...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

16 April 2009

Exora Launched!


Malam tadi secara rasminya,MPV pertama Proton-Proton Exora dengan taglinenya 'Anda Pasti Terpegun' telah dilancarkan.


Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini,harganya yang kompetitif iaitu sekitar RM 75,000.00 tentunya menggamit mereka yang bercadang hendak menukar kereta,terutamanya pada musim perayaan yang bakal menjengah tiba lebih kurang 5 bulan lagi.


Maknanya,kalau tempah sekarang boleh la beraya sakan nanti.


Penulis tidak mahu mengulas mengikut apa yang memang telah Proton nyatakan dalam kenyataan-kenyataannya sebelum ini.


Secara peribadi,rekabentuknya sangat mengujakan terutama lampu besar yang jelas terjojol di bahagian hadapan.


Ruang dalaman pula mungkin tidak jauh berbeza dengan MPV lain yang sekelas dengannya seperti Nissan Grand Livina atau Toyota Avanza.


Yang pasti tempat duduk baris ketiga memang tidak sesuai untuk diduduki oleh mereka yang berbadan agak besar.Memang sesuai untuk kanak-kanak atau yang berbadan kecil sahaja.


Papan pemuka (dashboard) boleh dikatakan moden dan futuristik.


Keseluruhannya ia memang sangat mengujakan dan seharusnya sebagai bangsa Melayu yang menjadi rakyat Malaysia,seharusnya kita megah dan bangga yang tidak bertepi dengan produk terkini dari Proton ini.


Syabas Inspektor Shahab!

No comments: