Penulis baru sahaja melawat blog che det.Rasanya sangat istimewa apabila artikel yang penulis paparkan beberapa kali kebelakangan ini berkait rapat dengan artikel terbaru di dalam blog YBhg Tun.
Mungkin kami mempunyai sense yang sama?Kebetulan sahaja.
Adalah baik rasanya anda membaca sendiri artikel beliau yang terbaru iaitu The Generation Gap.
Sedikit sebanyak semoga membuka mata anda terutama di kalangan golongan cerdik pandai profesional yang mendabik dada kononnya golongan ini yang terbaik segala-galanya.
Penulis pernah bersembang dengan seorang pemimpin belia dari kalangan profesional tidak lama dahulu.Beliau yang pada mulanya langsung tidak menghiraukan politik dengan alasan politik itu kotor akhirnya telah insaf.
Semuanya bermula apabila beliau pada suatu hari bertemu dengan seorang warga Indonesia yang sedang duduk di kaki lima sebuah pasaraya di Kuala Lumpur.
Beliau terlintas untuk menegur apabila melihat warga tersebut sedang membaca The Star.Sekadar menduga beliau bertanya apa maksud berita yang dibaca.
Dengan lancar warga tersebut menerangkan dengan terperinci sehingga menimbulkan rasa takjub kepada beliau.
Setelah mengetahui latar belakang warga Indon tadi barulah beliau tahu bahawa warga Indon tersebut adalah bekas seorang jurutera di negara asalnya.Namun disebabkan kacau-bila politik yang melanda dan masih tidak stabil hingga kini akhirnya beliau terpaksa MEREMPAT di negara orang demi sesuap nasi.
Kesedaran yang timbul menyebabkan beliau menceburi bidang politik.Memang tidak dinafikan segelintir manusia menceburi politik demi kepentingan sendiri.
Lihat,politik yang tidak stabil boleh menyebabkan kita merempat!Politik yang baik akan mewujudkan sebuah negara yang stabil seterusnya bangsa yang cemerlang baik dari segi akhlak dan sahsiah.
Politik yang stabil hari ini adalah hasil dari sejarah lampau yang seharusnya diambil sebagai iktibar.
Maaf,penulis tidak bermaksud apa-apa.Cuma saling ingat-mengingati.
No comments:
Post a Comment