Umum mengetahui bahaya wabak H1N1 dan apa kesannya di peringkat global.Di Malaysia sendiri walaupun berbagai langkah telah diambil,baik penularan luar atau penularan tempatan tetap berlaku.
Kuasa Allah tiada siapa yang mampu menghalang.
Namun di Teluk Intan,siapa yang sangka?Itulah yang terjadi kepada seorang rakan sepejabat penulis.
Ketenangan memandu sewaktu perjalanan pulang ke Teluk Intan malam tadi terganggu dek kerana seekor H1N1 sesat yang entah dari mana datangnya.
Alhamdulillah,mujur semua ahli keluarga yang disayanginya selamat.Walaupun impak hentakan H1N1 itu meremukkan struktur wajah kereta ranggi yang amat disayanginya,ia tidak mematahkan semangatnya untuk bersemuka lagi dengan H1N1 itu untuk membalas dendam.
Penulis tidak mendapat gambaran sebenar bagaimana kemalangan itu berlaku kerana beliau mengambil cuti kecemasan hari ini.Beliau hanya menghantar kiriman MMS ke telefon bimbit penulis sebentar tadi.Mungkin kerana beliau masih diselubungi trauma akibat kejadian yang tidak diduga itu.
Menurut satu sumber yang enggan dikenali,sebaik perlanggaran itu berlaku, beliau meneruskan perjalanan kerana malam yang gelap memungkinkan seribu satu perkara lain yang terjadi.Lagipun apa yang hendak di'kautim' pun kerana beliau berlanggar dengan seekor H1N1!
Bagaimanapun tidak lama perjalanan selepas itu,kereta beliau yang ranggi terhenti secara tiba-tiba.Dipercayai radiator pecah terkena 'ciuman' H1N1 yang tidak terjangka tadi.
Apapun kita doakan beliau sabar dan tabah menempuh dugaan ini.Ada hikmah disebaliknya.
nota:H1N1 di atas bukan merujuk kepada wabak yang minta dielakkan itu tetapi seekor ba alif ba ya.....
1 comment:
Lawak la hang.Mati2 aku ingat mende ape tadi.
-sufi-
Post a Comment