updated 11.36pm
Sejurus menjawat jawatan no. 1,PM baru mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA.Komen dari tokoh-tokah politik tanah air pula menjurus kepada sangat positif.
????????????
original post
Suka atau tidak,mahu tak mahu,sedikit sebanyak perihal isu-isu semasa hendaklah diambil tahu.Perihal politik semasa yang sedang berlaku di sekeliling hendaklah juga turut diberi perhatian di dalam keghairahan kita mengejar erti hidup dalam erti kata masing-masing.
Hari ini negara mencatat satu lagi sejarah bila mana terlantiknya PM yang keenam.Memang agak aneh dan janggal apabila suasana hari ini seakan sama seperti hari lainnya apabila masyarakat seakan tidak mempunyai keghairahan untuk mendapatkan liputan atau memperkatakan tentangnya.
Hal ini berbeza sama sekali dengan sejarah sama yang berlaku pada tahun 2004.Mungkin ini pendapat individu penulis,tetapi berdasarkan pengalaman dan penelitian dengan rakan dan blogger lain,semua mempunyai pendapat yang sama.
Entah di mana silapnya tetapi masyarakat seakan tidak mengambil peduli dengan peralihan kuasa tersebut.Mungkin disebabkan masyarakat telah 'bersedia' lebih awal sebaik pengumuman tidak mengekalkan tampuk kuasa oleh mantan PM terdahulu.
Atau masyarakat telah muak dan jelak dengan sepak terajang serta sandiwara politik masa kini.
Mujur media arus perdana dan yang menongkah arus memberi liputan serta publisiti berkenaan peristiwa hari ini.Bezanya samada liputan tersebut bersifat adil atau berat sebelah atau setuju atau membangkang!
Penulis sendiri tidak perasan (atau buat-buat tidak perasan) sehinggalah menatap sisipan khas berkenaan dua tokoh tersebut di dalam sebuah akhbar arus perdana hari ini.
Penulis bukanlah bersifat berat sebelah,namun kadangkala terdapat beberapa keputusan yang diputuskan membuatkan perasaan agak tidak puas hati timbul.
Tengahari tadi penulis sempat balik bersolat Jumaat di masjid kawasan kejiranan penulis.Sempat bertegur sapa dengan beberapa rakan politik.Tiada langsung isu peralihan kuasa dibangkitkan.
Seakan semua orang lupa atau tidak endah!Bukankah ia menghairankan?
Kami cuma sempat berbual beberapa perkara sebelum melangkah naik ke masjid.Antaranya beberapa rumours drastik yang mungkin berlaku pada top man sayap induk.Khabarnya akan kena kick.
Ia berikutan kenyataan Lembaga Disiplin (Betul berdisiplin ke?) yang menyatakan tekad dan hasrat untuk terus menyiasat kesahihan laporan salah laku ahli walaupun setelah Perhimpunan selesai minggu lepas.
Tidak diketahui samada khabar tersebut fakta atau auta.
Just wait and see.
No comments:
Post a Comment