Hari ini perhitungan akan bermula.Kita lihat siapa yang kena.Pagi ini cuaca dijangka cerah walaupun menjelang subuh tadi hujan turun agak lebat.
Pengundi yang akan keluar mengundi hari ini dijangka meningkat.Bagitulah laporan yang diterima dari utusan online.Bagaimanapun ianya hanya akan disahkan setelah berahkirnya pilihanraya hari ini.
Pertembungan di Bukit Gantang dijangka berlaku sengit kerana melibatkan seorang tokoh pembangkang yang mempunyai reputasi tinggi.
Bukit Selambau pula menyaksikan pertembungan yang mencatat sejarah negara dalam pilihanraya.Pecahan undi dijangka akan berlaku namun samada besar-besaran atau tidak kita saksikan nanti.
Di Batang Ai pula penulis tidak mahu mengulas panjang kerana ia tidak begitu dekat di hati penulis,namun diharapkan semua pengundi yang akan mengundi hari ini diharapkan dapat melakukan satu keputusan yang tepat.
Biarlah kita berfikiran waras dan tidak emosional kerana setiap undi anda adalah penentu kepada masa hadapan anda.
No comments:
Post a Comment