait dengan fakta (tetapi bukan bermakna penulis suka dengan auta).

Sekadar berkongsi dengan anda tentang kursus yang baru penulis lalui baru-baru ini.

Sebenarnya penulis mengikuti kursus yang berkaitan dengan kenegaraan di Kem Bina Negara (Kem Kuarters KLIA di Nilai,Negeri Sembilan-sebelum ini kem ini merupakan kuerters untuk kakitangan MAS)

Memang pada awalnya kursus yang berlangsung selama 5 hari 4 malam itu mengundang rasa yang sangat membosankan di kalangan peserta.Bak kata Ketua Fasilitator dalam loghat Negeri Sembilan muka peserta semuanya 'muka ketat'.

Sessi hari pertama dan kedua memang diisi dengan ceramah yang keseluruhan berkaitan dengan kenegaraan.

Penulis pun pada mulanya tidak mengendahkan sangat dengan perjalanan kursus ini.Namun cuba juga mengikutinya dengan sebaik mungkin sementelah kursus ini bukan setakat untuk dihadiri tapi DIMESTIKAN lulus dengan beberapa ujian yang terdapat di dalamnya.

Hari ketiga mula menarik perhatian penulis iaitu sessi LDK.Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan yang mengandungi 10 orang dalam setiap kumpulan.

Setiap kumpulan akan disediakan seorang Fasilitator.Fasi bagi kumpulan penulis ialah Cikgu Razak Nordin,seorang pesara guru fizik dari Kuala Pilah.

Memang modul telah ditetapkan tapi keterbukaan beliau dalam turut membicarakan isu-isu semasa negara ini merungkai kekusutan pemahaman sebilangan besar peserta.

Terlalu berharga dirasakan setiap saat (walaupun kadangkala rasa mengantuk tidak dapat dikawal dari menguasai diri) kerana beliau sangat berhemah di dalam menjawab dan menyampaikan fakta-fakta.

Bagaikan seorang wartawan,penulis menghujani soalan-demi soalan kepada fasi.Hal ini kerana input-input baru bersandarkan fakta sejarah memberi pemahaman kepada penulis.Turut dikupas isu-isu yang sensasi termasuk provokasi dari kaum lain dan pembangkang yang kebelakangan ini semakin berleluasa.

Sudah lumrah bangsa Melayu sebagai bangsa yang penuh kesopanan dan terlalu berdiplomasi.Apabila bangsa Melayu menyuarakan tentangan dengan mengungkit sejarah berkenaan kaum lain dianggap racist tetapi sebaliknya apabila hak-hak orang Melayu dipertikaikan apabila kaum-kaum tersebut dibiarkan terus bersikap biadap dan kurang ajar.

Jika sebelum ini,penulis sering membaca di media-media perihal kontrak sosial yang terus dipertikai oleh kaum-kaum lain,di dalam kursus ini barulah penulis mendapat tahu kedudukan sebenar.

Secara asas,kontrak sosial atau Pakatan Murni ini sebenarnya adalah persetujuan yang dicapai untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.Ia merangkumi hak-hak istimewa orang Melayu dan status warganegara kaum lain yang diterangkan melalui prinsip Jus Soli (sila rujuk Perlembagaan Negara).

Apa yang dikesalkan apabila kaum-kaum lain mempertikai kontrak sosial tersebut.Apabila dikatakan kontrak,sudah tentulah ia melibatkan dua pihak.Sekiranya ia dihapuskan,kontrak yang merangkumi kandungan tersebut turut terhapus.Jadi anda fikirlah dan kaitkan dengan kandungan kontrak tersebut apa yang akan berlaku.

Begitu juga dengan perpaduan di kalangan sesama bangsa Melayu yang kian rapuh.Sejarah membuktikan beberapa parti politik yang diwujudkan hari ini merupakan serpihan dari orang yang kecewa dengan UMNO.

Golongan ini mempunyai prinsip matlamat menghalalkan cara.Mereka lebih rela mengajak rakyat melakukan demonstrasi yang kebelakangan ini seakan seperti perkara biasa di jalanan.

