...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

16 April 2009

More about Exora















Penulis berkesempatan pagi ini ke showroom Proton berhampiran.Tujuan ialah untuk menatap sendiri MPV Proton yang baru dilancarkan malam tadi.

Berdasarkan feedback dari pengunjung tadi memang positif dan secara peribadi penulis jga beranggapan sedemikian.Harga yang ditawarkan ialah dari serendah RM 69,548.00 OTR sehinga RM 75,998.00 OTR.

Penulis mengesyorkan untuk pembeli memilih model yang paling lengkap iaitu Exora 1.6 AT H-Line CPS Met.Hal ini kerana ia memang berbaloi kerana setanding MPV mewah lain dari segi luas dan aksesori.

Tempahan boleh diperolehi dalam masa sebulan setengah.

Menurut penerangan oleh salesman yang terdapat di situ,panjang dan luas MPV Exora ini menyamai model Toyota Innova.Bezanya ia lebih rendah sedikit.

Jangan terkejut andai dikatakan model Grand Livina sebenarnya adalah lebih pendek berbanding model ini.

Pengunaan minyak pula boleh dikatakan purata 13 sen bagi setiap kilometer pada laju purata 90 km/j.Ia boleh dikatakan menjimatkan jika dibandingkan dengan saiz MPV ini yang besar.

Kesimpulannya,ruang lebih luas dari Toyota Avanza dan pengalaman penulis sendiri duduk di ruang memandu dengan rakan-rakan di tempat duduk tengah dan belakang sangat selesa dan meriangkan.

Anda pasti terpegun memang tepat dijadikan tagline dan semestinya keriangan jelas terpancar di wajah masing-masing.

Penulis tidak tahu samada akan menempah model ini atau model Toyota Alphard???
He he he he...

No comments: