...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

03 April 2009

Speedzone atau Speedway to Hell!

Besok akan diadakan Speedzone Tour 2009 di Menara KL.Bagi yang masih tidak tahu gerangan apakah ia,mudah cakap ianya Pesta arak dan maksiat.

Difahamkan ia adalah acara tahunan Menara KL-salah satu mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia.

Persoalannya,apakajadah ia diadakan sebagai acara tahunan?Yang menghairankan,tahun ini merupakan tahun keempat ianya diadakan.

Adakah pengurusan tidak kiralah yang atasan atau bawahan serta agensi-agensi penguatkuasa sudah menandatangani memorandum persetujuan menanggung dosa bersama-sama?

Hari ini,Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI) mengeluarkan arahan melarang pengunjung menyertai pesta tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi,hampir 80% pengunjung ke pesta itu adalah berbangsa MELAYU beragama ISLAM!!!

Larangan itu dikeluarkan disebabkan kebanyakan pengunjung yang pulang dalam keadaan mabuk dan berpakaian tidak senonoh.

Manakan tidak,ia bermula pukul 6 petang hingga 3 pagi.Diulangi 3 pagi.

Adalah sangat menghairankan pesta seumpama ini masih diberi kebenaran untuk diadakan.

Orang yang tidak berpelajaran pun rasanya tahu dan sangat faham bahawa kesan dan akibat dari pesta ini yang sudah terang lagi bersuluh merosakkan remaja Islam.

Memang menyedihkan kerana bukan sahaja ia diadakan di venue yang menjadi tumpuan ramai,bahkan waktu acara yang berakhir pada waktu hamir subuh itu sangat tidak munasabah.

Tiada bezanya dengan kelab-kelab malam.Penulis ingin bertanya,tuan/puan,kalau sampai pukul 3 pagi tu pesta apa?

Dikhuatiri nanti lebih banyak pesta seumpama ini diberi kebenaran atas tiket kebebasan.

Gelaran negara Islam pula dilipat kemas-kemas dan disorokkan dan maksiat pula dimartabatkan.Sungguh menyedihkan.

Pucuk pimpinan baru bagaimana?

Jangan sampai bala menimpa Menara KL tumbang menyembah bumi dengan pengunjungnya sedang 'melaksanakan projek-projek' mengaibkan.

Na'uzubillah...

No comments: