...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

31 March 2009

@Langkawi

Saudara pembaca sekalian,seperti yang dijanjikan anda boleh akses ke www.flickr.com/photos/mieanis untuk menatap foto-foto percutian penulis dan keluarga di Pulau Langkawi.

Mohon maaf kerana penulis tidak upload gambar secara terus ke blog ini kerana ruang (space) yang diberi adalah terhad berbanding gambar-gambar yang banyak.Selain itu,ia adalah lebih memudahkan anda menatapnya dan kalau rajin berilah komen.

Gambar-gambar ini adalah fasa pertama dari keseluruhan gambar tersebut.Jadi nantikan gambar fasa yang berikutnya.

p/s:Penulis agak pening kerana terpaksa mencari gambar tersebut yang disimpan di pelbagai storage dan kebanyakan gambar di ambil secara atomatik untuk 8 gambar sekali snap.Jadi,terpaksa meneliti satu persatu gambar yang betul-betul ready.

30 March 2009

60 EARTH HOUR







Gelap.Aman.Peace.Cool.Tenang...

Tak tahu bagaimana mahu mengungkapkan rasa.Anda bagaimana?Kepada mereka yang menyokong,tahniah dan terima kasih diucapkan.

Bukan untuk siapa pun,tetapi untuk kita dan generasi kita yang akan datang.Jadi,fikirlah sendiri.

Mengambil kesempatan ini,penulis ingin mengucapkan tahniah kepada penduduk di kawasan kejiranan penulis yang mengambil bahagian.

Ingatkan mereka tidak prihatin,tetapi tengok lagi sekali,semua sudah bergelap.Kebetulan hujan turun renyai-renyai,jadi suasana lebih nyaman.

Bagi diri penulis,honestly penulis turut menyertainya,tetapi sekejap-sekejap buka lampu kecil kerana Qaseh agak kelam-kabut dengan suasana gelap.Namun,akhirnya dia terlena di sofa.

Diharapkan pada tahun hadapan lebih banyak penyertaan akan diperolehi daripada orang ramai.Maklum,ini kali pertama,jadi mungkin ramai yang tidak mendapat maklumat lagi.

Touching Scene

Perhimpunan orang Melayu telah tamat beberapa hari lalu.Keadaan telah kembali reda.Yang menang mendongak sakan,yang tidak menang tunduk malu-malu alah.Harap-harap yang telah tersenarai mengotakan apa yang telah diuar-uarkan.Jangan hanya menang sorak nanti kampung tergadai.

Beberapa perkara yang boleh disifatkan sejarah (mungkin juga sandiwara politik) telah berlangsung dalam perhimpunan kali ini.Mana mungkin kita lupa bagaimana peralihan kuasa presiden telah dilakukan secara tertib dan penuh terhormat.Juga,di mana lagi kita boleh saksikan adegan di mana 'kiambang bertaut' kembali.

Ia adalah antara babak yang paling 'touching' sepanjang sejarah perhimpunan.

Semua ini adalah rencah yang mewarnai hari terakhir perhimpunan.Bersepah pantun dilantunkan sebagai penghargaan walaupun kadangkala ia lebih kedengaran sebagai pantun satira politik.

Ini adalah pada pandangan penulis semata-mata.

Penghargaan demi penghargaan dilafazkan.Ikhlas atau tidak hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Yang pasti,gegak gempita bahas oleh perwakilan yang berasaskan fakta disulami 'auta' sudah habis.Jumpa lagi tahun hadapan.Lagu yang paling popular sepanjang minggu lepas juga juga rasanya andai terdapat pengundian,lagu UMNO yang paling 'fofular'.Kini sudah tidak kedengaran lagi.

Kehangatan telah berpindah ke 'satu batang,dua bukit'.Kita tunggu apa yang menarik di tiga tempat tersebut.

Hari penamaan calon (semalam) telah menampakkan tanda-tanda kemeriahan bila mana salah satu bukit (Bukit Selambau) mencatat sejarah sebagai tempat paling popular untuk ditandingi.

15 calon untuk satu kerusi yang ditandingi.Memang 'selamba' sungguh penduduk di bukit itu.Bak kata Pak Lah ,ia adalah satu perkara yang tidak sihat.

Sihat atau tidak sihat,kita tunggu dan lihat.

27 March 2009

BMW-Best Man Win

Sudah terang lagi bersuluh.Suasana malam tadi dirasakan dingin.Mungkin kesan ubat batuk yang diambil menyebabkan mata dirasakan mengantuk tahap asbestos.

Penulis telah terlelap di katil apabila tiba-tiba isteri (yang tidak berminat berkenaan politik sebelum ini)mengejutkan penulis.Dia yang baru membuka tv di dalam bilik mengeluh kelegaan.

Ingatkan apa.Rupanya keputusan pemilihan pucuk pimpinan telah diumumkan.Alhamdulillah.Keputusan adalah seperti yang diharapkan.

Bagi keputusan Timbalan,ia adalah seperti yang dijangka.Satu keputusan yang mungkin tepat.

Lebih mengujakan ialah keputusan bagi jawatan Naib.Saingan sengit dari banyak penjuru mendorong satu rasa yang sangat mendebarkan.Penulis tumpang bangga bilamana calon yang mendapat undian tertinggi,Wak Zahid yang masih mempunyai pertalian keluarga di sebelah ibu penulis,menduduki salah satu kerusi tersebut.Dua lagi yang berjaya juga boleh dikira bagus di antara yang tidak bagus hu hu hu.

Untuk keputusan penuh,layari utusan online hari ini.

Menyedari bahawa saf kepimpinan tertinggi negara hampir pasti telah disusun,kita menggantung harapan yang tinggi kepada mereka.

Semoga kemenangan tersebut diterjemah kepada bentuk yang lebih baik dan bermanafaat demi agama,bangsa dan negara.

Tahniah!

26 March 2009

Integriti atau Mati!

Tidak dapat tidak hari ini kita tidak boleh lari dari memperkatakan hal pemilihan di Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung.

Setelah dihidangkan dengan beberapa kejutan yang 'mengezutkan' perihal keputusan malam tadi,penulis melayari beberapa blogers ternama yang rata-rata terdiri di kalangan penganalisis politik dan tokoh wartawan.

Objektifnya adalah untuk meninjau pendapat mereka tentang senario semasa yang sedang ditatap kita hari ini.Antaranya artikel terbaru (mutakhir) oleh Dato' A. Kadir Jasin yang bertajuk Antara Saf Yang Berintegriti Dengan Yang Membawa Mati.

Membaca tajuk sahaja Penulis telah tergelak besar.Sesingkatnya penulis dapat menelusuri apa yang tersirat dan tersurat di sebalik tajuk tanpa perlu membaca dan memahami artikel yang terkandung.

Penulis faham (mungkin betul atau sudah terang lagi bersuluh bahawa andaian penulis salah) A.Kadir Jasin cuba mengaitkan apa yang telah ditegaskan oleh Najib semasa perasmian perhimpunan dengan apa yang telah diumumkan malam tadi.

Ironinya,itulah apa yang kita dapat.Suka atau tidak perwakilan telah membuat pilihan dan seperti yang dikatakan oleh A. Kadir Jasin tadi,kita perlu mengambil sikap tunggu dan lihat.

Mati atau hidup,ajal dan setiap kejadian telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Mungkin orang menganggap itu semua adalah lumrah tetapi harus diingat kesan yang akan dihadapi sebenarnya serius.

Penulis sempat minum bersama beberapa rakan pagi tadi termasuk beberapa dari keturunan Tionghua.Rata-rata dikalangan mereka menyatakan rasa tidak berapa puas hati dan agak terkilan dengan perkembangan yang berlaku di dalam parti UMNO ini.

Ingat!Bukan orang Melayu sahaja yang mengambil tahu perihal dalaman politik kepartian UMNO ini.

Penulis cuma mampu menyatakan bahawa kita hendaklah bersikap tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.Kadangkala,kedangkalan dan nafsu serakah menguasai kepentingan diri mengatasi kepentingan parti.Dan ini adalah satu signal metafora yang sangat tidak bagus untuk bangsa dan negara.

Kemudiannya,penulis sempat membuka blog Che Det yang dikasihi,namun nampaknya Tun masih belum mengupas atau melontarkan komen berkenaan pemilihan tersebut.

Begitu juga dengan blog DS Khir Toyo yang masih belum diupdate.Mungkin masih terkejut dengan kekalahan 50 undi.Jadilah seperti Mukhriz yang sentiasa dengan gaya santainya.

Sama-sama kita ikuti perkembangan selanjutnya berkenaan pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang sehingga artikel ini ditulis sedang berjalan iaitu bermula jam 12.45 tengahari tadi.Anda boleh layari utusan online untuk mendapatkan yang terkini dari masa ke semasa.

Kita nantikan.

Panas...panas...panas...

Malam tadi dirasakan hawa agak panas.Walaupun penulis telah memasang penghawa dingin,suhu tetap dirasakan panas.

Kehangatan dirasakan seawal jam 9.05 malam bila mana keputusan pertama sayap yang masih hingga kini tidak terbang-terbang diumumkan.Namun,keputusan itu dirasakan okeylah berbanding pilot sedia ada yang sudah expired.

Keputusan seterusnya diketahui menjelang 11.00 malam apabila sepasang sayap (yang masih juga tidak terbang) diumumkan.

Penulis tidak terasa kehangatan apabila sayap merah jambu (yang tak jambu pon) mengumumkan pilot barunya.

Cumanya...penulis terduduk (terparap atau tersungko kata orang Perak) bilamana pilot untuk sayap orang muda diumumkan.

Some said I'm finished! (memetik dialog karikatur sebuah akhbar terkemuka hari ini).

Memang mulanya penulis sangka begitu.Rupanya telahan itu tersasar.Sekadar menyejukkan hati,si pilot baru itu tidaklah mendapat majoriti super.Cuma sipi-sipi sahaja.

Namun ia cukup membuatkan hati menjadi rawan.Rasanya penulis tidak sanggup untuk hipokrit lagi.

Tapi apalah yang penulis boleh buat...

p/s 1:Kalau nak tahu penulis tengah mengomel pasal apa,bacalah utusan online hari ini.

p/s 2:Congrats to Miss Laily as a new Service Leader of Sushi King Jusco Taman Equine,Sri Kembangan,Selangor beginning 1st April 2009.Good luck and never ever forget to 'belanja' us ya!

25 March 2009

Singgah @ Cyber Cafe

Cuaca panas hari ini.Penulis sempat singgah sebentar di CC untuk menyejukkan badan.Maklum seharian di site sejak pagi tadi sangat memeningkan kepala.

Sebagai makluman,ini adalah artikel pertama 'live' dari kafe siber.

Saja nak isi masa lapang.Ingatkan nak cuba tengok result KPLI isteri tapi nak buka laman web MOE pun macam jem jer.(Abang Ngah,bila nak letak set PC kat rumah dan register streamix?)

Apa khabarnya Perhimpunan Agung di PWTC.Penulis tidak sempat nak mengikuti perkembangannya.Malam sikit kot.Agaknya adakah keputusan-keputusan panas yang mungkin kedengaran?

Rasanya ada.

Cuma kita tunggu dan lihat sajalah.Berdasarkan rumours yang penulis dapat dari sembang-sembang dengan orang politik,mungkin ada beberapa keputusan yang memeranjatkan akan berlaku.Tapi penulis tidak mempunyai keberanian untuk memaparkan di sini.

Sama-sama kita nantikan.

Seterusnya minggu lepas ada diuar-uarkan kemunculan iphone di Malaysia.Khabarnya ia dilancarkan secara besar-besaran dan ada slot sendiri di Buletin Utama pada hari pelancarannya.

Penulis pun tidak pasti apa perkembangan selanjutnya.Yang pasti abang kepada penulis telah memilikinya terlebih dahulu dan difahamkan beliau telah membelinya di UK.Cubalah ke blogjer kot-kot ada artikel terbaru mengenainya di sana.

Rasanya setakat ini dahulu.Maklumlah di CC.Suasana budak bermain game amat membingitkan telinga.

Jumpa lagi.

24 March 2009

Rebranding of mie@nis gallery





Penjenamaan semula atau re-branding galeri mie@nis telah dijalankan pada hari Sabtu yang lepas dan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk menyiapkannya.

Upgrade atau naiktaraf ini dilakukan untuk memperlihatkan konsep yang lebih kemas dan terampil dalam satu tempat (one stop center).

Kos menaiktaraf ini menelan belanja sekitar RM 25.

Galeri ini antara lain menempatkan koleksi peribadi penulis yang merangkumi model-model Ferrari dari dahulu hingga yang terkini.Selain itu,ia turt menempatkan koleksi eksklusif rantai kunci (keychain) penulis yang semakin bertambah dari masa ke semasa.

Semoga wajah baru galeri ini akan mengangkat martabat collector model Ferrari dan koleksi eksklusif lainnya.

Lebat Sungguh Hujan Pagi Ini

Kalau diikutkan pagi ini rasa berat sungguh untuk bangun.Manakan tidak,hujan turun dengan lebat pada waktu yang seharusnya orang bangun dari tidur.

Hujan pagi.

Mujur juga Qaseh tidur dengan opahnya.Maklum penulis suami isteri belum sembuh sepenuhnya dari demam.Sekarang batuk pula.

Pagi ini memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat sepanjang perjalanan ke pejabat.Air yang bertakung menyebabkan stereng yang ada hendaklah dipaut dengan sekuat hati.Kadang-kadang lopak yang dilanggar dari arah kenderaan bertentangan yang memercik ke kenderaan kita juga boleh menyebabkan penglihatan terganggu.

Sampai di pejabat,big boss pula tercegat di mesin punch.Masa kritikal macam nilah nak tanya peratus kemajuan kerja.

Apa lagi,jawablah apa yang patut.

Semalam dari pagi menjengah ke petang penulis berada di projek.Ada lawatan yang di atur kementerian pelancongan.Pelawat dari Sweden dan Jepun.Namun,penulis tidak sempat mengambil gambar bersama.

Seterusnya jangan lupa 28 Mac ini.Perihal tentang Program 60 EARTH HOUR.Jangan lupa sokong dan daftar.Tapi sediakan lilin la.Kalau dapat yang lilin aromatheraphy tu lagi bagus.

Rasanya setakat ini dahulu untuk kali ini.Kebelakangan ini masa agak membataskan.Tapi jika berkesempatan penulis akan update dari masa ke semasa.

Berkenaan foto-foto di Langkawi nantilah penulis upload.Penulis pun tak sempat lagi nak susun.

20 March 2009

@ Langkawi 1

Penulis masih keletihan dengan percutian tempoh hari.Ditambah dengan sakit kepala dan rasa demam amat menyesakkan kepala.

Bukan penulis sahaja,bahkan isteri dan anak turut terkena tempias sindrom demam ini.Mungkin cuaca yang panas terik dan diselangi hujan lebat secara tiba-tiba sepanjang di sana menyebabkan keadaan ini.

Di bawah ini antara catatan sepanjang perjalanan ke Langkawi;

Isnin 16/3/09

5.00am-bertolak dari rumah

11.00am-Tiba di Jeti Kuala Perlis

1.30pm-Menaiki feri ke Langkawi (Sepatutnya 12.30 tetapi feri terlewat)

3.00pm-Check in di Hotel Bella Vista (Rekabentuk seperti castle)

5.00pm-Makan dan mula mengelilingi kawasan sekitar sambil membeli belah edisi 1

8.30pm-Kembali ke hotel dan rehat

Selasa 17/3/09

8.30am-Sarapan dan penjelajahan bermula

11.00pm-@ Langkawi Cable Car di Gunung Mat Chincang (Pengalaman yang sangat menarik) dan membeli belah edisi 2

1.00pm-@ Makam mahsuri

2.00pm-@ Beras Terbakar dan membeli belah edisi 3

3.30pm-Balik hotel (Penat memang tak tau nak cakap la!)

6.30pm-@ Pekan Kuah membeli belah edisi 4

9.30pm-Makan malam dan balik ke hotel

Rabu 18/3/09

8.00am-Sarapan pagi

9.30am-Mengambil gambar di Dataran Lang berhampiran Jetty Point

10.15am-Membeli belah edisi 5 @ Plaza Langkawi,Langkawi Parade etc

12.45pm-Sampai di Jetty Point

1.00pm-Naik feri ke Kuala Perlis

3.00pm-Menaiki kereta dan bergerak pulang

Kesimpulan

Masih banyak lokasi menarik yang tidak sempat dilawati kerana kebanyakan masa dihabiskan dengan membeli belah barangan di kawasan yang bebas cukai

p/s-Penulis akan meng'upload' gambar pada ketika yang lain disebabkan gambar yang masih bersepah di device-device lain.

15 March 2009

???

Bacalah utusan online untuk yang terkini di sekitar negeri Perak.he he he.Roboh jugak akhirnya...

nota petang Ahad

Petang Ahad seperti minggu-minggu yang lalu lazimnya adalah masa yang sangat membosankan.seperti biasa minda akan 'set' besok adalah hari bekerja dan ia tentunya akan menjadikan kita lemah.

Namun minggu ini adalah sebaliknya.Besok seawal jam 4 pagi penulis akan bergerak ke utara untuk bercuti.

Namun percutian yang di'sponsor' pastinya berbeza dengan percutian di atas 'kaki sendiri' yang membolehkan kita berbelanja semahunya dan sesuka hati.

Sementelah ibu penulis yang baru kebah dari demam agak membimbangkan hati penulis.Mujur juga penulis balik kampung Jumaat lepas.Kalau tidak,penulis tidak akan tahu ibu terlantar demam.Malam itu juga penulis membawanya ke klinik dan Alhamdulillah telah beransur pulih.

Memang ibu penulis tidak akan menghubungi penulis sekiranya tiada perkara yang benar-benar penting.Beliau tahu giliran penulis untuk minggu ini di Simpang 4 dan tidak akan mengganggu penulis.

Dan hal ini jugalah yang membuatkan penulis menyerah kalah dengan sikap ibu (Penulis manja dengan ibu lebih dari adik bongsu penulis he he he.)Adik bongsu penulis akan balik pada malam ini dari perkhemahan di Cameron Highlands.

Penulis tidak dapat fokus untuk menulis di dalam blog ini sekarang.

Doakan kami semua selamat.

Insya'Allah berjumpa lagi.

12 March 2009

free... (sambungan)

Dalam keghairahan mengejar apa jua perkara yang percuma,kita semestinya kena beringat yang percuma itu adalah dari sumber dan melalui undang-undang yang sah.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa terdapat yang menerima dan memberi itu secara yang manyalahi undang-undang.

Sebenarnya penulis tidak berminat untuk menulis artikel ini meleret-leret.

Kita straight to da' point la.

Sebenarnya penulis nak memberitahu secara rasmi bahawa minggu depan,bersempena cuti sekolah,penulis akan ke pulau lagenda iaitu Pulau Langkawi bersama keluarga.

Ala-ala family gathering la.

Tapi apa kaitan artikel ini dengan percutian penulis?

Penulis ingin memaklumkan bahawa percutian ini ditaja sepenuhnya oleh ibu mertua dan adik ipar (terima kasih kepada Pn. Normah dan Cikgu Norazhani Ibrahim dari SMK Convent,Teluk Intan).

Juga terima kasih kepada En. Fadlillah dan isterinya Cikgu Fazilah dari SMK Sultan Abdul Aziz kerana menaja pengangkutan kami sepanjang bercuti.Sebelum ini pun mereka pernah menaja persalinan majlis perkahwinan penulis termasuk dengan pakaian ahli keluarga sekali.Jadi,terima kasih banyak-banyak,hanya Allah mampu membalas budi baik tuan/puan.

Tajaan bererti percuma.Atau juga disebut free.Selamat bercuti!

p/s-tempoh hari leher penulis dicakar oleh Qaseh.Adus,berdarah jugak la.Qaseh semakin agresif!

11 March 2009

Koleksi Video Mieanis

Video klip ini diterbitkan khas pada bulan Mei 2008 sempena ulangtahun kelahiran isteri penulis

Oleh itu,videoklip ini adalah eksklusif dan sengaja penulis paparkan di blog ini sebagai kenangan.Antara lain videoklip ini mengetengahkan isteri penulis sebagai model utama (ha ha ha).

Urutan pengkisahan videoklip ini ialah sedari kami semasa jadi 'loving couple',berkahwin hinggalah isteri penulis pregnant.

Sayangnya penulis begitu sibuk untuk menerbitkan videoklip sempena ulangtahun pertama perkahwinan kami pada 25 november 2008 yang lalu.

Namun,Insya'Allah penulis akan cuba menerbitkan videoklip terbaru dan tentunya kali ini dengan model utama yang berbeza iaitu puteri kami,Qaseh Nur Abidah.

Nantikan ya!










Sawitsm and Kebrutalism Rempitsm vs Polism









updating:13 Mac 2009
Penulis telah upload lakaran kejadian ADEGAN YANG TIDAK SEPATUTNYA DILIHAT.So check it out he he he.
original post

Semalam adalah kenangan.Tapi semalam juga sedikit sebanyak boleh menjadi kenangan yang men'trauma'kan.Tak tahu sebab apa,mungkin iktibar dan teladan yang patut diambil,tetapi ia benar-benar menyebabkan penulis tergamam kerana dalam satu hari penulis berhadapan dengan tiga kejadian yang sangat mendebarkan.

Ia bagaikan peringatan kepada penulis.Dan memang pastinya sudah tentu ia peringatan kepada penulis dan semua orang.

Kejadian pertama agak biasa.Orang kata klise.Dengan semangat seorang racer dan dengan tangan memulas minyak hingga full throttle (penulis suka menunggang motorsikal kebelakangan ini walaupun ada dua buah kereta yang parking 'terletak' di rumah) penulis menuju ke projek sekitar Bagan Datoh.

Sedang 'menyucuk angin' sebuah lori pick up di hadapan,perjalanan penulis tiba-tiba terganggu kerana lori di hadapan membrek secara tiba-tiba.Nyaris penulis 'mencium' belakang lori tersebut.

Rupa-rupanya ada kemalangan lori besar yang membawa muatan sawit terbalik di tengah jalan.Permukaan jalan menjadi licin dan penulis mengimbang motorsikal dengan penuh kesopanan.

Mujur penulis menunggang motor dan dapatlah melepasi kemalangan tersebut dengan mudah.Dengan fikiran sesak dengan andaian bagaimana kemalangan itu berlaku,penulis meneruskan perjalanan.

Penulis full throttle semula dan tiada apa lagi yang lebih mengejutkan selain dari melihat satu lagi ADEGAN YANG TIDAK SEPATUTNYA DILIHAT!

Dari kejauhan,penulis melihat seakan pelajar bermain dan berkejaran dengan motorsikal di atas jalanraya.Hal ini kerana ia berlaku di hadapan pintu masuk SMK Khir Johari,Sg. Sumun.Penulis tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah semakin mendekati kejadian itu.

Rupa-rupanya pelajar yang disangka penulis memakai uniform Kadet Remaja Sekolah dari kejauhan tadi adalah anggota polis.Pada mulanya polis itu membaling sesuatu (mungkin buku saman) ke arah seorang remaja bermotosikal yang tidak memakai topi keledar.Kemudian polis tersebut cuba menarik motorsikal yang ditunggang remaja itu tetapi tidak berjaya.

Akibatnya polis itu jatuh tertiarap di tengah jalan dan ketika itu sebuah pajero dengan laju meluru ke arah polis itu.

Skreeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Kebabom!!!!!!!!!!!!!!!!

Pemandu Pajero itu berjaya membrek hingga ke keadaan pegun dengan anggaran jarak hanya lebih kurang sekaki dari anggota polis yang tertiarap itu.

Its amazing!

Polis itu berdiri dengan tenang sambil tangan menulis no. pendaftaran motorsikal yang berjaya melarikan diri dengan jayanya.Penulis memandang ke arah pemandu pajero yang kelihatan tergamam dan trauma.Hanya selepas polis yang tersungkur tadi mengarahkannya meneruskan perjalanan barulah pemandu pajero tersebut bergerak.

Siaplah mat rempit tuh!

Mujur bapak polisi itu selamat.Kalau sebaliknya,tidak semena-mena penulis kena menjadi saksi kes ini.

Penulis meneruskan perjalanan dan selepas itu tiada apa-apa berlaku sehinggalah perjalanan pulang pula.Dalam perjalanan pulang,penulis memecut seperti biasa.Tiba-tiba sebuah Perodua Kancil yang dipandu oleh pelajar sekolah memandu (yang semestinya belum ada lesen) dari arah bertentangan meluru ke arah penulis.

Untuk kesekian kali mujurnya,penulis dapat mengelak.Kereta tersebut mahu mengelak dari melanggar 'seekor' (kalau orang sudah tentu guna akal sebelum membelok) budak perempuan menunggang motorsikal yang tiba-tiba masuk ke simpang.Gila!

Dan pagi ini sewaktu dalam perjalanan ke pejabat,sebuah lori telah terbabas dan masuk ke parit di batu 8,jalan menghala Teluk Intan.

Kesimpulannya berhati-hatilah di jalan raya.Jangan full throttle!

p/s:Maaf kerana tiada foto untuk membuktikan semua insiden ini kerana keadaan tidak mengizinkan.Lagipun penulis menunggang motorsikal.Jadi,agak susah untk mengambil gambar,terutama gambar polis tertiarap.

Takut nanti penulis pula yang ditiarapkan he he he.

10 March 2009

free...

Percuma atau free dalam istilah bahasa inggeris (Penulis tidak memboikot PPSMI) adalah satu istilah yang sangat mahu didengari oleh setiap orang.Walhal tiada apa pun rupa atau rasa pada perkataan itu.Warna jauh sekali lah.

Tapi nikmatnya ada.Itu yang semua orang tergila-gila dan akan sedaya upaya memburunya.

Memburu Encik PERCUMA.

Semua sudah maklum tiada apa yang percuma dalam hidup ini.Cuma kadangkala ada peluang untuk meraih kepercumaan itu yang pastinya sudah tentu tidak percuma untuk mendapatkannya.

Bila mana wujudnya keadaan percuma itu kepada kita,pertamanya hendaklah kita bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita diizinkan untuk mendapat peluang percuma itu.

Kalau tidak tahu bersyukur,golongan ini akan mendapat gelaran kufur nikmat secara percuma he he he.Percuma jugak,betul tak?Tapi percuma yang mengaibkan.

Keduanya kita hendaklah berterima kasih kepada yang mempercumakan atau yang memberi sesatu secara percuma kepada kita.Kemudia doakan semoga pihak tersebut dimurahkan dan dilimpahkan rezeki.Juga mendapat keberkatan pada rezeki tersebut.

Kalau tidak tahu berterima kasih,golongan ini akan menadapat juga suatu yang percuma iaitu gelaran Tak Tahu Diuntung kah kah kah.

Ironinya,orang-orang tertentu akan memandang secara skeptikel perihal-perihal yang percuma ini.Wujud cakap-cakap yang klise di belakang menyatakan ada unsur-unsur tertentu di sebalik pemberian percuma oleh seseorang.

Walhal nawaitu pihak yang memberi percuma itu ikhlas dan berniat sedekah.

Pedulilah apapun kerana percayalah setiap orang tidak akan serik mengejar Encik Percuma selagi ianya tidak melanggar batas sempadan yang telah termaktub.

bersambung......

Titisan Rahmat 2

Sekarang musim hujan.Semalam pun hujan.Memang lebat.Tiada aktiviti luar rumah yang boleh dilakukan.Jemur pakaian pun di dalam rumah.Memang tidak kering.

Cuti selama tiga hari (termasuk cuti umum Maulidur Rasul) diisi dengan aktiviti santai.Pesta kenduri perkahwinan di sana-sini masih belum menampakkan tanda-tanda akan reda.

Terutama cuti sekolah yang akan bermula pada minggu hadapan.

Kebetulan cuti hujung minggu lepas semua ahli keluarga penulis pulang ke kampung.Bukan senang semua nak berkumpul serentak.Riuh-rendahla rumah yang sebelum ini sepi (Nasib ada Qaseh,tapi Qaseh pun berulang selang seminggu).

Anak-anak saudara penulis,Luqman Hakim dan Nur Fatin Zahirah sudah berjalan.Apa lagi,semua benda dicapai.Ibu penulis dan semua yang ada sekejap-sekejap terjerit.Memang meriah.

Cuma Qaseh yang belum bertatih lagi.Rasanya lagi kecoh kalau mereka bertiga saling bantu-membantu 'mengemaskan' rumah.

Menjelang petang semalam semuanya kembali seperti sedia kala.

Sepi.

Family abang-abang penulis semua sudah kembali ke Shah Alam dan Seri Kembangan.Adik-adik penulis juga telah kembali ke tempat bertugas dan asrama termasuk Laily yang 'berhijrah' ke kota he he he.Tinggal family penulis sahaja.Namun mungkin penulis balik ke Simpang Empat (rumah mertua) hari ini.

Di sini dapat kita perhatikan,seramai mana anak-anak yang kita akan ada,suatu hari nanti,pasti mungkin kita akan ditinggalkan disebabkan samada anak-anak itu telah berkeluarga,bekerja atau melanjutkan pelajaran.

Dan ibubapa kita akan menjadi 'pengantin baru' semula.

Ia adalah kitaran semulajadi hidup dan sebagai anak kita hendaklah sering bertanya khabar dan menjenguk mereka.

Sementara mereka masih ada.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Saban tahun kita menyambut Maulidur Rasul.Objektif utama ialah untuk memperingati junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W.

Dua perkara besar yang ditinggalkan kepada umatnya ialah Al-Quran dan As-Sunnah.Sejauh mana kita mentaati ajaran dan mengamalkan sunnah baginda?

Penulis tidah begitu arif untuk mengupas perihal ini.Cuma penulis ingin saling mengingatkan dan menyeru kepada semua sahabat handai dan saudara mara untuk menginsafi akan pengorbanan besar yang Baginda Nabi Muhammad SAW telah lakukan semasa hayatnya.

Perbanyakkan selawat ke atas Baginda dan amalkan sunnahnya,Insya'Allah semoga kita beroleh keberkatan di dunia dan akhirat.

Allahuakbar.

06 March 2009

"Si Merah"


Sentiasa mengingati kepada suatu atau seseorang yang disayangi adalah normal kepada setiap individu yang normal.Menyedari bahawa kadangkala hidup adalah suatu yang membosankan disebabkan rutin lazim setiap hari menyebabkan seseorang individu mencari alternatif untuk mengubati atau menceriakan hati.


Tegas dinyatakan adalah lumrah kepada kita mencari atau mencipta sesuatu itu.


Dan orang lain kita peduli apa nak kata apa pun,betul tak?


Bagi diri penulis sendiri ada sekumpulan kawanan yang penulis buru.Hinggakan kadangkala penulis hilang perhitungan sehingga tidak boleh menunggu hari esok untuk memburu kawanan ini.


Penulis tidak pasti samada isteri menyedari perkara ini atau tidak kerana penulis akan melakukan apa sahaja demi menemui yang diidamkan (atau yang tersayang ini).


Penulis akan setia memburu bila mana kawanan merah ini muncul.Tidak kira di mana.Bahkan pernah penulis memaki individu yang menghalang penulis mendapatkan kawanan merah ini walaupun telah mempunyai permit memburunya.


Setakat ini penulis telah berjaya TANPA GAGAL memelihara dua kumpulan kawanan merah ini sehinggakan rakan penulis yang mendakwa turut memeliharanya dengan cukup turut terpegun apabila rupanya peliharaan penulis lebih lengkap daripadanya.


Sebagai makluman, penulis turut mendapat si kuning yang merupakan spesis yang sangat terhad.Dan penulis terpaksa membayar dengan harga yang cukup tinggi untuk mendapatkannya.


Penulis tidak hairan akan itu.


Terbaru,penulis mendapat maklumat kawanan merah ini muncul lagi tetapi lebih agresif.Dan spesis terhad juga turut muncul entah dari mana datangnya.


Hal ini menyebabkan penulis tidak senang duduk kerana cukup teruja untuk memburunya.Insya'Allah cuti penggal persekolahan ini penulis akan bercuti di Langkawi dan rasanya penulis akan mempunyai lesen yang luas untuk memburunya sehingga ke utara.


Semakin jauh perjalanan,peluang untuk memburu kawanan merah ini semakin cerah untuk masa yang singkat.Ini kerana,dengan setiap pembelian Petrol RM 40.00,penulis akan layak membeli model terbaru Ferrari berfungsi navigasi ini dengan harga RM 8.90 setiap satu.Ini bermakna penulis akan mengisi banyak petrol dan bolehla beli model tersebut sehingga lengkap.


Itu belum termasuk penulis 'pow' resit abang-abang pemandu lori yang mengisi minyak beratus-ratus tetapi tak berminat membeli model tersebut.Begitulah setianya penulis terpacak di petrol-petrol pump.


Dua edisi koleksi model Ferrari dan satu edisi kereta-kereta James Bond 007 yang lengkap telah penulis simpan di garaj serapinya di rumah.Maknanya selepas ini penulis terpaksa membina garaj yang baru untuk menempatkan koleksi terbaru ini.


Tapi hidup akan kembali bosan selepas semua model tersebut dimiliki.Memang ghairah untuk mengumpul semuanya dalam masa yang singkat tetapi akan bosan setelah semuanya dimiliki.Kerana apa?Kerana tiada lagi yang hendak diburu.


Apa lagi nak buat,lap je la habuk-habuk koleksi-koleksi tersebut.


p/s-Pagi tadi penulis terlewat masuk pejabat gara-gara menunggu bangla di stesyen minyak yang lambat sangat mengambil model Ferrari untuk penulis.
-Tak sabar menunggu Luqman balik kampung besok!



02 March 2009

Projek Mendirikan 'Masjid'







updated 4 Mac 2009

Penulis memohon maaf kerana lambat untuk upload gambar sekitar majlis perkahwinan rakan tempoh hari.Berikut dipaparkan wajah ceria mereka-mereka yang 'mengambil bahagian' di atas pelamin yang sempat penulis ambil menggunakan N95.
P/S=Foto Qaseh menunjukkan dia masih 'trauma' dan 'teruja' tahap maksima selepas diriba oleh pengantin di atas pelamin.

Original Post

Malam ini agak hangat.Tapi tidaklah lebih hangat daripada biasa.Cumanya bahang khenduri kahwin sudah mula kedengaran di seluruh semesta alam.
Biasalah,itulah antara aktiviti wajib menjelang cuti sekolah,khasnya kepada mereka-mereka yang sekian lama menantikan saat-saat menjelang bahagia (including x-housemate wife penulis dengan 'encik tunangnya' yang bakal berlangsung hujung tahun ini).
Sepanjang hujung minggu yang lepas,penulis serta keluarga sempat memenuhi beberapa undangan majlis perkahwinan sahabat handai.
Antara yang penulis sempat pergi ialah majlis perkahwinan x-housemate isteri penulis di Dewan Banquet Silveritage,Ipoh (Tahniah kepada Roslin dan suminya,Ajoy).Bila sudah bersua muka sesama rakan,penulis terpaksa menunggu dengan penuh kesopanan dan kesabaran sementara isteri penulis selesai bergossip dengan rakan-rakannya.
Sementelahan telah berada di Ipoh,penulis bersama keluarga sempatlah mengunjungi beberapa lokasi (especially shopping complex-window shopping).
Menjelang petang,penulis meninggalkan Ipoh dalam keadaan hujan yang sangat lebat.Mungkin untuk menyejukkan kehangatan majlis-majlis perkahwinan yang berlangsung :-)
Penulis tidak bermaksud mengulas panjang berkenaan hal itu apatah lagi sewaktu artikel ini ditulis,Qaseh berada di sebelah penulis dan begitu ghairah untuk turut serta menekan kekunci laptop ini.
Waktu di pejabat yang sangat terbatas memaksa penulis menulis artikel di sebelah malam.Dan ini sebenarnya sangat meletihkan.
Sehingga berjumpa lagi.

p/s:Penulis akan update artikel ini dengan foto-foto ceria Qaseh 'bersanding' bersama auntie2 nya di pelamin.Nantikan ok.