...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

30 September 2009

UPDATE....

Utusan Malaysia (Terkini)

JAKARTA 30 Sept. - Satu gempa kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia.

Gegaran itu berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) di barat daya bandar Padang di Sumatera Barat. - AFP

Nota penulis:

Gegaran turut dirasai di Malaysia iaitu Pantai Barat Semenanjung (Lembah Klang) dan sebahagian Johor.Makanya benarlah ia turut dirasai di Perak,seperti yang penulis rasakan sebentar tadi (posting sebelum ini).

Nota

Sebentar tadi terasa rumah bergoncang.Laptop yang sedang dihadap juga beralun.Melihat cermin di dinding dan penyangkut baju juga bergoyang.

Situasi sama turut dirasai penulis semasa bencana tsunami melanda negara ini beberapa tahun yang lalu.

Ketika itu gempa dirasai sebelum sejurus kemudian rakan yang sedang bercuti di Penang menghubungi melalui telefon menyatakan bencana yang berlaku di depan matanya.

Kebetulan beberapa hari lalu beberapa negara jiran turut dilanda bencana tsunami.Marilah bersama kita berdoa agar negara kita dijauhkan dari sebarang bencana yang tidak diingini.

Amin

29 September 2009

Raya Bersama Qaseh




















Antara Shot yang sempat diambil minggu lepas.Lokasi; Kampung Permatang Guntong, Plaza Alam Sentral Shah Alam ,TESCO Kuala Selangor dan dalam kereta.

Timangan

Sudah menjadi seperti kelaziman rakyat di negara ini terutama masyarakat Melayu memberi nama timangan kepada anak,saudara mahupun sahabat handai.

Sesetengahnya bersebab.Misalnya jika seseorang anak diberi nama tertentu yang sering demam.Dikatanya nama tersebut tidak serasi.Jadi,diberilah akan nama gelaran.Wallahua'lam.

Seperti di kampung penulis, sepasang adik beradik nama Zulkifli dipanggil Wahid, Jamalullail dipanggil Pai'e dan sebagainya.

Penulis juga mempunyai beberapa nama gelaran tetapi ia diberi oleh rakan-rakan.Dikalangan keluarga penulis hanya dipanggil sebagai Mie.

Semasa belajar dulu penulis dipanggil Hairie Oteme,Seman dan berbagai lagi.Di pejabat pula beberapa senior memanggil John dan yang paling penulis getik apabila dipanggil Mawi.Ini semua gara-gara penulis pernah membuat rambut ala mawi suatu masa dulu.

Rakan-rakan di sekolah dulu pula ada yang dipanggil Cochrane,Mohawk dan sebagainya.Warden kami pula dipanggil Biawak, Blanka dan bermacam lagi.Begitulah dahsyatnya nama gelaran yang diberi oleh kitorang dulu.

Apapun nama sebenar kita adalah yang terbaik dan anak kita juga mempunyai hak untuk diberi nama yang baik.

Selepas Bercuti...

Syawal memasuki hari kesepuluh hari ini.Begitu pantas masa berlalu.Masih agak banyak rumah yang masih belum diziarahi terutama di sebelah pihak isteri.

Undangan rumah terbuka juga kian memenuhi jadual diselangi dengan undangan majlis perkahwinan.Begitulah meriahnya Syawal di Malaysia.

Bila sudah berumahtangga barulah tahu erti sibuk.Bukan lagi hanya boleh memikirkan diri sendiri.Mujur rumah mertua berdekatan.Jadi bolehlah ke sana-sini dengan mudah.

Raya ketiga hari itu penulis ke Shah Alam menziarah datuk sebelah isteri yang dimasukkan ke Darul Ehsan Medical Center.Ketika orang lain balik kampung kami sekeluarga ke bandar pula.

Blog ini juga agak terabai sekian lama memandangkan tiada input menarik untuk dipaparkan.

Semalam mula bertugas semula dan mengambil masa hampir separuh hari untuk mengembalikan mood kerja.Sudahnya seharian tiada mood dan pada sebelah petangnya penulis meminta izin untuk tidak masuk ke pejabat huhuhu.

