29 July 2009
27 July 2009
Ditikam Mati di Mahkamah Kerana Bertudung
KEMATIAN Marwa Ali El-Sherbini menuntut pembelaan.
ADALAH malang bagi umat Islam pasti sahaja akan keluar pelbagai telahan negatif tentang mereka ini terutama dari penduduk di Barat dan semua ini berlaku hanya disebabkan pengaruh gejala Islamofobia yang diuar-uarkan oleh Barat. Mereka ini telah dicap kebanyakan penduduk Barat sebagai ekstremis atau jumud semata-mata kerana tidak mengikut rentak mereka dalam berpakaian.
Maka tidak menghairankan kenapa orang di Barat sering saja membuat persepsi negatif yang adakalanya di luar batasan kemanusiaan.
Oleh itu peristiwa yang berlaku terhadap Marwa Ali El-Sherbini, seorang wanita yang berasal dari Mesir dan kemudian berhijrah ke Jerman merupakan satu peristiwa yang menyayat hati namun pada masa yang sama membuktikan isi hati sebenar penduduk Barat terhadap orang Islam walaupun tidak semua hanya kerana terlalu dipengaruhi Islamofobia.
Siapa sebenarnya Marwa Ali El-Sherbini yang tiba-tiba menjadi ikon orang Islam yang tertindas di Barat. Beliau hanyalah orang biasa yang cuba menyara hidup dengan menumpang di sebuah negara asing untuk kemajuan diri dan keluarga.
Marwa yang dilahirkan pada 1977 di Mesir telah berpindah ke Jerman pada 2005. Pada 2008 beliau dan keluarga berpindah ke Dresden setelah suaminya Elwi Ali-Okaz mendapat kerja sebagai pengkaji di Institut Max Planck dan Marwa pada masa yang sama bekerja di Hospital Universiti Dresden. Namun pengakhiran hidupnya yang sangat menyayat hati telah membuka banyak mata tentang bahaya gejala Islamofobia di kalangan masyarakat Barat.
Peristiwa pembunuhan yang dilakukan terhadapnya di dalam mahkamah ketika memberi keterangan terhadap seorang lelaki yang bertindak memaki hamun dirinya kerana beliau adalah seorang beragama Islam dan bertudung merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima akal setiap manusia yang siuman.
Segalanya bermula pada bulan Ogos 2008 apabila lelaki berkenaan Alex W. seorang warga Jerman tetapi dilahirkan di Perm Russia menjerit ke arah Marwa di sebuah padang permainan kanak-kanak di Dresden kerana bertelagah berebut menggunakan buaian untuk anak buahnya dengan anak lelaki Marwa.
Wanita berusia 32 tahun itu telah digelar sebagai pengganas Islam dan pelacur hanya kerana beliau memakai tudung. Kejadian tersebut berlaku untuk beberapa ketika walaupun terdapat antara pengunjung taman permainan cuba menghalang lelaki berkenaan. Dia hanya berhenti setelah polis datang tidak berapa lama kemudian.
Alex kemudiannya telah dituduh melakukan fitnah terhadap Marwa dan didapati bersalah oleh mahkamah serta didenda sebanyak 780 Euro. Semasa perbicaraan berlangsung Alex merayu hukuman dikurangkan kerana mendakwa manusia seperti Marwa bukanlah seorang manusia sebenar oleh itu dia tidak boleh dihina.
Akibat dari dakwaan secara terbuka ini, peguam bela telah merayu bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap Alex. Oleh itu pendengaran rayuan kes ini diadakan di sebuah mahkamah di Dresden pada 1 Julai lalu.
Ketika kejadian tersebut lapan orang berada dalam mahkamah termasuklah tiga hakim, seorang pendakwaraya, Alex dan peguamnya serta Marwa, suaminya Elwi Ali Okaz dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun. Malangnya tiada sebarang pegawai keselamatan berada di situ dan tidak ada sebarang rutin pemeriksaan untuk memastikan tiada sebarang senjata merbahaya di bawa masuk ke dalam mahkamah.
Sebaik sahaja Marwa selesai memberikan keterangannya, Alex, bertindak meluru ke arah beliau sebelum menikamnya sebanyak 18 kali sambil menjerit "anda tidak layak untuk hidup". Suami beliau, Elwi yang cuba mempertahankan Marwa turut ditikam.
Melihat kejadian ini, mereka di dalam mahkamah bertindak memanggil seorang anggota polis yang sedang memberi keterangan di mahkamah berhampiran namun malangnya suami Marwa ditembak di kaki kerana anggota polis itu menyangka Elwi sebagai penyerang.
Elwi cedera parah akibat peristiwa ini dan berada dalam koma selama dua hari namun malangnya Marwa yang cedera parah mati ditempat kejadian. Lebih menyayatkan hati kematian Marwa ini turut membunuh anak yang dikandungnya berusia tiga bulan.
Alex telah ditangkap di tempat kejadian dan kini sedang ditahan reman untuk siasatan atas tuduhan membunuh Marwa dan cubaan bunuh terhadap Elwi. Namun lelaki kejam ini dilaporkan masih belum memberi sebarang pengakuan kepada pihak penyiasat dan perbicaraan dijangka akan berlangsung selewat-lewatnya pada hujung 2009 atau awal tahun 2010.
Peristiwa ini pada awalnya tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak media di Jerman dan ia hanya dilaporkan di halaman belakang akhbar-akhbar di sana.
Hanya setelah tunjuk perasaan panas yang dicetuskan oleh ribuan rakyat Mesir yang menetap di Jerman kerana menentang Islamofobia barulah kerajaan Jerman yang sebelum ini hanya mendiamkan diri menyatakan kesedihan dan kekesalan tentang pembunuhan Marwa.
Sesungguhnya peristiwa pembunuhan Marwa ini berpunca dari peningkatan kebimbangan Islamofobia yang semakin ketara terutama di negara Barat. Malah media-media utama di Mesir menyatakan kematian Marwa ini sebagai "mati syahid seorang pejuang berhijab".
Sememangnya gejala Islamofobia ini telah diwujudkan bagi meningkatkan semangat kebencian terhadap orang Islam dari mereka yang bukan beragama Islam. Cubaan menggambarkan orang Islam sebagai pengganas yang bertanggung jawab terhadap pelbagai kejadian dan kemusnahan di seluruh dunia merupakan satu tuduhan yang sangat dangkal dan berniat jahat.
Oleh itu usaha untuk membersihkan tuduhan yang dilemparkan terhadap umat Islam ini perlu dilakukan segera. Namun ini tidaklah bermaksud darah perlu dibayar dengan darah kerana ia akan hanya memburukkan lagi keadaan.
Jika tidak adalah tidak menghairankan peristiwa pembunuhan seperti Marwa ini akan berulang malah mungkin lebih teruk lagi pada masa depan.
26 July 2009
Pouch out!
