Mantan PM ke 4 pernah mengulas isu flip-flop yang sering berlaku melibatkan isu-isu serius semasa pemerintahan diterajui mantan PM ke 5.
Flip-flop atau sekejap kata lain-sekejap lagi kata lain pula (tidak tetap pendirian) melibatkan isu dan keputusan yang penting menunjukkan ketiadaan perbincangan atau mesyuarat di dalam sesuatu perkara.
Penulis tidak mahu mengulas lanjut apa isu-isu tersebut kerana rasanya khalayak sudah mengetahuinya.Penulis cuma mahu mengulas sedikit tentang khabar yang mantan PM ke 4 akan kembali menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.
Utusan online hari ini dalam portal yang terkini menyatakan PM baru akan mengumumkan kemasukan semula tersebut pada hari ini juga.
Baguslah jikalau begitu.Buang yang keruh ambil yang jernih.
Tetapi adakah khabar tersebut boleh juga dikatakan sebagai flip-flop?
No comments:
Post a Comment