...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

23 April 2009

Zaman Sudah Berubah



Malam tadi penulis bersantai dengan ibu selepas makan malam.Penulis mengambil sebungkus kacang yang dibeli oleh adik (Gambar di atas.Dadih di sebelah dibuat oleh isteri.Saja nak promote.Untuk kesan lebih dramatik,penulis letak sebiji anggur di atas dadih tersebut.).


Penulis terkejut apabila diberitahu harga sebungkus dengan kuantiti sebanyak itu sekarang berharga RM1.Penulis menyangkakan ia telah dimakan separuh.


Wah!Masa berlalu begitu pantas.Sebenarnya hampir sepuluh tahun penulis tidak membeli kacang putih seumpama itu.Seingat penulis kali terakhir membelinya adalah pada tahun 1999 semasa masih di zaman persekolahan.Penulis membeli sebagai kudapan di dalam bas semasa perjalanan balik ke asrama di SM Teknik Taiping.


Dulu penulis juga membelinya dengan harga RM1 tetapi 2 kali ganda kuantitinya berbanding dengan yang ditunjukkan di atas.


Masih penjual yang sama.


Di sini kita boleh menilai betapa nilai yang dibelanjakan hari ini sebenarnya telah jatuh begitu banyak.Itu kisah sepuluh tahun dahulu.


Tidak sedar masa telah berlalu.Banyak lagi perubahan sebenarnya.Bezanya samada kita menyedarinya tau tidak.


Maksudnya perubahan dari segala segi.Fasa-fasa kehidupan yang kita telah lalui dan sebagainya.


Jika dahulu bujang,kini dah berumahtangga.Dah ada anak pun.


Sewajarnya kita menilai apa yang telah dicapai sepanjang kehidupan kita.Memang sedia maklum bukan semua orang bernasib baik dapat mencapai apa yang dicitakan.Sekurang-kurangnya kita dapat membentuk menjadi seorang yang betul-betul manusia pun dah memadai.


Maknanya ada kerja,keluarga,berakhlak dan mempunyai keperibadian yang mulia.


Penulis pun mengakui banyak lagi yang dicitakan tidak tercapai.


Biarlah masa yang menentukan.Tetapi mestilah seiring dengan usaha dan doa.

No comments: