Salam Jumaat pembaca sekalian.
Hari ini Jumaat tiba lagi.Membawa seribu rahmat.Alhamdulillah,kita masih berpeluang menikmati udara segar dan bernafas di dalam keadaan selesa.
Tanpa peperangan,tanpa sebarang rusuhan,musibah dan segenap bencana lainnya.
Kepada yang masih belum faham erti kedamaian,muhasabah diri anda.Penulis masih tidak dapat lari dari mengaitkan politik dalam artikel hari ini.
Mungkin selepas ini penulis akan menulis mengikut tema dalam artikel mingguan.Misalnya minggu ini tema adalah lebih menjurus kepada politik semasa.
Media semalam rata-rata melaporkan kenyataan seorang Setiausaha Agung sebuah parti yang menyatakan rusuhan di Thailand mungkin menular ke negeri Perak.
Beliau mendakwa tidak mempunyai maksud tertentu dan tidak menyuruh rakyat melakukan rusuhan tersebut.
Penulis bukan bodoh dan rasanya orang lain pun tidak sebodoh itu.
Tetapi apa motif beliau mengeluarkan kenyataan tersebut?
Adakah beliau suka melihat pertumpahan darah demi mencapai matlamat politiknya?
Sedih sungguh kerana kenyataan itu keluar dari seorang yang sudah berumur.Yang sudah pasti maklum akan sejarah negara sedari masa lalu.
Penulis bimbang jika pemuda-pemuda yang tidak sedar jerih pejuang kemerdekaan dahulu bertindak emosional lantaran kenyataan dangkal tersebut.
Penulis menarik perhatian tentang sejarah pemuda di Indonesia suatu masa dahulu yang tidak mempunyai kebebasan bersuara untuk menyuarakan pendapat.
Lantaran itu terciptalah lagu Seroja yang di negara ini dipopularkan oleh Jamal Abdillah dan Mawi.Mesej yang disampaikan di dalam lagu tersebut adalah untuk menaikkan semangat pemuda-pemuda.
Kita di Malaysia hanya mendengar lagu tersebut sedap,tetapi tidak menghayati bait-bait lirik tersebut untuk memajukan diri dan menanam sifat cintakan bangsa dan negara.
Jadi,sempena mengambil keberkatan hari Jumaat ini,kita sama-sama berazam untuk berubah dan prihatin dengan setiap permasalahan yang berlaku seterusnya bersama untuk menyelesaikannya tanpa sebarang watak antagonis yang menabiri kita di bahagian belakang.
p/s:Penulis akan cuba memaparkan lirik lagu tersebut beserta lagu tersebut sekali,Insya'Allah.
No comments:
Post a Comment