21 September 2009

Syawal 1430H

Salam Aidilfitri

Ramadhan berlalu,Syawal menjelma.Sempena di hari baik bulan baik ini penulis dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin diminta andai ada kesalahan samada disedari atau tidak.

Sepatutnya penulis memuatkan post ini semalam atau kelmarin,namun kerana tahap kesibukan yang agak terlampau menyebabkan ianya hanya dapat ditulis pada hari ini.

Bara'an

Alhamdulillah,Syawal tahun ini bara'an berjaya dihidupkan semula.Ia merupakan istilah jawa yang membawa maksud menziarah beramai-ramai dari sebuah rumah ke rumah yang lain.

Ibu penulis memaklumkan tahun lepas ia tidak diadakan kerana 'kepala' yang tiada kerana beraya di rumah mertuanya.Kebetulan penulis pun beraya di rumah mertua tahun lepas.

Tahun ini kepalanya (Abang Lee) beraya di sini dan kami berjaya berkumpul beramai-ramai untuk bersama-sama bara'an.

Ia dimulakan bermula selepas solat sunat Aidilfitri hinggalah menjelang waktu Zohor sebelum penulis balik ke rumah embah di sebelah petangnya.

Menu

Keluarga penulis menyediakan hidangan sederhana sahaja tahun ini kerana adik-beradik yang hanya akan dapat berkumpul sepenuhnya pada hari raya keempat atau Rabu ini.

Isteri penulis menyediakan rendang ayam organik untuk pertama kalinya.Walaupun tahun lepas kami telah berkahwin,keadaannya yang masih berpantang anak sulung tidak memungkinkan beliau menyediakan juadah raya.

Ketupat original masih menjadi hidangan wajib yang dibuat oleh bapa penulis manakala lemang pula sekadar membelinya di gerai berhampiran.

Ketupat daun palas istimewa tiada pada tahun ini kerana kakak ipar yang sering menyediakannya hanya akan pulang beberapa hari lagi.

Kesimpulannya ahli keluarga yang rajin memasak seperti abang long dengan seorang lagi adik yang pakar memasak belum pulang lagi.Satu perkara yang ibu penulis beritahu,abang long rajin di dapur kerana sejak kecil lagi mak telah mendidiknya untuk berbuat demikian.Percaya atau tidak, ketika ibu penulis bersalin anaknya ke lima (adik penulis yang pakar memasak dan masih belum pulang beraya) abang long telah pandai memasak nasi ketika berumur 9 tahun atau darjah 3! Hendak mengharapkan penulis memasak adalah satu kesilapan yang besar kerana penulis memang tidak tahu memasak.

Food Poisoning

Kalau sudah namanya raya,menziarah ke ruma-rumah,sudah tentu banyak benda masuk dalam perut.

Akibatnya malam tadi penulis dan isteri mengalami keracunan makanan yang serius.Tapi penulis lagi serius hingga berpuluh kali keluar masuk bilik termenung.Badan jadi lemah dan tidak boleh tidur.Penulis bangun paling awal hari ini berbanding sebaliknya pada kebiasaanya paling lewat.

Selepas ini perlu mencari sesuatu untuk neutralkan perut.Kalau tidak semua program akan tergendala.

Recycle

Sudah 2 tahun berturut-turut penulis tidak menyediakan baju raya untuk diri sendiri.Hal ini kerana penulis hanya perlu recycle 4 pasang baju semasa kahwin (baju akad,berinai,pihak lelaki dan pihak perempuan) yang lengkap bersulam segala.

Semalam penulis mengenakan baju yang dipakai semasa majlis pihak lelaki untuk beraya.Ia masih padan kerana badan penulis maintain ;-) Tahun lepas ia dipakai di rumah mertua.

Ingatkan tiada siapa yang perasan.Rupanya ramai rakan dan penduduk sekitar yang masih ingat baju tersebut.Betapa eksklusif baju ini.Beberapa orang mengusik dengan usikan yang kalau didengari oleh isteri,pastinya mengundang bebelan :-)

Maknanya untuk dua tahun ini isteri terpaksa memilih warna baju yang sama dengan baju-baju penulis untuk kelihatan sedondon.Tahun depan Insya'Allah keadaan berbeza kerana penulis telah disponsor kain oleh bapa saudara untuk dibuat baju minggu lepas.Sepatutnya ia untuk tahun ini tetapi tidak sempat dijahit.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir dan Batin.

