...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

30 April 2009

Sekilas April

April bakal melabuhkan tirainya hari ini.Esok kita akan bercuti sempena hari pekerja.Hari yang disambut seluruh dunia untuk menghargai jasa mereka yang bertungkus-lumus bekerja seterusnya membangun ekonomi negara.

Ramaila yang akan mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga.Dan gedung-gedung membeli-belah pun akan berpesta membuat jualan murah (walaupun sebenarnya tidak murah!).

Kita telah masuk 1/3 tahun 2009.Sejauh mana pencapaian kita dan prestasi pada tahun ini.Adakah peningkatan?Harapnya begitu.Andai sama sahaja kita sebenarnya orang yang rugi.

Muhasabah diri dan berdoalah semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat.

'Allah tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa sehingga bangsa itu sendiri yang merubahnya.

Penulis tidak mempunyai sebarang perancangan lagi.Terlalu banyak program pada hari Sabtu.Penulis pun tidak pasti mana satu yang harus pergi.Esok mungkin hanya bersantai di rumah.Maklum hari Jumaat.

Kepada mereka yang mempunyai rancangan bercuti,silalah buat perancangan awal untuk ke destinasi.Pandu cermat,jiwa selamat.Ada benarnya ungkapan 'Ingatlah yang tersayang'.

Selagi kita ingat wajah-wajah orang yang menyayangi kita,kita tentu beringat untuk menjaga diri kerana kita juga perlu kembali menyayangi mereka.

Salam penuh takzim.Selamat Hari Pekerja tidak kira di mana jua anda berada.

dari;

helmyanisqasehnurabidah

27 April 2009

Hujung Minggu yang Mengujakan...









Hari ini seperti biasa datang ke pejabat.Agak letih kerana cuti hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti.
Sabtu aktiviti dipenuhi dengan menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Sabak Bernam,Selangor.Congrats tu Ana and husband.Memang hampir separuh hari dihabiskan di sana.

Sebelah petangnya pula dikejutkan dengan kehadiran abang kedua penulis yang balik dari Seri Kembangan dengan 'best friend' barunya.Teruja sungguh melihat SUV yang dibelinya.

Baru penulis cadang-cadang nak order MPV,senyap-senyap saja dia beli kereta baru.Fuh!Ni yang jeles nih.

Hari Ahadnya penulis terjah ke Jom Heboh sempena Jubli Intan TLDM di Lumut.Sebenarnya penulis hanya nahu melihat dengan lebih dekat hari terbuka armada sahaja.Tapi isteri dan adik ipar pula teruja untuk menyertai Jom heboh.

Banyak la aksi-aksi dramatik yang dipertontonkan seperti drift helikopter,pameran kapal-kapal TLDM dan sebagainya.

Penulis datang awal dan pulang awal.Kalau lambat memang terperangkap di kesesakan lalulintas yang dah sampai tahap 'overdose'.Boleh pengsan dibuatnya.

23 April 2009

Video klip Qaseh

Qaseh telah mencapai umur 8 bulan pada 20 April yang lalu.Video ini adalah transisi Qaseh sejak dilahirkan sehingga kini.Part yang last yang ada ibubapa Qaseh tu saja la.Nak tumpang sekaki he he he.




Zaman Sudah Berubah



Malam tadi penulis bersantai dengan ibu selepas makan malam.Penulis mengambil sebungkus kacang yang dibeli oleh adik (Gambar di atas.Dadih di sebelah dibuat oleh isteri.Saja nak promote.Untuk kesan lebih dramatik,penulis letak sebiji anggur di atas dadih tersebut.).


Penulis terkejut apabila diberitahu harga sebungkus dengan kuantiti sebanyak itu sekarang berharga RM1.Penulis menyangkakan ia telah dimakan separuh.


Wah!Masa berlalu begitu pantas.Sebenarnya hampir sepuluh tahun penulis tidak membeli kacang putih seumpama itu.Seingat penulis kali terakhir membelinya adalah pada tahun 1999 semasa masih di zaman persekolahan.Penulis membeli sebagai kudapan di dalam bas semasa perjalanan balik ke asrama di SM Teknik Taiping.


Dulu penulis juga membelinya dengan harga RM1 tetapi 2 kali ganda kuantitinya berbanding dengan yang ditunjukkan di atas.


Masih penjual yang sama.


Di sini kita boleh menilai betapa nilai yang dibelanjakan hari ini sebenarnya telah jatuh begitu banyak.Itu kisah sepuluh tahun dahulu.


Tidak sedar masa telah berlalu.Banyak lagi perubahan sebenarnya.Bezanya samada kita menyedarinya tau tidak.


Maksudnya perubahan dari segala segi.Fasa-fasa kehidupan yang kita telah lalui dan sebagainya.


Jika dahulu bujang,kini dah berumahtangga.Dah ada anak pun.


Sewajarnya kita menilai apa yang telah dicapai sepanjang kehidupan kita.Memang sedia maklum bukan semua orang bernasib baik dapat mencapai apa yang dicitakan.Sekurang-kurangnya kita dapat membentuk menjadi seorang yang betul-betul manusia pun dah memadai.


Maknanya ada kerja,keluarga,berakhlak dan mempunyai keperibadian yang mulia.


Penulis pun mengakui banyak lagi yang dicitakan tidak tercapai.


Biarlah masa yang menentukan.Tetapi mestilah seiring dengan usaha dan doa.

Bersahabat Dengan Alam...

Mentari muncul lagi
Mentari di ufuk timur

Subhanallah..


Anda pasti terpegun....



Bukit batu kapur yang melatari pemandangan





Kepala penulis masih berdengung sehingga saat ini gara-gara menadah telinga berkursus di Ipoh semalam.

Mujurlah hanya sehari.Kalau lebih mungkin pengsan.Tapi tak apalah.Sekurang-kurangnya dapat lagi sekeping sijil.Dan yang penting ialah ilmu yang tidak ternilai.Konon jelah.

Kalau tidak silap tahun ini sahaja penulis sudah berkursus jika dicampur semua sebanyak 9 hari.Telah melebihi syarat 7 hari kursus dalam setahun.

Apa yang penulis hendak coretkan di sini ialah berkenaan perjalanan ke Ipoh semalam.Sebenarnya kita sangat bertuah kerana sepanjang perjalanan di lebuhraya,kita dihidangkan dengan pemandangan atau penorama yang indah.

Yang mungkin jarang didapati di negara lain.

Buktinya perjalanan pagi semalam penulis sempat merakam beberapa gambar saat mentari ingin memunculkan dirinya,.

Syahdu bro!Subhanallah.

Rasanya ramai orang tidak perasan kita ditemani dengan sahabat alam yang indah sepanjang perjalanan.

Oleh itu,hargailah dan peliharalah keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa ini dengan sebaiknya.

21 April 2009

Cermin Ku Retak Seribu

Bait-bait lirik lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza yang sangat mesra telinga beberapa ketika dahulu kembali menjadi siulan penulis dalam tempoh cuti tiga hari lalu.

Terutama lirik yang berbunyi 'cermin ku retak ........ seribu'.

Ha ha ha...

Nak tergelak pun ada.Minggu lepas dalam artikel yang ditulis petang Jumaat,penulis ada menyatakan mahu membawa keluarga bersiar-siar di samping membasuh kereta.

Namun,kesudahannya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat,kurang satu kilometer dari rumah penulis,tiba-tiba cermin hadapan kereta meletup dan pecah.Mujur ia retak seribu dan tidak pecah habis (cermin double layer).

Penulis yang ketika itu memandu pada kelajuan 13okm/j kerana selepas memotong beberapa buah kenderaan,tidak menyangka langsung ia akan pecah memandangkan tiada batu atau unsur lain yang menghempas ke cermin.Mungkin kerana tekanan tinggi dalam kereta menyebabkan ia terjadi.

Mujur penulis memakai sun glasses berjenama Zero-X.Jadi tidaklah serpihan yang halus menerjah ke mata.Isteri penulis pula nasib baik tidak apa-apa.Namun kejadian itu meyebabkan trauma tahap medium kepada penulis.Bayangkan andai penulis panik dan terbabas kerana penglihatan yang tiba-tiba hilang akibat retakan cermin.

Ingat yang tersayang.Anda mampu mengubahnya!

17 April 2009

Sepintas lalu...

Besok hari Sabtu.Minggu lepas cuti hujung minggu terpaksa menghadiri kursus.Minggu ini dapatlah berehat bersama keluarga,chewahh...

Dah lama penulis tak post artikel mengenai persekitaran.Sibuk berdebat pasal politik.Entah mana benang basah yang tertegak pun tak taulah.

Yang pasti seawal jam 8.00 pagi besok menghantar isteri untuk menduduki exam di SMK Raja Muda Musa.Exam MedSI untuk kelayakan ke program DPLI-Diploma Perguruan Lepasan Ijazah.Doakan kejayaannya ya.

Lepas tu terus menuju di Manjung.Mengambil perkakas dan barangan adik yang telah menghabiskan sessi praktikal di Pejabat Daerah Manjung.Dengarnya sambutan perpisahan dia dahsyat.Dua kali jamuan makan telah diadakan!Maklum dah jadi kesayangan seisi pejabat.

Soalan cepu emas-Dah ada calon ke belum? he he he!

Jemputan kenduri tidak pasti ada atau tidak kerana kebanyakan orang akan mengalami musim ini pada musim cuti sekolah sahaja.

Kesimpulannya Sabtu tu jadual akan agak penuh juga.Ahad barulah mungkin membawa Qaseh jalan-jalan.Kalau pergi pun mungkin tempat yang dekat-dekat sahaja.

Seterusnya basikal senaman (yang statik ada satu roda sahaja tu) pun telah dibasuh dan diletakkan semula di dalam rumah.Rasa nak kayuh semula la.Maklum macam dah berat jer nih he he he.Isteri penulis pun sebenarnya yang suruh masukkan.Konon dia nak kayuh tapi setakat ini tak nampak pun kayuhan seorang juara dia tu.

Isnin pula public holiday di Perak sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Perak.Bolehlah agaknya ada masa membasuh kereta-kereta yang parking di rumah tu.

Itu sajalah..Jumpa lepas cuti.

Warisan

Satu lagi lirik lagu yang perlu dihayati...

Warisan (Sudirman)

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Seroja...

Seroja...

Mari menyusun
Seroja bunga seroja
Hiasan sanggul
Remaja puteri remaja

Rupa yang elok
Dimanja jangan dimanja
Pujalah ia
Oh saja
Sekadar saja

Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung( 2X )

Janganlah engkau percaya
Dengan asmara( 2X )

Sekarang bukan bermenung
Zaman bermenung( 2X )

Mari bersama oh adik
Memetik bunga( 2X )

Salam Jumaat...

Salam Jumaat pembaca sekalian.

Hari ini Jumaat tiba lagi.Membawa seribu rahmat.Alhamdulillah,kita masih berpeluang menikmati udara segar dan bernafas di dalam keadaan selesa.

Tanpa peperangan,tanpa sebarang rusuhan,musibah dan segenap bencana lainnya.

Kepada yang masih belum faham erti kedamaian,muhasabah diri anda.Penulis masih tidak dapat lari dari mengaitkan politik dalam artikel hari ini.

Mungkin selepas ini penulis akan menulis mengikut tema dalam artikel mingguan.Misalnya minggu ini tema adalah lebih menjurus kepada politik semasa.

Media semalam rata-rata melaporkan kenyataan seorang Setiausaha Agung sebuah parti yang menyatakan rusuhan di Thailand mungkin menular ke negeri Perak.

Beliau mendakwa tidak mempunyai maksud tertentu dan tidak menyuruh rakyat melakukan rusuhan tersebut.

Penulis bukan bodoh dan rasanya orang lain pun tidak sebodoh itu.

Tetapi apa motif beliau mengeluarkan kenyataan tersebut?

Adakah beliau suka melihat pertumpahan darah demi mencapai matlamat politiknya?

Sedih sungguh kerana kenyataan itu keluar dari seorang yang sudah berumur.Yang sudah pasti maklum akan sejarah negara sedari masa lalu.

Penulis bimbang jika pemuda-pemuda yang tidak sedar jerih pejuang kemerdekaan dahulu bertindak emosional lantaran kenyataan dangkal tersebut.

