Sepanjang minggu lepas banyak berita yang sensasi berkaitan dengan negara ini.Terutamanya saf kabinet baru yang dilantik.
Penulis bermonolog sendiri samada perlu mengulas atau tidak hal berkenaan di dalam blog yang disayangi ini.Rasanya tidak patut pula andai diabaikan sahaja berita tersebut kerana ia juga memerlukan pendapat dari rakyat kecil seperti penulis.
Sedikit pun penulis tidak berminat mengulas perlantikan tersebut yang berkenaan muka baru atau muka lama kerana pada pendapat penulis yang penting adalah cerita di sebaliknya.
Kita sedia maklum YAB PM berhempas pulas menyediakan nama-nama untuk saf barunya itu yang dinamakan Kabinet Rakyat.
Tetapi ada segelintir pihak yang mempertikai kuota pemberian jawatan berdasarkan parti komponen BN itu sendiri.
Penulis terkedu sejenak kerana pihak yang mempertikai itu nampak tidak ubah seperti KADUK NAIK JUNJUNG.Sudah diberi BETIS TETAPI HENDAK PEHA.
Sejarah PRU ke 12 yang lalu sudah membuktikan kaum majoriti parti mereka pun menolak calon yang mereka ketengahkan dan hampir semua kerusi telah kecundang.Jadi anda boleh bayangkan bagaimana dengan muka tidak tahu malu mereka boleh mempertikai keputusan PM.
Alasannya mereka hanya mempunyai suara yang sedikit di kabinet.
Penulis hampir meludah ke lantai (Kalau di tanah memang sudah meludah) mendengar kenyataan aneh sebegitu.
Tidakkah mereka ini faham senario politik semasa dan hukum-hakam politik.Sepatutnya mereka sedar diri bahawa PM sedaya upaya mengutip mereka-mereka ini di tepi-tepi ruang yang orang biasa tidak nampak supaya kabinet baru ini dilihat bersifat adil kepada semua pihak yang mendokong BN.
Semuanya atas semangat setiakawan.
Padahal 'mereka' ini bukan sesiapa.Kerusi sendiri pun tidak dapat dipertahankan.Sedar diri itu diuntung lebih baik dari 'bercempera menyalak yang bukan-bukan' yang hanya membuatkan 'hangin satu badan'!
Oh!Penulis tidak mahu dilihat begitu radikal.Nanti orang kata racist.
Encik Perpaduan!Di mana engkau Encik Perpaduan!Datanglah menjenguk bersama Encik Sejarah.Beri nasihat kepada mereka-mereka yang masih tidak faham ini!Semoga kalian sama-sama membantu merealisasikan wawasan PM ke arah 1 Malaysia.
p/s:GGrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!
No comments:
Post a Comment