Bait-bait lirik lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza yang sangat mesra telinga beberapa ketika dahulu kembali menjadi siulan penulis dalam tempoh cuti tiga hari lalu.
Terutama lirik yang berbunyi 'cermin ku retak ........ seribu'.
Ha ha ha...
Nak tergelak pun ada.Minggu lepas dalam artikel yang ditulis petang Jumaat,penulis ada menyatakan mahu membawa keluarga bersiar-siar di samping membasuh kereta.
Namun,kesudahannya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat,kurang satu kilometer dari rumah penulis,tiba-tiba cermin hadapan kereta meletup dan pecah.Mujur ia retak seribu dan tidak pecah habis (cermin double layer).
Penulis yang ketika itu memandu pada kelajuan 13okm/j kerana selepas memotong beberapa buah kenderaan,tidak menyangka langsung ia akan pecah memandangkan tiada batu atau unsur lain yang menghempas ke cermin.Mungkin kerana tekanan tinggi dalam kereta menyebabkan ia terjadi.
Mujur penulis memakai sun glasses berjenama Zero-X.Jadi tidaklah serpihan yang halus menerjah ke mata.Isteri penulis pula nasib baik tidak apa-apa.Namun kejadian itu meyebabkan trauma tahap medium kepada penulis.Bayangkan andai penulis panik dan terbabas kerana penglihatan yang tiba-tiba hilang akibat retakan cermin.
Ingat yang tersayang.Anda mampu mengubahnya!
No comments:
Post a Comment