...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

30 April 2009

Sekilas April

April bakal melabuhkan tirainya hari ini.Esok kita akan bercuti sempena hari pekerja.Hari yang disambut seluruh dunia untuk menghargai jasa mereka yang bertungkus-lumus bekerja seterusnya membangun ekonomi negara.

Ramaila yang akan mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga.Dan gedung-gedung membeli-belah pun akan berpesta membuat jualan murah (walaupun sebenarnya tidak murah!).

Kita telah masuk 1/3 tahun 2009.Sejauh mana pencapaian kita dan prestasi pada tahun ini.Adakah peningkatan?Harapnya begitu.Andai sama sahaja kita sebenarnya orang yang rugi.

Muhasabah diri dan berdoalah semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat.

'Allah tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa sehingga bangsa itu sendiri yang merubahnya.

Penulis tidak mempunyai sebarang perancangan lagi.Terlalu banyak program pada hari Sabtu.Penulis pun tidak pasti mana satu yang harus pergi.Esok mungkin hanya bersantai di rumah.Maklum hari Jumaat.

Kepada mereka yang mempunyai rancangan bercuti,silalah buat perancangan awal untuk ke destinasi.Pandu cermat,jiwa selamat.Ada benarnya ungkapan 'Ingatlah yang tersayang'.

Selagi kita ingat wajah-wajah orang yang menyayangi kita,kita tentu beringat untuk menjaga diri kerana kita juga perlu kembali menyayangi mereka.

Salam penuh takzim.Selamat Hari Pekerja tidak kira di mana jua anda berada.

dari;

helmyanisqasehnurabidah

No comments: