Alamak kawang-kawan!Sidang pembaca sekalian yang dihormati.
penulis menerima SMS dari beberapa rakan menyatakan kenapa blog ini menjadi seperti blok politik menyokong pihak tertentu.
Ia berikutan artikel kebelakangan ini yang lebih menjurus kepada kupasan politik.
Maklum ramai rakan penulis tidak mempunyai blog sendiri.Dan mereka sudah tidak mampu untuk dihidangkan lagi dengan sekian banyak blog politik lain yang berkeliaran di tepi jalan.
Okeylah.Penulis akan cuba seimbangkan artikel dalam blog ini.Sebenarnya penulis agak terbatas waktu untuk mencari fakta.
Memang sebenarnya banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling kawasan penulis.Tapi selalnya penulis terlepas pandang.
Selepas ini akan penulis cuba usahakan berita yang menarik.Tidak kiralah apa yang menarik.Ini pun tengah berdebar menunggu barisan kabinet baru DSN.
Kta tengok sape yang kena.
p/s;Penulis akan berkursus selama seminggu mulai besok di Nilai,Negeri Sembilan.Sepanjang waktu tersebut blog ini tidak akan dikemaskini.
Kita jumpa semula pada hari Selasa,Insya'Allah.
No comments:
Post a Comment