Keganasan demontrasi yang semakin menular di negara ini sebenarnya sangat membahayakan.Fakta ini boleh kita lihat hari ini.Budaya kurang ajar yang dilakukan oleh mereka yang biadap ini sebenarnya mengundang permasalahan negara yang akan akhirnya membawa bencana.

Secara logiknya,kita sering dihidangkan dengan demonstrasi sebegitu sebelum ini tapi di luar negara.Terbaru di negara jiran,Thailand.Pertumpahan darah seperti yang berlaku di Palestin dan Iraq serta pembersihan etnik di Bosnia sedikit masa dahulu sepatutnya dijadikan iktibar.

Begitu juga sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang runtuh disebabkan permbersihan etnik oleh Portugis akibat tiadanya PERPADUAN!!!!

Takkanlah sebegitu bodoh dan buta sejarah mereka-mereka yang menganjurkan demonstrasi jalanan ini dengan alasan sebagai hak kebebasan bersuara!

Atau mereka bersikap sedemikian untuk membalas dendam peribadi dan menjadikan rakyat sebagai kambing hitam.

Sanggup bersekongkol dengan mereka yang sudah terang membenci Islam dan Bangsa Melayu.

Apa jadah tujuan pembinaan sebuah tugu peringatan Komunis di Taman Peringatan di Melaka?Takkan mereka tidak sedar masih lagi wujud ideologi komunis di kalangan mereka hari ini?

Begitu juga dengan dakwaan Melayu mengamalkan dasar Apertied di negara ini oleh seekor Bangsat dari Johor.Bangsat ini selayaknya dinyahkan jauh dari Malaysia yang tercinta ini.Atas alasan apa?Kerana sudahlah bodoh,tetapi juga buta sebutanya sejarah Malaysia yang tercinta ini.

Pembaca yang dihormati,sekali lagi penulis tidak cuba memaksa anda tetapi fikirlah sendiri.

Air mata dirasakan murah sekali di dalam kursus ini.Apatah lagi sewaktu tayangan video dijalankan.Penghulu perserta yang juga seorang bekas tentera yang bersara awal menangis sewaktu menonton videoklip Warisan oleh Allayarham Sudirman.

Peserta lain turut sebak dengan gambaran yang diberikan yang berlaku di Palestin dan Iraq.Kenapa semua ini berlaku?

Kerana tiada perpaduan.

Penulis dalam keadaan agak emosi semasa menulis artikel ini.Bukanlah seorang yang waras andai tidak menginsafi diri setelah dipertontonkan dengan gambaran sedemikian rupa.Bagi pembaca di luar sana yang tidak pernah mengikuti kursus sebegini mesti beranggapan yang itu semua adalah propaganda kerajaan.

Tapi harus diingat,KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG KITA KECAPI HARI INI BELUM TENTU AKAN DIKECAPI OLEH ANAK-ANAK KITA PADA HADAPAN.

JANGAN SAMPAI KUBUR KITA DIKENCING OLEH CUCU CICIT KITA NANTI SAMBIL MEREKA MENGATAKAN "KERANA ENGKAULAH AKU MENDERITA HARI INI!"

TAMADUN SESUATU BANGSA MENGAMBIL MASA BERATUS TAHUN UNTUK DIBINA TETAPI UNTUK MERUNTUHKANNYA HANYA MENGAMBIL MASA SATU HARI.

Penulis diberi penghormatan untuk memberi ucapan merumuskan program LDK pada malam keempat kursus.Ada getaran dan rasa sebak pada suara penulis hingga blank untuk menyusun isi ucapan.

Walauapapun penulis menyeru pembaca sekalian insaf dengan kehidupan kita hari ini.Jika di negara-negara yang bergolak,penduduknya yang bangun pada awal pagi memikirkan apakah aku akan hidup hari ini tetapi di Malaysia yang tercinta ini,kita sibuk memikirkan apa yang hendak dimasak atau hal-hal lain yang lebih remeh.

Penulis gembira bilamana melihat perubahan positif kepada segelintir rakan yang sebelum ini begitu megah mengatakan kerajaan sekarang tidak adil tetapi kini mula menukar fikiran.

Semoga kita dapat menatap hari-hari mendatang yang lebih aman dan harmoni.

p/s:Penulis akan update artikel ini dengan kesinambungan lain pada masa akan datang,Insya'Allah.

No comments: