updated 4 Mac 2009
Penulis memohon maaf kerana lambat untuk upload gambar sekitar majlis perkahwinan rakan tempoh hari.Berikut dipaparkan wajah ceria mereka-mereka yang 'mengambil bahagian' di atas pelamin yang sempat penulis ambil menggunakan N95.
P/S=Foto Qaseh menunjukkan dia masih 'trauma' dan 'teruja' tahap maksima selepas diriba oleh pengantin di atas pelamin.
Malam ini agak hangat.Tapi tidaklah lebih hangat daripada biasa.Cumanya bahang khenduri kahwin sudah mula kedengaran di seluruh semesta alam.
Biasalah,itulah antara aktiviti wajib menjelang cuti sekolah,khasnya kepada mereka-mereka yang sekian lama menantikan saat-saat menjelang bahagia (including x-housemate wife penulis dengan 'encik tunangnya' yang bakal berlangsung hujung tahun ini).
Sepanjang hujung minggu yang lepas,penulis serta keluarga sempat memenuhi beberapa undangan majlis perkahwinan sahabat handai.
Antara yang penulis sempat pergi ialah majlis perkahwinan x-housemate isteri penulis di Dewan Banquet Silveritage,Ipoh (Tahniah kepada Roslin dan suminya,Ajoy).Bila sudah bersua muka sesama rakan,penulis terpaksa menunggu dengan penuh kesopanan dan kesabaran sementara isteri penulis selesai bergossip dengan rakan-rakannya.
Sementelahan telah berada di Ipoh,penulis bersama keluarga sempatlah mengunjungi beberapa lokasi (especially shopping complex-window shopping).
Menjelang petang,penulis meninggalkan Ipoh dalam keadaan hujan yang sangat lebat.Mungkin untuk menyejukkan kehangatan majlis-majlis perkahwinan yang berlangsung :-)
Penulis tidak bermaksud mengulas panjang berkenaan hal itu apatah lagi sewaktu artikel ini ditulis,Qaseh berada di sebelah penulis dan begitu ghairah untuk turut serta menekan kekunci laptop ini.
Waktu di pejabat yang sangat terbatas memaksa penulis menulis artikel di sebelah malam.Dan ini sebenarnya sangat meletihkan.
Sehingga berjumpa lagi.
p/s:Penulis akan update artikel ini dengan foto-foto ceria Qaseh 'bersanding' bersama auntie2 nya di pelamin.Nantikan ok.
Original Post

2 comments:
wife penulis suka bergosip ya? haha! ada dah gmbr dalam facebook aku. soh nysa bukak facebook dia.
Dia memang suka bergosip hingga kadangkala dengan penulis pun dia ajak bergosip.Tp penulis suka dengar orang bergosip dan apa yang digosipkan oleh yang suka bergosip.Tp gosip yang bermanafaat la :-)
Post a Comment