-muhdHELMI
-norHANISAH
-QASEHnurABIDAH muhdHELMI

17 September 2009

Hujan Selipar Ringtone Feminin

Hujan

Suasana hujan kerap menyelubungi Ramadhan tahun ini.Nyaman dan selesa menyegarkan.Nampaknya Aidilfitri tahun ini akan berhadapan dengan cuaca tidak berjangka yang memungkinkan untuk kita berhati-hati dan bijak mengatur perjalanan serta program.

Kepada saudara-mara dan sahabat handai yang akan balik kampung semoga perjalanan anda akan selamat ke destinasi masing-masing.

Ringtone

Mulanya penulis tidak menyedari apa yang diperkatakan oleh setiap orang yang menghubungi telefon bimbit penulis.

Memang blur dibuatnya.Ini gara-gara ringtone yang penulis tidak pernah langgan tetapi diberi percubaan secara percuma oleh penyedia perkhidmatan selama sebulan.

Sebaik mengetahui ringtone yang didengari dari telefon bimbit, penulis tersenyum simpul.Patutlah isteri penulis menarik muka dan membebel.Begitu juga dengan pakcik yang melawak berkata ia hanya sesuai untuk mereka yang sudah berpuluh tahun berkahwin.

Rakan-rakan lain juga begitu.Memberi komen yang memberangsangkan sehingga seminit pertama perbualan berkisar perihal ringtone tersebut.

Takpa lah.Bagus juga kerana ia umpama menjadi penawar kepada setiap pemanggil telefon bimbit penulis.

Bos penulis yang nak marah-marah tak nak approve cuti raya penulis lama-lama pun tak jadi marah he he he....

Selipar

Betul tak kalau penulis kata 'dorang' ni antara yang paling bengap di dunia.Kalungan bunga yang menjadi sebahagian budaya mereka kini hendak ditukar kepada kalungan selipar.Dah tu hendak dikalungkan kepada mantan pemimpin tersohor di negara yang dicintai ini.

Taksub dapat peluang bercakap sesekali membuai mereka ini menjadi satu koloni yang penuh ke'haram jadahan'.Baik buang sahaja si biadap ini dari muka bumi Malaysia ini.

Kenapa tidak selipar tersebut dicepuk ke muka sendiri atau ke muka ketua mereka yang sememangnya 'pagi cakap lain, malam cakap lain'.

Takpun kekalkan lambang selipar tu terus jadi logo rasmi mereka.Baru tau selipar tu macamanan.Lagi pulak kalau selipar yang terkena ta** lembu.

Sebenarnya memang dari 'kepala' yang entah bila hendak berundur hingga kepada 'bontot' yang menjadi pak turut ini tidak penulis senangi sedari dulu.

Koloni tersebut yang suka bercakap, banyak bercakap, memang boleh jadi karam dibuatnya.Penulis tak ada mood sangat nak mengulas tentang politik bulan-bulan mulia macam sekarang tetapi terpaksa.

Kembali Feminin

Setelah hanya terbaring terlantar pada Syawal tahun lepas, tahun ini beliau membalas dendam dengan menonjolkan taringnya.

Terkejut juga kerana tidak sangka disebalik sifat kemalasan semulajadinya,terselit skil membuat kuih-muih.Siap ibu mertuanya meminta untuk diberi tunjuk ajar seterusnya meminta beliau untuk membuat lagi.

Teruja juga menikmatinya dan jangan terkejut andai pada raya pertama nanti ia akan habis.Bukan dimakan oleh tetamu tetapi dimakan oleh keluarga sahaja hu hu hu.

Lantaran itu,kita harus sentiasa positif dengan seseorang kerana di sebalik sesuatu pasti turut akan ada sesuati disebaliknya.Samada istimewa atau sebaliknya terpulang kepada pertimbangan anda.

Tahniah.

16 September 2009

Qaseh,Kad dan Kawan

Qaseh dan Fast Food

Qaseh prihatin dengan iklan di televisyen kebelakangan ini.Bukan hanya iklan yang melibatkan kanak-kanak, malah dia akan berkata 'mamam' setiap kali melihat iklan berkenaan perihal makan.Tidak kira iklan makanan apa pun.

Kekhuatiran penulis adalah jika dia mula mengenal simbol huruf 'm' atau 'kolonel pencen berwarna putih berlatar warna merah'.

Salah seorang sepupu perempuannya yang berusia 2 tahun telah mengenali simbol itu dan akan meminta berhenti singgah setiap kali terlihatnya.

Dan penulis tidak berapa berkenan jika Qaseh turut bersikap demikian.

Kad Raya

Penulis hanya menguntum senyuman apabila menyulam kepingan kad raya yang diterima tahun ini.Semuanya bukan dari sahabat handai atau saudara mara kerana mereka kini lebih selesa mengirim ucapan melalui SMS.

Kad-kad raya yang diterima tahun ini semuanya tiada bertulis tangan melainkan tandatangan empunya pengirim beserta namanya anak beranak.Kebanyakan kad ini datangnya dari pemimpin politik.Kenal pun tidak.Semestinya mendapat nama dan alamat dari setiausaha masing-masing.

Selebihnya hanya cetakan tulisan 'standard' yang sememangnya ada di dalam kad tersebut.Makanya kita akan faham sendiri yang kad-kad itu ditempah dalam jumlah yang cukup banyak,ditandatangani dan dan terus dihantar secara pukal ke seluruh negara.

Jelas tiada 'hati' dalam setiap kepingan kad yang dihantar.Begitu juga kad yang diterima oleh penulis daripada bos besar.Hanya tandatangannya yang menyulam.Natijahnya kad-kad yang disebarluas kepada semua kakitangan itu ada yang hanya terdampar tanpa dibuka di segenap ceruk pejabat.

Kadang-kadang hingga 6 bulan selepas Syawal habis pun ia tidak dibuka oleh pemiliknya.

Rakan Lama

Petang semalam ketika hujan renyai dan sedang memilih hasil laut segar di pasar mudah alih berhampiran rumah,penulis terserempak dengan seorang rakan lama sewaktu zaman persekolahan dulu.

Beliau kini telah mempunyai 2 cahaya mata.Kali terakhir kami bertemu semasa hari perkahwinannya kira-kira empat tahun dahulu.Makanya kami bersurah hampir sejam lamanya mengimbau segala memori dulu mana yang sempat.Maklum sambil berdiri dalam kesibukan orang ramai datang membeli belah di situ.

Beliau kini seorang pegawai polis di unit jabatan siasatan jenayah IPD Seremban,Negeri Sembilan.Sedang bercuti selama dua minggu sebelum bertugas semula pada Syawal kedua!

Penulis mengumpan beliau untuk memohon bertukar ke Shah Alam yang lebih dekat namun dengan sinis beliau membalas kadar jenayah di Selangor yang tinggi hanya akan lebih memeningkan kepalanya.Tambahnya lagi biarlah jauh asalkan dapat bekerja dengan aman.

Jangan nanti pening memikirkan kepala lembu tidak habis,timbul pula isu kepala lain.Sudahnya kepala lutut naik ke kepala hahaha!

Pertemuan petang itu disudahkan dengan pertukaran nombor telefon masing-masing.Dengan harapan ia tidak akan berakhir setakat itu.

15 September 2009

Rounding Adjustment

Rokok dan Anda

Yeargh...jujurnya penulis seorang perokok namun tidak hingga ke tahap tegar.Bagaimanapun,jika terdapat sesuatu perbincangan yang serius atau menghadapi masalah atau juga bersantai sesama rakan, rokok pastinya umpama 'penyendal' yang penuh nikmat.7 ke 10 batang bukan satu masalah besar.Lebih-lebih lagi rokok free.

Malam ini untuk pertama kalinya penulis berkira-kira untuk menghentikan tabiat tersebut.Walaupun sebelum ini ilustrasi ngeri dipaparkan di kotak-kotak rokok,ianya hanya menjadi gurauan kepada kami.

Kenapa mahu berhenti?Kerana sebentar tadi penulis menyaksikan iklan bahaya merokok di TV.Penulis tidak perasan iklan tersebut sebelum ini kerana ianya masih baru.

Babak pertama seorang Melayu menggunakan alat bantuan pernafasan.Mungkin kerana masalah paru-paru.Kedua, seorang India yang terpaksa dipotong kakinya (penulis cuba kaitkan antara rokok dengan kaki) dan akhirnya yang hingga penulis terpaksa menyorok muka dengan bantal ialah melihat seorang cina yang mulutnya begitu menjijikkan akibat meratah babi.Eh silap,kerana merokok.

Penulis akan cuba yang terbaik untuk menghentikan terus kelaziman tersebut.

Tiket dan Surcaj

Musim perayaan menyaksikan satu persaingan yang sangat sihat antara pemilik syarikat kenderaan awam dan pengguna perkhidmatan tersebut.

Mana mungkin anda akan bertenang sekiranya kehabisan tiket untuk pulang berhari raya.Makanya anda akan rela untuk membayar lebih untuk sekeping tiket tersebut.

Tahun lepas, ketika musim perayaan, kerajaan membenarkan syarikat pengangkutan awam mengenakan surcaj bahan api sebanyak 30% yang mana akhirnya ia diserap menjadi sebahagian daripada kenaikan tambang walaupun musim perayaan sudah berlalu.

Kenaikan hampir separuh ganda.

Ingatkan tahun ini tiada lagi sebarang surcaj.Rupanya masih ada lagi.Bagi sebuah syarikat bas ternama,surcaj yang dikenakan ke atas pelanggan ialah sebanyak RM3.Turut tertera di atas tiket ialah bas tambahan musim perayaan.

Maknanya pengguna masih terpaksa membayar harga yang lebih.Apapun yang penting,perjalanan kita akan selamat pergi dan pulang serta dapat meraikan kemeriahan syawal ini dengan penuh bermakna...

Cuti Sekolah dan Cuti Pejabat

Kebanyakan sekolah mengumumkan cuti sekolah sempena Aidilfitri ini ialah pada hari Jumaat ini.

Bagaimanapun ia adalah cuti berganti yang mana cuti pada hari tersebut akan diganti pada hari lain.Jadi dapatlah pendidik dan yang dididik merancang perjalanan selamat untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Bagi yang berkerja di pejabat pula anda boleh turut mula bercuti pada hari Jumaat ini,namun kenalah ambil cuti tahunan.

Penulis dapat rasakan bahang cuti kian terasa kerana parking lot di pejabat yang semakin lengang.Yang pasti penulis tetap bekerja sehingga Jumaat ini kerana kampung penulis dan isteri berdekatan antara satu sama lain.


12 September 2009

Nostalgik

Berbuka

Petang kelmarin sewaktu berbuka puasa,ibu penulis mengimbau satu cerita bulan puasa beberapa puluh tahun dahulu.Hanya kami berempat semasa berbuka itu.Ayah,Ibu,Penulis dan seorang adik.Jadi suasana agak sepi.Isteri dan anak penulis di rumah mertua.

Ianya kisah kuih baulu.Ibu penulis berkisah tentang zaman sekarang dan zaman dahulu dari segi kuih raya.

Begitu juga dengan kudratnya yang tinggal tidak seberapa sekarang untuk menghabiskan masa berjam-jam membuat kuih raya.

Ibu menceritakan dahulu sangat suka membuat kuih baulu.Untuk pengetahuan anda,proses membuat kuih baulu secara tradisional amat memenatkan dan mengambil masa berjam-jam lamanya.

Dari peringkat memukul telur sehingga kembang secara manual hingga membakarnya menggunakan sabut!

Penulis tersentuh apabila ibu berkisah memukul telur sambil mendodoklan penulis yang ketika itu masih bayi di dalam buaian.Juga diceritakan bagaimana abang-abang penulis ketika itu juga masih kecil.

Ibu cakap,setiap kali seacuan baulu siap dibakar,dengan cekap abang-abang akan menghabiskannya.Begitulah setiap kali acuan mengandungi baulu yang sudah masak diangkat,abang-abang akan menghabiskannya sehinggalah kenyang.

Sebab itulah ibu cakap,walaupun susah untuk membuat kuih baulu,dia akan membuatnya juga kerana anak-anaknya menggemarinya.

Zaman berubah,sekarang giliran kami adik-beradik pula yang menyediakan segala-gala persiapan raya untuk ibu dan ayah.Insya'Allah, penulis akan membuat 'kuih tunjuk' untuk ibu :-)


Panjut

Sudah memasuki sepuluh malam terakhir.Rumah-rumah di kawasan kejiranan mula diterangi panjut.

Penulis tak ada pun mood sangat sebenarnya untuk memasang pelita-pelita panjut ni.Tidak tahu mengapa.Mungkin keadaan semasa yang tidak stabil lagi.

Tapi malam tadi ibu bersurah menyatakan jiran belakang rumah ghairah memasang pelita.Jadi ibu bersembang kepada penulis yang adik penulis di rumah ini pun mahu memasangnya juga.

Mungkin mahu membawa secebis keceriaan di rumah yang sepi ini.Mahu tidak mahu penulis pun layankan sajalah.

Selongkar pelita tahun-tahun lepas dan memasangnya.Sebentar tadi baru sempat membeli minyak tanah.Harganya seliter? Aduh mahal giler.RM 3.34/liter!

Terpaksa juga lah beli.

Okeylah.Minggu ni kena kemas dan gotong-royong di rumah mertua.Minggu depan baru rumah sendiri.Letih la juga...

11 September 2009

Khabar....

09.09.09

1. Entry pada dua hari lepas nampaknya agak tidak tepat berkenaan tiada orang yang berkahwin pada tarikh 09.09.09.Ini kerana sebenarnya ramai yang berkahwin pada hari tersebut terutama mereka yang beragama dan kaum lain selain Islam.

2. Kalau tak percaya bacalah artikel ini.

Radio

1. Entry dua hari lepas turut menyentuh perihal Hari Radio.

2. Dan sebenarnya ia berkait rapat kepada hidup kita seharian terutama semasa memandu.Melainkan mereka yang zuhud,radio bukanlah satu keperluan.

3. Semalam penulis gatal tangan menurunkan beberapa inci tingkap semasa parking di pejabat.Konon mahu mengurangkan bahang panas matahari.Siap taruk sun shade di cermin hadapan.

4. Petang hujan lebat.Sangat lebat dan penulis menyedari tingkap yang terbuka sedikit semasa hujan sedang lebat.

5. Dalam hati penulis memujuk hati mengatakan tempias hujan yang tidak seberapa tidak mengapa.

6. Sebaik habis waktu pejabat,menuju kereta,membuka pintu kereta dan hambik engkau! Air hujan bertakung di keseluruhan seat dan carpet.Lekuk di dashboard turut digenangi air dan kasihan sekali kepada solar butterfly.Ia tidak meliukkkan kepaknya sepeti kelaziman!

7. Mujur seat kereta ini dari material leather seat dan rubber carpet.Jadi mudah dilap dan dikeringkan serta tidak berbau.

8. Saat memasang radio adalah paling memilukan kerana hanya bunyi berdegup seketika sebelum suasana senyap.Perjalanan pulang petang semalam berlangsung dalam suasana yang sepi.Kebetulan beberapa kereta lain yang bersaing sedang menghamburkan sound system hingga mahu pecah gegendang telinga.

9. Akibat radio short tersebut mengimbaskan penulis kembali kepada Hari Radio.Benarlah tanpa radio,anda tidak akan dapat mendengar radio.

Nota: Penulis membuka panel hadapan radio tersebut dan mengeringkannya menggunakan hair dryer.Sepanjang malam juga ia diletakkan di tempat berhawa dingin untuk memastikan kekeringannya.Dan pagi tadi ia telah kembali berfungsi,Alhamdulillah......

09 September 2009

09.09.09

1. Kepada yang mengandung dah cukup masa mesti mengimpikan untuk bersalin pada tarikh ini.Seperti juga isteri penulis yang ingin bersalin pada 08.08.08 tahun lepas.Namun dapat 20.08.2008 pun canteeek juga apa.Yang penting semuanya selamat.

2. Kepada pasangan yang plan untuk berkahwin pada tarikh ini mungkin telah silap percaturan.Jatuh pada bulan puasa beb.Tapi kalau nak jugak sukati koranglah :)

3. Hari ni dalam kereta dengar radio semua menguar-uarkan HARI RADIO SEDUNIA.Perlukah??Bunyi macam lawak.Radio pun ada hari?

4. Makanya sebuah stesyen radio yang sedang memanaskan diri ini mengundang seorang DJ (dulu dipanggil juruhebah) untuk sesi interview khas.Memang DJ ini dah tahap otai sehingga apabila dia menyanyi secara live dan unplugged pun kita boleh beri standing ovation.

5. Moralnya adakah DJ hari ini mengambil positif akan ke'otai'an juruhebah-juruhebah senior ini dahulu?

6. Sehingga 09.09.09 ini juga tiada sebarang pengumuman bonus akan diberikan :( Tegas dinyatakan raya tetap akan dirayakan walaupun suasana ekonomi mengalami lembapan.

08 September 2009

Kompilasi Konklusi

Google and Me

1. Mereka yang dekat dengan internet tentu mengakui rapatnya mr G ini dengan kehidupan anda.

2. Isteri penulis disengat lipan 2 kali baru-baru ini sekitar jam 2 am.

3. Penulis segera mencari petua di Google dan Alhamdulillah menemuinya.Bahkan terdapat beberapa lagi petua yang berguna.Misalnya jika terjumpa lipan yang sedang bergerak laju,jangan jerit lipan,tetapi jerit 'pengantin'.Ia akan berjalan perlahan dan anda boleh membunuhnya dengan mudah.Wallahu'alam.

Tentang Qaseh

1. Jujur penulis akui sehingga Qaseh menjengah ke usia setahun,penulis tidak pernah menukar lampin atau membasuh beraknya.Memandikannya juga tidak pernah.

2. Baru-baru ini penulis terpaksa memandikan Qaseh kerana tiada orang lain semasa itu.Apa yang menakutkan penulis,semasa memandikannya Qaseh menganga memandang ke atas dan ketika itu penulis sedang menjirus air sabun.

3. Mujur tiada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini walaupun Qaseh terteguk air sabun tersebut.

Menu Ramadhan

1. Tiramisu dan kek batik antara menu baru yang dibuat oleh isteri semasa bulan puasa ini.

2. Oh ya! Penulis pun tidak tahu kenapa sepanjang bulan puasa ini begitu crazy minum air berkarbonat.????

3. BBQ lagi satu yang sering dilakukan semasa bulan puasa ini.Minggu lepas turut diadakan BBQ di rumah penulis apabila adik-beradik semua pulang ke kampung.

Politik

1. Politik kepala lembu masih mewarnai termasuk terbaru dialog yang sungguh kecoh si Shah Alam.

2. Pilihanraya kecil akan diadakan lagi kali ini di Nogori pula.Nampaknya SPR tidak makan gaji buta la tahun ini.

Kemalangan

1. Menyedihkan kerana kemalangan menjelang musim perayaan bertambah.Lebih lagi jika mengakibatkan kemalangan jiwa.

2. Kemalangan mercun juga masih berlaku walaupun ia diwar-warkan telah diharamkan oleh kerajaan.Masalahnya ialah telah diubahsuai oleh budak-budak genius Malaysia.Entahlah!

Ramadhan dan Syawal

1. Ramadhan telah hampir memasuki sepuluh malam terakhir.Apa yang menghairankan ialah suasana di masjid yang semakin sepi berbanding malam-malam awal tibanya Ramadhan.

2. Syawal pula semakin dirasai apabila lagu-lagu raya sudah berkumandang.kad raya pula sudah hantar berbalas.Khabarnya Pos Malaysia menawarkan setem berwajah kita sendiri jika berminat dengan bayaran tertentu.

01 September 2009

Khas Ramadhan:Pukul Anak Sindir Menantu

“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab,” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya,” ujar pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu,” Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua”, ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.