Hari ini seperti biasa datang ke pejabat.Agak letih kerana cuti hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti.
Sabtu aktiviti dipenuhi dengan menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Sabak Bernam,Selangor.Congrats tu Ana and husband.Memang hampir separuh hari dihabiskan di sana.
Sebelah petangnya pula dikejutkan dengan kehadiran abang kedua penulis yang balik dari Seri Kembangan dengan 'best friend' barunya.Teruja sungguh melihat SUV yang dibelinya.
Baru penulis cadang-cadang nak order MPV,senyap-senyap saja dia beli kereta baru.Fuh!Ni yang jeles nih.
Hari Ahadnya penulis terjah ke Jom Heboh sempena Jubli Intan TLDM di Lumut.Sebenarnya penulis hanya nahu melihat dengan lebih dekat hari terbuka armada sahaja.Tapi isteri dan adik ipar pula teruja untuk menyertai Jom heboh.
Banyak la aksi-aksi dramatik yang dipertontonkan seperti drift helikopter,pameran kapal-kapal TLDM dan sebagainya.
Penulis datang awal dan pulang awal.Kalau lambat memang terperangkap di kesesakan lalulintas yang dah sampai tahap 'overdose'.Boleh pengsan dibuatnya.
No comments:
Post a Comment