Semalam,semasa ada program di Sungai Besar Selangor,penulis sempat singgah di sebuah kedai menjual telefon bimbit.
Penulis bercadang untuk membeli pouch bag hand phone.Amoi yang sweet itu memberi dua pilihan kepada penulis tentang pouch bag yang paling sesuai.
Satu jenis yang bermagnet dengan kemasan kulit lebih mahal berbanding dengan satu lagi yang juga berkemasan kulit tapi dengan perekat 'zap' dan berharga lebih murah.Keduanya dari jenama yang berbeza.Tapi sepintas lalu penulis telah tertarik dengan yang menggunakan perekat zap tersebut.
Penulis bertanya pendapat amoi tersebut tentang yang mana satu lebih bagus.
Dengan berhemah amoi tersebut menyatakan pendapatnya.Melihat model hp penulis yang agak mahal (nokia n95),beliau mencadangkan pouch bag yang menggunakan perekat zap (yang murah).
Alasannya kerana jika pouch bag magnet digunakan,magnet tersebut akan memberi kesan kepada bateri telefon dan skrin.Amoi itu memberi contoh beberapa kes berdasarkan pengalamannya.
Memang logik alasannya tapi kenapa mencadangkan yang murah?Bukankah lazimnya peniaga akan sedaya upaya menjual produknya yang mahal untuk mendapatkan lebih keuntungan?
Sambil mengakui hakikat tersebut,amoi itu turut menegaskan bahawa dia juga perlu berlaku jujur atas perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggannya.Namun dia tidak akan memaksa pelanggan memilih cadangannya.
Masih lagi buntu membuat pilihan,akhir sekali penulis menyerahkan not kepada amoi tersebut.Berapa baki yang akan dipulangkan oleh amoi tersebut akan menjadi petunjuk kepada pouch bag yang akan diambil penulis.
Mana satu yang menjadi pilihan?Biarlah rahsia.
25 July 2009
Santai
Penulis baru sahaja balik dari memenuhi jemputan seorang jemaah yang mengadakan majlis tahlil.Sebenarnya sejak minggu lepas,kenduri seumpama ini telah berlangsung di kalangan penduduk kawasan kejiranan penulis.
Apatah lagi ia turut bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.Malam semalam juga ada.Memang mewah makan malam terutama malam hujung minggu seperti hari ini kerana kenduri2 tersebut.
Menu paling menarik minat ialah pada malam ini.Nak tahu apa dia?Ayam kampung masak kicap.Sesetengah orang tidak menggemari daging ayam kampung.Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri.
Namun bagi peminatnya,ia adalah sangat istimewa.Penulis sempat berseloroh dengan seorang rakan jemaah,kalau nak makan ayam kampung,kena kunyah dan biarkan ia di dalam mulut lama sedikit.Seorang jemaah lain secara semberono mematahkan kata-kata penulis dengan mengatakan kena lama dalam mulut sebab liat!
Secara berhemah penulis menyatakan pendapat iaitu untuk merasakan tekstur dagingnya yang unik.Arghhh...tidak bisa dibayangkan dengan kata-kata.Memang 'heaven'!
Terkial-kial rakan tadi cuba memahami apa yang penulis maksudkan tetapi lantaklah!
Atas sebab itu juga penulis telah menempah 10 ekor ayam kampung yang segar dari ladang untuk hidangan Aidilfitri ini,Insya'Allah.So, kepada mereka-mereka yang ingin merasai kelazatan daging ayam kampung,jemputlah datang ke rumah.
Kita tinggalkan bab itu.Sepanjang hari ini yang sibuk.Menjemput adik ipar yang berkursus di Pangkor.Kemudian ke Pekan Sungai Besar,Selangor untuk beberapa program memang meletihkan.Sebaik sampai ke rumah,azan Maghrib berkumandang dan selepas Isya' ada pula kenduri tadi.
Beberapa jemputan hari ini daripada sahabat-handai tidak dapat dipenuhi.Maaf kawan-kawan.Esok,beberapa program lagi akan menyusul.
Mohon untuk berehat.
Talk-active
Anda pernah berada di persimpangan delima?Fokus dalam dilema untuk posting kali ini ialah berkait dengan rakan atau siapapun dalam hidup seharian.
Ringkasnya dalam pergaulan hidup kita seharian.
Anda bersama rakan sedang minum atau bersantai di warung mahupun restoran.Rancak berbual mengenai topik yang anda berdua suka.
Tiba-tiba rakan anda menukar topik yang anda tidak suka atau tidak faham.Dalam sesetengah kes,rakan anda yang bercerita tentang topik tersebut juga tidak faham dengan apa yang dikatakannya.
Apa perasan anda?Seboleh mungkin pasti anda cuba untuk memahami dan memberi perhatian demi menjaga hati rakan tersebut.Padahal anda telah berada pada tahap kebosanan yang melampau.Ia adalah bahaya kerana mungkin menyebabkan stress dan tekanan darah yang tinggi!
Bagaimana tidak bosan kerana topik yang dibincangkan seperti perbandingan antara PM China dari dinasti dulu hingga sekarang! Kalau tidak pun topik seperti bercerita kehebatan hero movie seluruh dunia yang langsung tidak mesra telinga.
Anda cuba mengalih perhatian tetapi masih terkandas.Pelbagai hint cuba ditunjukkan tetapi rakan anda masih mengeluarkan buah bicaranya hingga menyembur air liur!
Apa yang harus anda lakukan jika berada di dalam situasi ini.
Pertama terus terang dengan rakan anda yang anda tidak suka mendengar atau membicarakan topik yang membosankan tersebut.
Kedua, anda hentam saja memberi respond terhadap topik tersebut sekalipun nyata ia adalah merapu kerana anda tidak faham langsung.Dengan harapan rakan anda sedar anda tidak selesa dengannya.
Ketiga,anda buat2 seperti membuat panggilan telefon.
Keempat, situasi di mana anda tidak dapat mengawal diri lagi,anda hanya perlu berkata, "You're fired!" dan segera berlalu dari situ.(Gaya jalan kena macam Donal Trump).
He he he!
Baju Apa Nak Pakai Hari Ni???
Pernah tak anda tertanya diri sendiri pada waktu pagi semasa hendak ke tempat kerja atau bila nak pergi ke mana-mana?
Kadangkala sesetengah orang akan mengambil masa sehingga beberapa lama untuk menentukan pilihan.Mana tidaknya jika stok pakaiannya sudah menjangkau sehingga beberapa almari.Malah ada yang mengkhususkan sebuah bilik di rumahnya semata-mata untuk menempatkan baju dan aksesorinya!
Ada juga orang yang jenis ingin sedondon dari hujung rambut hingga hujung kaki.Bayangkan kalau sampai kasut dan beg tangan juga mahukan warna yang sama.Ini semua bergantung kepada individu.
Mengimbau semula semasa zaman persekolahan dulu,ada seorang guru matapelajaran sains yang mengajar kelas penulis.Nama beliau pun penulis dah lupa.Yang pasti beliau seorang yang up-to-date.Maklum orang KL.Anak lord plak tu.
Beliau seorang yang free-hair.Apa yang menjadi bualan pelajar ialah saban hari baju yang dimuatkan di susuk tubuhnya yang ramping itu adalah berbeza.Oh ya,beliau pernah memberitahu kami,semakin timbul tulang bahu seseorang itu akan kelihatan semakin cantik.Ya ampun!Kami tak pernah tahu pun cikgu!
Suatu hari seorang pelajar perempuan bertanya perihal baju yang dipakainya.Oh damn! Cikgu tu dengan kembang kempis memaklumkan pusingan baju yang dipakainya untuk mengajar mengambil masa 2 bulan lebih untuk dipakai semula!Maknanya kalau hari ini pakai,lagi 2 bulan baru pakai semula!
Penulis mempunyai seorang kawan lain yang juga cukup obses tentang pakaian.Kadangkala penulis hendak tergelak dengan style pakaian yang dipakainya walaupun ia dibeli di butik.
Isterinya juga suka berfesyen dan dia sanggup membelikan isterinya cardigan berjenama LV di OU dengan harga RM1k!
Tidak hairanlah jika beliau juga sanggup menukar sport rim dan tayar Merc nya sehingga hampir RM10k.
Itu normal dan bergantung kepada kemampuan kerana tagline Gaya,Mutu dan Keunggulan itu harus kena pada tempatnya.
Seseorang memberi panduan pemakaian mengikut warna hari iaitu;
ISNIN-PUTIH
SELASA-PINK
RABU-BIRU
KHAMIS-KUNING ATAU OREN
JUMAAT-HIJAU
SABTU-MERAH
AHAD-HITAM
=)
22 July 2009
Lebih Hangat dari Biasa!
Sudah dua malam berturut-turut kawasan kejiranan ini mengalami gangguan bekalan elektrik.Semalam paling lama.Lebih kurang 3 jam sedari jam 8.00 malam.
Malam ini pula sejak jam 7 petang dan hanya pulih beberapa minit yang lalu.Hari ini boleh la tahan kerana hujan.Jadi cuaca tidak membahang seperti semalam.
Qaseh bersilat hingga muntah isi perut kerana menangis kepanasan.Cadar bagai disimbah-simbah dengan muntahnya.Mujur tidak lama kemudian pulih kembali.
Sebelumnya memang dah start enjin kereta untuk mendapatkan bekalan penghawa dingin.Kesimpulannya semalam memang lebih hangat dari biasa.
Maaflah kerana beberapa hari dalam minggu ini blog ini terbiar sepi.
BLANK!
Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk diungkapkan.Sebenarnya berlambak draft yang telah penulis siapkan.Tapi tidak boleh penulis publish posting-posting itu kerana semuanya tergantung!Tiada pengakhiran.
Tekanan kerja membuatkan kepala menjadi letih dan menjejaskan produktiviti minda mencerna idea.Lalu tiadalah idea menulis blog!
Sayang sekali kerana berita-berita panas minggu lepas tidak dapat diolah menjadi bentuk satira yang penuh dengan lelucon seperti isu-isu lepas yang pernah dipaparkan di dalam blog ini.
ISU
Oh!Ianya seperti isu lompat-lompat CJM atau result 2nd football match antara MU vs Malaysia! Dan juga isu sebuah akhbar tabloid (konon no. 1) yang front pagenya menipu seantero rakyat Malaysia hujung minggu lalu.Polis telah melakukan siasatan dan hasilnya berita tersebut hanyalah rekaan semata-mata.Mujur I tak beli!
Argh...Anda pun dah tentu follow berita tu jadi tak payah la diulas di sini.
SYA'ABAN
Besok Sya'aban akan menjengah.Bermakna lagi sebulan sebelum melangkah ke bulan Ramadhan.
Ada baiknya bulan ini diisi dengan amalan-amalan sunat seperti berpuasa serta amal-amal yang lain.Kepada yang belum ganti puasa tu ini adalah masa kecederaan.Jangan pula buat-buat lupa.
Jumpa lagi!
19 July 2009
Link Minggu Ini
Hot Link yang perlu anda layari sepanjang minggu ini;
Schumi The Stig? Arghhhhhh....!
Johan Qari dan Qariah Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan
18 July 2009
Sedetik...
Khabar kembalinya ke Rahmatullah sepupu kepada bapa penulis jam 10.00 pagi tadi nyata mengejutkan.Allahyarham yang pangkat bapa saudara kepada penulis menghembuskan nafas terakhirnya dengan beberapa petanda awal ditunjukkan.
Allahyarham yang tinggal bersendirian sejak beberapa minggu lalu kerana isterinya menjalani rawatan berbagai penyakit di Hospital Selayang sebenarnya seorang yang tidak boleh duduk diam.
Beberapa hari sebelumnya beliau mengadu tidak sedap badan tetapi masih melakukan berbagai pekerjaan.Beliau bukanlah seorang yang suka membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Kemuncak kepada penyakitnya ialah apabila beliau dikejarkan ke klinik sebelum diarahkan ke wad kecemasan di Hospital Teluk Intan.Tekanan darahnya berada pada tahap tertinggi di bawah par kosong.
Sebagai contoh,tekanan darah dibaca secara 110/80 atau sebagainya.Namun bagi kes ini ialah bacaan tertinggi / 0!
Doktor menyarankan pesakit dibawa pulang dan hanya dibekalkan pil penahan sakit-bermakna harapan yang kian tipis.
Allahyarham dibawa pulang ke rumah besannya dan semasa berbual dengan seorang sepupu tadi,penulis dimaklumkan Allahyarham masih berbual seperti biasa pagi tadi hinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 10.00 pagi.
Apa yang boleh penulis bayangkan ialah Allahyarham seolah mengetahui saat kematiannya dan mengisi masa tersebut dengan berbual-bual sementara sakaratul maut datang menjemput.
Dan satu lagi berita mengejutkan ialah mendapat khabar seorang sahabat baik yang juga rakan sekelas semasa sekolah menengah yang telah meninggal dunia lebih setahun lalu tanpa penulis mengetahuinya.Padahal kedudukan kampung kami hanya bersebelahan.
Khabar tersebut diketahui semasa berbual dengan seorang rakan yang kebetulan berkahwin dengan anak bapa saudara penulis.
Kali terakhir kami bertemu ialah apabila Allahyarham sahabat penulis itu memenuhi undangan majlis perkahwinan penulis pada 25 November 2007.Saat itu Allahyarham melambaikan tangannya kepada penulis tetapi disebabkan semasa itu acara makan beradab sedang berlangsung,penulis hanya sembat membalas lambaian itu tanpa sempat menyapa dan bertanya khabar.
Subhanallah....dan penulis tidak menyangka itu adalah lambaian kali terakhir daripadanya sehinggalah khabar sedih itu dimaklumkan pada hari ini....
Semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya.Al-fatihah kepada Paman Amat dan sahabat penulis,Fazli B. Abd Fandi.
nota kaki:Jelajah 11 radio Era di Dataran Menara Condong Teluk Intan hari ini terkeluar secara automatik dari program hari ini.
Jadual besok ialah menghadiri jemputan khenduri di beberapa lokasi.Letihnya...
17 July 2009
Sekolah Kematian
Antara lain ustaz penceramah mengulas hiburan yang semakin merosakkan akhlak umat Islam hari ini.Rancangan realiti yang saban waktu muncul bak rantaian amat merunsingkan.Satu demi persatu muncul.
Satu perkara menarik yang disentuh ialah kurangnya rasa ingin insaf di dalam diri.Ustaz penceramah itu menekankan perihal pentingnya mengingati hari kematian sebagai guideline untuk mengelakkan sesuatu kemungkaran dari dilakukan.
Secara ringkas,jika ingat mati,tentu kita tidak langsung mempunyai rasa untuk membuat maksiat atau sebagainya.
Ustaz tersebut yang juga masih berkhidmat di sebuah sekolah berkongsi pengalaman tentang sikap remaja yang masih duduk di bangku sekolah.
Beliau pernah membuat perbandingan di antara pelajar yang bersekolah di sebuah sekolah di kampung dan sebuah sekolah lain di bandar dari segi kebolehan mengaji (membaca al-Quran).
Nyata sekali pelajar dari sekolah kampung yang menguasai kemahiran tersebut.
Kenapa?
Sekali dengar bunyi yang menjadi penyebabnya agak menyeramkan tetapi sekali dengar lagi tercuit sedikit hati.
Sebabnya ialah sekolah di kampung tersebut bersebelahan dengan sebuah tanah perkuburan Islam.Ironinya,setiap kali melangkah ke sekolah para murid akan melintasi tanah perkuburan tersebut yang secara tidak langsung mengingatkan mereka saat-saat kematian.
Bahkan jika berlaku kematian,murid ini akan turut serta menyaksikan aturan perpindahan dari alam dunia ke alam kubur dilakukan.!
Ini menyebabkan pelajar-pelajar tersebut seboleh mungkin mendalami ilmu-ilmu agama dan berbuat kebaikan sedari rasa penuh keinsafan telah tersemat jauh di lubuk hati terdalam! Serta mengharapkan pengakhiran bila telah sampai waktunya nanti dalam suasana penuh persediaan menghadap Maha Pencipta.
Lanjutan dari kisah tersebut,ustaz tersebut secara berseloroh menyarankan agar setiap sekolah dibina bersebelahan dengan tanah perkuburan.
Tampak sinikal namun jika cadangan tersebut mampu memberi impak positif kepada pelajar remaja yang semakin 'bejat' minda dan akhlaknya hari ini, apa salahnya ia dipertimbangkan.
Respon anda?
nota kaki=penulis tiada idea sangat untuk menulis artikel 'khabar dari mimbar' minggu ini sementelah rasa letih mengejar masa membuatkan penulis tidak konsisten semasa mendengar khutbah tadi (terlelap beberapa kali).
16 July 2009
65
Drama tersebut menjurus kepada genre aksi dan penuh suspen.Tidak silap ia berkenaan seorang penjenayah yang mengugut melancarkan senjata kimia ke atas rakyat sebuah negara jika tuntutannya tidak dipenuhi.Tajuk 24 dalam drama tersebut merujuk kepada tempoh 24 jam yang diberi oleh penjenayah tersebut.
Lain halnya di negara yang dicintai ini.Angka 65 menjadi igauan ngeri dalam indah kepada satu pihak dan mimpi indah di satu pihak yang lain.
Apa halnya 65?Lantaklah nombor tersebut.Bukan ada beza dengan angka-angka lain!
Kenyataan di atas adalah persepsi mudah kepada mereka yang tidak mengikuti perkembangan semasa.
Antara artikel dalam blog ini adalah memerlukan tahap kefahaman yang tinggi dan perlu dibaca melalui sejauh mana anda mengikuti perkembangan semasa.
Berbalik hal angka 65 tadi,anda boleh sahaja menelah ia hanya satu angka biasa.Tapi percayalah,terdapat dua pihak yang akan merasa sangat takjub dengan angka tersebut.
Pada satu pihak,ia umpama kemenangan dalam kekalahan.Dan pada satu pihak lagi ialah kemenangan dalam kekalahan.
Kemenangan tersebut hendaklah dilihat dari segi moral.
Anda fikirlah sendiri!
Cuti Sampai Raya...
Tapi Tak La Ku pula pergi mengadu domba pada ketua kelas,Tak Gu Na.Ketua kelas yang sememangnya tidak satu geng dengan Khairi sejak dulu membabi-buta mengarahkan Khairi keluar dari kelas.Paling dia marah apabila Khairi cuba melawan dengan menyatakan dia bias.
Samyseng yang melihat gelagat tu tersenyum macam kerang busuk.Nasib giginya putih kalau tak,tak perasan dia senyum.Dalam hati dia cakap mujur semalam dah minta maaf pada satu sekolah kerana minggu lepas dia tak senang hati tengok Tak Gu Na pakai songkok sedangkan dia bukan sunat macam Khairi!
Sebaik kawan-kawan Khairi sampai di pintu pagar sekolah,Khairi pun menjemput kesemua rakannya itu ke rumah beliau yang terletak di Eksyen 77.Kawasan kejiranan di sini di bahagikan kepada Eksyen-sesuai dengan penduduknya yang terdiri dari golongan kononnya elit dan memang eksen (berlagak)!
Tergamam rakannya bila mana melihat rumah agam Khairi.Bila ditanya berapa harganya,selamba dijawab-RM 350.00.Iaitu harga pada zaman Perang Dunia dulu.Kalau sekarang RM 3.5j atau RM 24j kot.Tak taula.
Selesai makan sambal tempe ikan bilis tetamu bersurai.Yang 15 orang balik ke kelas petang.Yang lagi 5 orang balik kampung!Ada yang cuti sampai raya cina.Khairi pulak cuti sampai raya tahun depan...
Ntahla...2 x 5...5 x 2....Samyseng gak yang pandai berlakon.
14 July 2009
PAS Pertahan Kerusi DUN Manek Urai
Abe Uji menang dengan majoriti yang terlalu kecil-65 undi.
Adat pertandingan ada menang dan ada kalah.Tampak di sini sokongan kepada BN kelihatan menyerlah.
Siang tadi,seperti biasa penulis sempat mendapatkan respon dari rakan-rakan politik dan ramai di kalangan mereka membuat kesimpulan 50-50 untuk kedua parti yang bertanding.
Dan nampaknya telahan mereka adalah tepat.
nota:Nampaknya tetamu yang hadir ke khenduri Pak Uji lebih sedikit berbanding rumah Pak Ajis.
13 July 2009
H1N1-Lebih Bahaya Dari Yang Dijangka!
Kuasa Allah tiada siapa yang mampu menghalang.
Namun di Teluk Intan,siapa yang sangka?Itulah yang terjadi kepada seorang rakan sepejabat penulis.
Ketenangan memandu sewaktu perjalanan pulang ke Teluk Intan malam tadi terganggu dek kerana seekor H1N1 sesat yang entah dari mana datangnya.
Alhamdulillah,mujur semua ahli keluarga yang disayanginya selamat.Walaupun impak hentakan H1N1 itu meremukkan struktur wajah kereta ranggi yang amat disayanginya,ia tidak mematahkan semangatnya untuk bersemuka lagi dengan H1N1 itu untuk membalas dendam.
Penulis tidak mendapat gambaran sebenar bagaimana kemalangan itu berlaku kerana beliau mengambil cuti kecemasan hari ini.Beliau hanya menghantar kiriman MMS ke telefon bimbit penulis sebentar tadi.Mungkin kerana beliau masih diselubungi trauma akibat kejadian yang tidak diduga itu.
Menurut satu sumber yang enggan dikenali,sebaik perlanggaran itu berlaku, beliau meneruskan perjalanan kerana malam yang gelap memungkinkan seribu satu perkara lain yang terjadi.Lagipun apa yang hendak di'kautim' pun kerana beliau berlanggar dengan seekor H1N1!
Bagaimanapun tidak lama perjalanan selepas itu,kereta beliau yang ranggi terhenti secara tiba-tiba.Dipercayai radiator pecah terkena 'ciuman' H1N1 yang tidak terjangka tadi.
Apapun kita doakan beliau sabar dan tabah menempuh dugaan ini.Ada hikmah disebaliknya.
nota:H1N1 di atas bukan merujuk kepada wabak yang minta dielakkan itu tetapi seekor ba alif ba ya.....
Pedoman dan Iktibar
Anak Derhaka kerana Isteri tercinta...
Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh
Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.
Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar cerita-cerita daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara anak dan menantunya akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu.
Saya diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia lagi kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya yang sombong dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua, apatah lagi seperti ibunya sendiri.
Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu ahli perniagaan berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia jarang membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri diturutkan walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.
Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut kesal kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah lagi hendak tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu berada lama di rumahnya. Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang.
Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk isterinya itu, tetapi ia seperti tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong.. Si ibu juga mengingatkan anaknya jangan terlalu menurut kehendak isteri, namun dari sehari ker sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya..
Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya tidak senang dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan berkeras juga hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam.. Kerana itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi semakin parah.
Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang. Tambahan pula dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah.
Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah. Hubungan ibu lelaki tadi dengan isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka bertegang leher. Si ibu yang telah agak lanjut usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan hati dan perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran. Dia tidak suka melayan kehendak mentuanya itu yang baginya cerewet.
Akibat perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si anak tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya.
"Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta tolong sikit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli, "rungut si ibu kepada anaknya.
"Abang tengok-tengoklah sikit emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak inilah, macam-macam. Saya dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula dengan suara yang kasar.
Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat tertekan. Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang boleh dia cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu.
Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, duduk di meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula menjadi perhatian. Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka.
Selepas lama berselisih faham, si anak sedikit demi sedikit menyebelahi isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak meminta, cerewet dan terlalu ambil hati.
"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya.
Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, boleh tak kau belikan sejadah untuk emak? Di kedai bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal anaknya. "Dalam 10 helai." "Eh, nak buat apa banyak-banyak?" soal si anak lagi. "Alaaah....nak buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum.
Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam. Matanya merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada mulanya mahu menuruti permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk.
"Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya belikan," jawab si anak.
Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya menurut saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak boleh beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun kau nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan sedikit aja. Sampai hati kau Man."
Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi ibunya.
"Emak ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat apa nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam, sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk anak kami juga!" katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik menahan marah. Isterinya pula tersenyum puas.
Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan emak. Aku ni emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah, "katanya dengan kecewa.
Si anak bertambah berang. "Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak minta itu minta ini!"
Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu rupa. Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu marah.
Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau tau. Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau? Bila masa dia besarkan kau?
"Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan kau, hantar ke sekolah sampai kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau buat emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan isteri kau cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengkingka n."
Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap engkau Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!"
Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah "membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada hamba-Nya. Tanpa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan lembik. Isterinya pula menangis tersedu-sedu.
Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sakit, namun apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia cuma kebetulan.
Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis dan menangis.
Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si anak tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung semasa wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya benar-benar lemah untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut.
Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi menunaikan haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui wanita tersebut.
"Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima balasannya,"kata saya.
Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma menangis. Dari raut wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap tentang mereka.
Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila saya sebut nama mentuanya.
Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi sakit terus-menerus. Penyakitnya agak kronik dan gagal diubati doktor.
Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah. Anak yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama lain.
Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia selepas menderita sakit selama 10 tahun..
"TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU BENTAK MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL."
[Surah al-Israa' 7:23-24.]
Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."
12 July 2009
Murah!
Berita baik kepada mereka yang baru hendak berjinak dengan dunia mobiliti,atau yang pertama baru nak memakai telefon bimbit,atau yang gatal nak tukar handphone atau juga yang nak kasi hadian 'dasat' skit hehehe!
Pengeluar telefon bimbit tempatan, Kumpulan Syarikat CSL (CSL) mencipta sejarah apabila memperkenalkan model telefon bimbit termurah di dunia bersempena 100 hari pentadbiran PM.
Model telefon bimbit ke-55 keluaran CSL itu dijual dengan harga serendah RM78.
Ia dinamakan i-100, sempena 100 hari pentadbiran Perdana Menteri dan pelancarannya juga dilaksanakan pada hari ke-100 pentadbiran PM.
Ia dilengkapi pelbagai fungsi, antaranya 16 nada dering polifonik, kalendar, getaran dan SMS dalam memori telefon. Kalau tak silap ia akan menjengah pasaran pada bulan hadapan.
11 July 2009
Sepintas Sambutan Isra' Mikraj
Nampaknya penceramah kali sangat tegas-penuh dengan terus terang.Memang siapa yang makan cili akan terasa pedasnya.Beliau memetik situasi hari ini dengan sejarah di zaman Rasulullah S.A.W.
Sesungguhnya memang benar apa yang telah dikatakan oleh Baginda Rasulullah akan perihal umatnya pada hari ini.Segala akan menjadi kucar-kacir tanpa sistem akibat menidakkan ajaran al-Quran dan as-sunnah.
Peristiwa yang diulang saban tahun berkenaan Isra' Mikraj sewajarnya diambil iktibar dalam menjalani kehidupan pada hari ini.Betapa perit Rasulullah S.A.W berdakwah untuk menyebarkan agama Islam sepatutnya diinsafi.Walau dicaci dan menghadapi seribu dugaan oleh kaum yang tidak menerima hidayah,Baginda tetap tabah dan sabar menghadapinya.
Sedikit hal dan relevan politik dalam konteks perbincangan di masjid turut disentuh.Penceramah menegaskan politik adalah satu cabang di dalam Islam dan tidak salah jika dibincang secara ilmiah.
Penulis sempat mendapatkan respon dari beberapa hadirin.Antara yang menarik ialah dari seorang ahli kariah yang pantas dan penuh tuntas memberi pendapat menyatakan penceramah tersebut pro kepada pihak yang sebelah.
Apapun semasa ceramah berlangsung sesutu yang menarik telah dapat dikesan.Mata penulis tertangkap dengan seseorang yang melilit kain bertulis "B***R D*N" di kopiahnya.Sebenarnya penulis telah perasan sejak dari semalam lagi ketika menunaikan solat Jumaat.
Ya,memang ia adalah hak peribadi individu tersebut.Jadi terpulanglah kepada penilaian masing-masing.
Apa yang penting ambil segala yang positif dari peristiwa Isra' Mikraj ini.
CORAT-CORET;
Qaseh berjaya mengawal perasaan malam ini dengan mengisi masa penuh berkualiti mendengar ceramah walau kadangkala pipinya yang gebu menjadi mangsa cubitan hadirin muslimah.
Menu yang dihidangkan ialah acar timun,rendang daging,papadom,ikan kering dan air bes perisa oren.
Salah seorang tetamu misteri memandu Toyota Camry model baru menjadi tandatanya kerana tampak mesra dengan ahli kariah masjid.Besok nak tanya Hj. Badros.
Semasa duduk bersila mendengar ceramah,penulis sempat meminta seorang rakan mengurut belakang badan.Hasilnya banyak angin dikeluarkan melalui sendawa oleh rakan tersebut (TQ Zaqwan)
Siri Sireh Pulang ke Gagang-Merajuklah konon!
Dah sepuluh hari Man Pinggan tercongok duduk di depan tangga sambil menopang dagu."Manalah Tom Mangkuk ni", bisik Man Pinggan di dalam hati.
Man Pinggan rasa kesal sangat dengan tindakan Tom Mangkuk menuduhnya bukan-bukan.Mana ada Man Pinggan menidakkan hak Tom Mangkuk.Bila masa plak Man Pinggan robohkan rak Tom Mangkuk dan bocorkan besen tempat Tom Mangkuk selalu membasuhkan diri.
Memangla Man Pinggan lebih dipandang tinggi kerana dalam apa hal pun Man Pinggan juga yang dicari setiap kali ada function.Tom Mangkuk ni ibarat pelakon tambahan.Senang cakap,kalau ada pun tak apa,tak ada pun lagi bagus.Tapi kalau Man Pinggan cakap macam tu nanti,Lim Sup anak beranak yang dok kat Penang pula marah.
Lim Sup memang habis hati sayang pada Tom Mangkuk walaupun sebenarnya Tom Mangkuk ni lebih sudu dari kuah hu hu hu!
Kemuncak perbalahan yang tidak berkesudahan itu Tom Mangkuk isytihar dia dah tak nak kawan dengan Man Pinggan.Maknanya dia nak keluar dari habitat asal iaitu di dapur Pak Kulup Rongak.Bahkan dia nak jawatan Pinggan Mangkuk yang selalu disebut orang tu dimansuhkan macam PPSMI! No more pinggan mangkuk.Kena asing-asing.Marah betul Tom Mangkuk.
Itu yang Man Pinggan ralat.Dah sepuluh hari.Tapi dia tidak kisah langsung.Berani kerana benar.Dia pun tahu sangat yang Tom Mangkuk ni b***l.Merajuk tak tentu pasal mangalahkan p*****n di Lorong Hj. Taib!
Man Pinggan langsung tidak kisah kerana Tom Mangkuk ni bukan bersunat pun.Dah tu ada sekeping je kat dalam dapur nun.
Satu hari sampai juga cerita panas tu kat telingan Lim Sup.Ha! Kan dah cakap.Tom Mangkuk ni mengadu kat Lim Sup.Lim Sup pun 'kautim' dengan Man Pinggan apa halnya nih.
Man Pinggan ni memang jenis baik.Tak kisah punya orang.Kalau dia jenis baran memang dah lama disepuk Tom Mangkuk tu.
Sembang punya sembang maka Tom Mangkuk ni pun berdamailah semula dengan Man Pinggan.Man Pinggan pun terima semula Tom Mangkuk ni pulang ke pangkuannya.
Dalam hati Man Pinggan menyumpah,"Dasar mangkuk hayun! Mangkuk dua muka! Kalau tak balik pun lagi elok!
He he he! Merajuk la konon...
10 July 2009
Moh Khenduri!
Khabar Dari Mimbar...
Kesimpulan yang didapati ialah;
-Politik di kalangan sesama umat Islam menunjukkan tanda-tanda semakin hilang perpaduan
-Penguasaan umat Islam di dalam bidang ekonomi yang semakin terhakis dan berkurangan
-Gejala sosial dan unsur negatif dikalangan umat Islam bertambah dan membimbangkan
Kaedah penyelesaian;
-Menyeru umat Islam untuk kembali semula kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
-Memupuk perpaduan tanpa sebarang perselisihan
“…Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran...” [Al-Maaidah : 48]
Dan Allah juga berfirman: “…Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang maka patuhilah larangannya…”. [Al Hasyr : 7]
09 July 2009
Pak Pandir Suka Mengomel Inc. (PPSMI)
08 July 2009
Kisah Biawak Menyusahkan Orang
Kisahnya biawak ni berkawan dengan seekor kucing yang memang comel.Kucing ni pula tinggal di rumah tuannya yang berhampiran dengan satu longkang besar-tempat biawak tu hidup.Mereka ni berkawan dah lama.
Suatu hari biawak ni bosan dok kat dalam longkang tu.Maklumlah.Dasar biawak tidak sedar diri.Dikatanya longkang tu kotor la.Berbau plak tu.Jadi dia pun berkata kepada kucing yang dia nak tinggal sama dengan kucing tu dalam rumah.
Kucing pun fikirlah.Takkanlah biawak nak tinggal di rumah tu.Tak sesuailah.Kucing tu faham perangai tuannya yang sangat tidak suka biawak.Lalu kucing membuat seribu alasan untuk tidak membenarkan biawak tinggal dengan dia.
Biawak berang dengan kucing yang 'auta' kata itulah...inilah....semata-mata tak bagi dia tinggal di rumah tu.Biawak mempertikai kenapa dia tidak dapat TARAF yang sama walaupun tuan kucing tu selalu kata 1RUMAH (walaupun sebenarnya dia kahwin 4! Tapi 'orang rumah dia enggak tau)
Biawak itu berkata lagi takkan DAH LAMA KAWAN pun tak boleh DAPAT HAK yang sama dengan kucing tu.
Kucing yang bengang dengan biawak yang KURANG AJAR dan TIDAK SEDAR DIRI itu mengiau kuat hungga anak tuan dia yang kebetulan ada kete plat Langkawi...KJ #### A datang.
Nampak saja biawak tu,diambilnya sumpit pemberian adik kepada bapak tiri laki mak dia dan terus disumpitnya biawak itu.
Terkena sahaja sumpitan beracun tu biawak pun lari lintang pukang.Khabarnya balik ke India...Tapi tidak dapat dipastikan kesahihan cerita ini...
Di dunia nyata pun ada jugak camni.Misalnya klik di sini dan klik lagi di sini juga.
Zigzag
Perasan tak?Tak perasan?Wajah blog ini telah dikemaskini semula untuk kesekian kalinya.Saja untuk memudahkan pautan demi pautan mengikut klasifikasi.
Tidaklah lagi bercampur antara link ke akhbar dan ke pautan blog dan laman selainnya.Harap anda akan berpuas hati dan dari masa ke semasa akan cuba dipertingkatkan lagi.
Penulis tiada coretan kali ini.Hanya menyelusuri laman-laman blog serta rakan-rakan.Apa yang hot?
Tentulah tentang funeral MJ.Mengikut kata akhbar hari ini,lokasi persemadiannya masih lagi dirahsiakan.Malam tadi sekitar jam 2 pagi sempatlah mengikuti sedikit 'konsert' peringatan terakhirnya di 8tv.Itupun pasal Qaseh mengamuk tidak mahu tidur.
Yang hot di dalam negara masih lagi ditangguhkan lagi.Berapa kali mahu tangguh da itu kes.Kata mahu bicara hari ni.
Apa kesnya???Anda fikirlah sendiri.
07 July 2009
Flip-flop yang Tidak Menjadi...
Semalam ada sorang timbalan menteri di JPM tu dari kaum yang itu kata dia akan setel kes yang tengah hot kat satu kampung di tanah air tu.Majoriti penduduk kampung tu pula memang dari kalangan kaum timbalan menteri tu jugak.
Tup-tup hari ni PM kata masalah kerajaan negeri sindri kasi setel la.Apa pasai mahu pass kat federal?
Ayoyoooooo!What da hell thamby!!!!Lu mau jadi hero ka!!!!!!!
06 July 2009
Hikmah dan Nikmat
Hikmah dalam pembicaraan yang hendak dikongsi hari ini ialah berkenaan tentang sesuatu perkara yang akan berlaku di sebalik sesuatu perkara yang berlaku.Orang sering akan memperkatakan akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku.Tidak kira musibah atau perkara yang baik.
Penulis masih tercari-cari apa hikmahnya.
Nikmat yang Allah beri adalah hikmah yang sangat besar.Nikmat dari sebarang perkara.Nikmat yang meliputi seluruh pelusuk alam.Nikmat yang melingkungi seluruh kehidupan.
Allah jua Yang Maha memberi nikmat.Subhanallah.Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam.
Allah memberi nikmat yang dikecapi kita dan sekelip mata jua Allah boleh menarik semula nikmat tersebut.
Tidak kira nikmat besar atau nikmat kecil atau sebagainya.Dengan disedari atau tanpa kita sedari.
Tanpa sebarang pesan atau tanda.Bergantung kepada kepekaan kita.
Ketika itu,akan ada suara yang berkata-"Ada hikmah di sebalik sekian...sekian...
Itulah hikmah dan nikmat yang sedang berlegar di sekeliling kehidupan.Mereka yang sentiasa beringat akan lantas mensyukurinya dan yang sebaliknya......
Nikmat melihat tanpa sebarang masalah adalah antara nikmat yang terlalu besar.Tidak ternilai.Penglihatan sempurna impian kita.Namun yang memakai cermin mata atau contact-lens bukanlah bermakna tidak bertuah.
Bahkan masih terlalu bertuah!
Merasakan sedikit masalah penglihatan kebelakangan ini,tengahari tadi penulis bersama isteri menjalani pemeriksaan mata di sebuah optometrist.
Adalah sangat mengejutkan kerana jika selama ini kita beranggapan kita adalah perfect,kita sebenarnya silap.Kesimpulannya penulis memang kena memakai cermin mata-sesuatu yang tidak terfikir sebelum ini.
Dalam masa seminggu menjalani pemeriksaan kesihatan dan kedua-duanya adalah negatif untuk kehidupan.Namun ia masih diperingkat awal.
Minggu lepas menjalani blood pressure test di sebuah farmasi bersama rakan yang sememangnya mempunyai high presure blood.Agak terkejut juga dengan resultnya.Kesimpulannya kenalah mengawal pemakanan.
Aduh!
Mungkin ada hikmah disebaliknya.Mujur diberi masa untuk beringat.Lihat.Nikmat yang dikecapi mungkin boleh ditarik bila-bila masa.Tidak banyak, sikit barang pasti...
Jadi apalah salahnya kita berkongsi nikmat yang diberi itu.Bukan berdosa bahkan sudah terang lagi bersuluh kita akan mendapat pahala.Tidak kiralah apa-apa.
Yang penting, secebis ikhlas pun sudah memadai....
Sekian.
05 July 2009
04 July 2009
Lagi Tentang V for Vandetta
Entah mengapa,tetapi tiba-tiba penulis crazy pasal movie ini.Sebenarnya ada pengajaran yang tersurat dan tersirat di sebalik V-For Vandetta ini.Terutama bila anda baca ayat 'People Should Not Be Afraid of Their Governments-Governments Should Be Afraid of Their People'.
Think About It.
Malam Ini Malam Minggu...
Akses pula dijana mlalui wi-fi.Mknanya agk xklusf jga postng kali ni.
Last but not least,slmt bsantai d hjg minggu bsma klurga tsyg.
Jgn lupa mlm ini mlm minggu!
Commercial Break!
Bukan calang-calang iklan.Lazimnya iklan mempromosikan produk oleh syarikat komersil tertentu.Tapi iklan ini mempromosikan lebih dari itu.Penerbitnya juga bukan syarikat kecil.
Babak pertama menonjolkan seorang ibu Melayu menyuruh anaknya mengagihkan beberapa bekas kuih (atau lauk) kepada kawan-kawannya.
Babak kedua pula menunjukkan si anak tadi memberi sebekas kuih kepada kawannya seorang budak kaum cina.Kemudian bapa kepada budak cina tadi menyerahkan seekor ayam (ayam kampung ke ayam pekan tak taula!) kepada budak melayu tadi untuk disembelih oleh bapanya.
Babak ketiga yang paling best (touching? ha ha ha!).Si ibu melayu tadi memasak ayam tersebut (gulai atau kari atau apa tidak dapat dipastikan kerana penulis tiada semasa itu) bersama dengan seorang lagi ibu kaum India.Mujur dia suruh ibu melayu tadi yang rasa masakan tu.
Final part yang paling dramatik.Ditunjukkan semua ahli keluarga Melayu,Cina dan India duduk beramai-ramai sambil makan dengan hidangan yang telah dimasak...Lauk apa kena tanya merekalah.
So,dah tau iklan apa?Itu semua tidak penting.Penulis hanya ingin mengutarakan sebuah pertanyaan,adakah ia boleh berlaku secara spontan dalam dunia realiti? Maknanya bukan lakonan semata-mata seperti iklan tersebut.
Pesan penulis ialah janganlah besikap hipokrit.Ia memang boleh menjad realiti.Mungkin ia benar-benar berlaku semasa zaman datuk moyang kita dahulu.Dan mungkin hari ini ia tidak berlaku.Namun,besarlah harapan pada zaman anak,cucu cicit kita nanti,ia akan berulang semula dengan kedamaian di setiap pelosok negara.
Bukankah Islam juga mementingkan kedamaian di antara kaum?Keunikan melalui kepelbagaian.
nota:Iklan di atas adalah terbitan Finas dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan
V for Vandetta
Sedari petang meragamnya hingga membawa ke maghrib dan seterusnya ke Isya' memang menyebabkan semua tidak senang duduk.Ibu mertua mencadangkan untuk dibelikan satu mainan baru yang boleh bergerak sendiri.
Setelah berbincang sedikit sebanyak,seusai solat maghrib kami semua terus ke kedai permaianan bberhampiran.Apa yang dibincangkan tidak terdapat di kedai tersebut dan sebagai gantinya penulis membeli satu set permainan 'train' yang digerakkan dengan kuasa bateri.Ia memang berbaloi tetapi hanya untuk 15 minit pertama sahaja!
Dan masa-masa seterusnya,Qaseh dibiarkan untuk aktiviti 'bebas'.
Penulis yang kebosanan tertangkap untuk menonton mega movie di TV3 yang bertajuk V for Vandetta.Filem terbitan Warner Bros dan berdasarkan komik DC ini amat menarik untuk ditonton.Keseluruhan filem ini mengupas tentang satu perkara iaitu DENDAM!
Dan tidak dapat dibayangkan andai kisah tersebut benar-benar terjadi dan ia berlaku di negara kita.Cuba anda kaitkan ia dengan situasi negara kita hari ini.Persoalan yang ingin penulis bangkitkan di dalam konteks masyarakat kita hari ini ialah adakah dendam boleh menyelesaikan masalah?
Sehingga matlamat menghalalkan cara! Saya tidak punya jawapan untuk itu.
Kerana jawapannya adalah ada pada diri anda sendiri.
Sekian.
Sekilas...
Seperti yang pernah penulis uar-uarkan sebelum ini,blog ini bukanlah satu blog politik yang menyebelahi mana-mana parti.
Dalam bahasa mudahnya ialah ia adalah neutral.Jadi adalah tidak tepat andai ada yang beranggapan penulis pro kepada mana-mana sementelah penulis bukanlah seorang ahli politik ekstrem apatah lagi undi juga adalah rahsia.
Sejajar dengan konsep 'APA-APA SAJALAH', pautan di 'hyper rangkai' dan 'blog roll' blog ini pula adalah sekadar untuk memudahkan penulis dan anda sendiri untuk link ke laman-laman berkaitan.Fokusnya adalah untuk mendapat khabar terkini dan pandangan dari golongan profesional tanpa ada perkataan yang bukan2 seperti yang l**ah,menca**t dan mengata orang lain.
Maaf,penulis tidak akan berkompromi dengan blog yang kerjanya hanya mengata dan segala macam yang memburukkan orang lain tanpa asas yang kukuh.
Oleh itu,penulis mengharapkan mereka yang sudi membaca blog ini (ribuan terima kasih diucapkan) akan berfikir secara terbuka dan matang tanpa sebarang andaian serong.Percayalah, sebagai seorang blogger,penulis juga telah rimas dan lemas apabila membaca seribu satu blog yang kandungannya langsung tidak menggambarkan profesional dan jatidiri seorang yang rasional penuh berhemah.
Dan penulis akan memastikan selepas ini,blog ini tidak akan dicemari dengan identiti sedemikian.
03 July 2009
Champax
Itulah dugaan.Pilu mana,bersih mana berwajah kasih pasti luruh menguntai merasai setiap saat yang penuh sengsara oleh si kecil.Bayangan wajah bersih si Qaseh mengganggu setiap saat di pejabat.
Inilah ujian kehidupan.Allah tidak menguji hamba-Nya dengan ujian yang melebihi kemampuan hamba itu.Sabar umpama ubat yang merawat hati mereka yang berkelana penuh ronta.
02 July 2009
Relung Kehidupan
Samalah halnya dengan platun yang terawang tanpa nakhoda akan terburu-buru mencerna minda membuat onar di merata.
Buntu rasa menatap kalam kutukan yang bersimpang siur menerjah cernaan minda di laman-laman sesawang yang menggayuti seluruh pelosok dunia tanpa sempadan ini.Buntu hingga terkehel anak mata membuntang menyusuri ayat-ayat yang bergayutan mencemuh antara satu sama lain.
Semua kerana hanya ingin menegakkan benang masing-masing yang telah sedia basah!
Ayuh,ambil keberkatan sempena malam Jumaat (keliwon?) ini yang penuh barokah untuk mencicip ketenangan menjiwai seribu rahmat buat sang minda yang lelah disogok permasalahan dunia saban waktu.Mohon agar dikabulkan oleh-Nya agar ketenangan buat minda ini bersemi dan kekal nan abadi hingga akhirnya...
Demam
Tanpa ke klinik atau hospital.Hanya membeli ubat di farmasi melalui preskripsi sendiri.Kalau pergi ke klinik pun ubat sama yang diberikan.
Malam tadi demam berjangkit pula kepada Qaseh.Sudahnya sehingga subuh kami semua terjaga setiap selang sejam dek tangisan Qaseh yang kedengaran sehingga satu kejiranan!Badannya panas dan meronta pula bila dituam dengan kain basah.
Pagi ini isteri penulis berkira-kira untuk masuk lewat ke tempat kerja kerana ingin menghantar Qaseh dahulu ke klinik.Namun ibu mertua penulis (yang sangat baik dan memahami kami) menawarkan diri untuk menghantar Qaseh ke klinik.
Masuk pejabat kerja pula silih berganti untuk disudahkan.Okeylah.Nak pekena nescafe panas dahulu...