Penulis menarik perhatian tentang sejarah pemuda di Indonesia suatu masa dahulu yang tidak mempunyai kebebasan bersuara untuk menyuarakan pendapat.

Lantaran itu terciptalah lagu Seroja yang di negara ini dipopularkan oleh Jamal Abdillah dan Mawi.Mesej yang disampaikan di dalam lagu tersebut adalah untuk menaikkan semangat pemuda-pemuda.

Kita di Malaysia hanya mendengar lagu tersebut sedap,tetapi tidak menghayati bait-bait lirik tersebut untuk memajukan diri dan menanam sifat cintakan bangsa dan negara.

Jadi,sempena mengambil keberkatan hari Jumaat ini,kita sama-sama berazam untuk berubah dan prihatin dengan setiap permasalahan yang berlaku seterusnya bersama untuk menyelesaikannya tanpa sebarang watak antagonis yang menabiri kita di bahagian belakang.

p/s:Penulis akan cuba memaparkan lirik lagu tersebut beserta lagu tersebut sekali,Insya'Allah.

16 April 2009

Salam...

Penulis baru sahaja melawat blog che det.Rasanya sangat istimewa apabila artikel yang penulis paparkan beberapa kali kebelakangan ini berkait rapat dengan artikel terbaru di dalam blog YBhg Tun.

Mungkin kami mempunyai sense yang sama?Kebetulan sahaja.

Adalah baik rasanya anda membaca sendiri artikel beliau yang terbaru iaitu The Generation Gap.

Sedikit sebanyak semoga membuka mata anda terutama di kalangan golongan cerdik pandai profesional yang mendabik dada kononnya golongan ini yang terbaik segala-galanya.

Penulis pernah bersembang dengan seorang pemimpin belia dari kalangan profesional tidak lama dahulu.Beliau yang pada mulanya langsung tidak menghiraukan politik dengan alasan politik itu kotor akhirnya telah insaf.

Semuanya bermula apabila beliau pada suatu hari bertemu dengan seorang warga Indonesia yang sedang duduk di kaki lima sebuah pasaraya di Kuala Lumpur.

Beliau terlintas untuk menegur apabila melihat warga tersebut sedang membaca The Star.Sekadar menduga beliau bertanya apa maksud berita yang dibaca.

Dengan lancar warga tersebut menerangkan dengan terperinci sehingga menimbulkan rasa takjub kepada beliau.

Setelah mengetahui latar belakang warga Indon tadi barulah beliau tahu bahawa warga Indon tersebut adalah bekas seorang jurutera di negara asalnya.Namun disebabkan kacau-bila politik yang melanda dan masih tidak stabil hingga kini akhirnya beliau terpaksa MEREMPAT di negara orang demi sesuap nasi.

Kesedaran yang timbul menyebabkan beliau menceburi bidang politik.Memang tidak dinafikan segelintir manusia menceburi politik demi kepentingan sendiri.

Lihat,politik yang tidak stabil boleh menyebabkan kita merempat!Politik yang baik akan mewujudkan sebuah negara yang stabil seterusnya bangsa yang cemerlang baik dari segi akhlak dan sahsiah.

Politik yang stabil hari ini adalah hasil dari sejarah lampau yang seharusnya diambil sebagai iktibar.

Maaf,penulis tidak bermaksud apa-apa.Cuma saling ingat-mengingati.

More about Exora















Penulis berkesempatan pagi ini ke showroom Proton berhampiran.Tujuan ialah untuk menatap sendiri MPV Proton yang baru dilancarkan malam tadi.

Berdasarkan feedback dari pengunjung tadi memang positif dan secara peribadi penulis jga beranggapan sedemikian.Harga yang ditawarkan ialah dari serendah RM 69,548.00 OTR sehinga RM 75,998.00 OTR.

Penulis mengesyorkan untuk pembeli memilih model yang paling lengkap iaitu Exora 1.6 AT H-Line CPS Met.Hal ini kerana ia memang berbaloi kerana setanding MPV mewah lain dari segi luas dan aksesori.

Tempahan boleh diperolehi dalam masa sebulan setengah.

Menurut penerangan oleh salesman yang terdapat di situ,panjang dan luas MPV Exora ini menyamai model Toyota Innova.Bezanya ia lebih rendah sedikit.

Jangan terkejut andai dikatakan model Grand Livina sebenarnya adalah lebih pendek berbanding model ini.

Pengunaan minyak pula boleh dikatakan purata 13 sen bagi setiap kilometer pada laju purata 90 km/j.Ia boleh dikatakan menjimatkan jika dibandingkan dengan saiz MPV ini yang besar.

Kesimpulannya,ruang lebih luas dari Toyota Avanza dan pengalaman penulis sendiri duduk di ruang memandu dengan rakan-rakan di tempat duduk tengah dan belakang sangat selesa dan meriangkan.

Anda pasti terpegun memang tepat dijadikan tagline dan semestinya keriangan jelas terpancar di wajah masing-masing.

Penulis tidak tahu samada akan menempah model ini atau model Toyota Alphard???
He he he he...

1 Malaysia

Sepanjang minggu lepas banyak berita yang sensasi berkaitan dengan negara ini.Terutamanya saf kabinet baru yang dilantik.

Penulis bermonolog sendiri samada perlu mengulas atau tidak hal berkenaan di dalam blog yang disayangi ini.Rasanya tidak patut pula andai diabaikan sahaja berita tersebut kerana ia juga memerlukan pendapat dari rakyat kecil seperti penulis.

Sedikit pun penulis tidak berminat mengulas perlantikan tersebut yang berkenaan muka baru atau muka lama kerana pada pendapat penulis yang penting adalah cerita di sebaliknya.

Kita sedia maklum YAB PM berhempas pulas menyediakan nama-nama untuk saf barunya itu yang dinamakan Kabinet Rakyat.

Tetapi ada segelintir pihak yang mempertikai kuota pemberian jawatan berdasarkan parti komponen BN itu sendiri.

Penulis terkedu sejenak kerana pihak yang mempertikai itu nampak tidak ubah seperti KADUK NAIK JUNJUNG.Sudah diberi BETIS TETAPI HENDAK PEHA.

Sejarah PRU ke 12 yang lalu sudah membuktikan kaum majoriti parti mereka pun menolak calon yang mereka ketengahkan dan hampir semua kerusi telah kecundang.Jadi anda boleh bayangkan bagaimana dengan muka tidak tahu malu mereka boleh mempertikai keputusan PM.

Alasannya mereka hanya mempunyai suara yang sedikit di kabinet.

Penulis hampir meludah ke lantai (Kalau di tanah memang sudah meludah) mendengar kenyataan aneh sebegitu.

Tidakkah mereka ini faham senario politik semasa dan hukum-hakam politik.Sepatutnya mereka sedar diri bahawa PM sedaya upaya mengutip mereka-mereka ini di tepi-tepi ruang yang orang biasa tidak nampak supaya kabinet baru ini dilihat bersifat adil kepada semua pihak yang mendokong BN.

Semuanya atas semangat setiakawan.

Padahal 'mereka' ini bukan sesiapa.Kerusi sendiri pun tidak dapat dipertahankan.Sedar diri itu diuntung lebih baik dari 'bercempera menyalak yang bukan-bukan' yang hanya membuatkan 'hangin satu badan'!

Oh!Penulis tidak mahu dilihat begitu radikal.Nanti orang kata racist.

Encik Perpaduan!Di mana engkau Encik Perpaduan!Datanglah menjenguk bersama Encik Sejarah.Beri nasihat kepada mereka-mereka yang masih tidak faham ini!Semoga kalian sama-sama membantu merealisasikan wawasan PM ke arah 1 Malaysia.

p/s:GGrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!

Exora Launched!


Malam tadi secara rasminya,MPV pertama Proton-Proton Exora dengan taglinenya 'Anda Pasti Terpegun' telah dilancarkan.


Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini,harganya yang kompetitif iaitu sekitar RM 75,000.00 tentunya menggamit mereka yang bercadang hendak menukar kereta,terutamanya pada musim perayaan yang bakal menjengah tiba lebih kurang 5 bulan lagi.


Maknanya,kalau tempah sekarang boleh la beraya sakan nanti.


Penulis tidak mahu mengulas mengikut apa yang memang telah Proton nyatakan dalam kenyataan-kenyataannya sebelum ini.


Secara peribadi,rekabentuknya sangat mengujakan terutama lampu besar yang jelas terjojol di bahagian hadapan.


Ruang dalaman pula mungkin tidak jauh berbeza dengan MPV lain yang sekelas dengannya seperti Nissan Grand Livina atau Toyota Avanza.


Yang pasti tempat duduk baris ketiga memang tidak sesuai untuk diduduki oleh mereka yang berbadan agak besar.Memang sesuai untuk kanak-kanak atau yang berbadan kecil sahaja.


Papan pemuka (dashboard) boleh dikatakan moden dan futuristik.


Keseluruhannya ia memang sangat mengujakan dan seharusnya sebagai bangsa Melayu yang menjadi rakyat Malaysia,seharusnya kita megah dan bangga yang tidak bertepi dengan produk terkini dari Proton ini.


Syabas Inspektor Shahab!

14 April 2009

Salam Perjuangan

Bunyi tajuk di atas agak patriotik.Tapi penulis terpaksa 'mencipta' tajuk yang sensasi sebegitu.Bukan untuk memaksa atau mengugut tapi penulis sangat berharap agar anda pembaca yang dimuliakan akan berfikir dengan tenang perihal artikel yang akan penulis coret di bawah.

Seperti di dalam posting sebelum ini,penulis tidak begitu arif berkenaan hal yang berkait dengan fakta (tetapi bukan bermakna penulis suka dengan auta).

Sekadar berkongsi dengan anda tentang kursus yang baru penulis lalui baru-baru ini.

Sebenarnya penulis mengikuti kursus yang berkaitan dengan kenegaraan di Kem Bina Negara (Kem Kuarters KLIA di Nilai,Negeri Sembilan-sebelum ini kem ini merupakan kuerters untuk kakitangan MAS)

Memang pada awalnya kursus yang berlangsung selama 5 hari 4 malam itu mengundang rasa yang sangat membosankan di kalangan peserta.Bak kata Ketua Fasilitator dalam loghat Negeri Sembilan muka peserta semuanya 'muka ketat'.

Sessi hari pertama dan kedua memang diisi dengan ceramah yang keseluruhan berkaitan dengan kenegaraan.

Penulis pun pada mulanya tidak mengendahkan sangat dengan perjalanan kursus ini.Namun cuba juga mengikutinya dengan sebaik mungkin sementelah kursus ini bukan setakat untuk dihadiri tapi DIMESTIKAN lulus dengan beberapa ujian yang terdapat di dalamnya.

Hari ketiga mula menarik perhatian penulis iaitu sessi LDK.Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan yang mengandungi 10 orang dalam setiap kumpulan.

Setiap kumpulan akan disediakan seorang Fasilitator.Fasi bagi kumpulan penulis ialah Cikgu Razak Nordin,seorang pesara guru fizik dari Kuala Pilah.

Memang modul telah ditetapkan tapi keterbukaan beliau dalam turut membicarakan isu-isu semasa negara ini merungkai kekusutan pemahaman sebilangan besar peserta.

Terlalu berharga dirasakan setiap saat (walaupun kadangkala rasa mengantuk tidak dapat dikawal dari menguasai diri) kerana beliau sangat berhemah di dalam menjawab dan menyampaikan fakta-fakta.

Bagaikan seorang wartawan,penulis menghujani soalan-demi soalan kepada fasi.Hal ini kerana input-input baru bersandarkan fakta sejarah memberi pemahaman kepada penulis.Turut dikupas isu-isu yang sensasi termasuk provokasi dari kaum lain dan pembangkang yang kebelakangan ini semakin berleluasa.

Sudah lumrah bangsa Melayu sebagai bangsa yang penuh kesopanan dan terlalu berdiplomasi.Apabila bangsa Melayu menyuarakan tentangan dengan mengungkit sejarah berkenaan kaum lain dianggap racist tetapi sebaliknya apabila hak-hak orang Melayu dipertikaikan apabila kaum-kaum tersebut dibiarkan terus bersikap biadap dan kurang ajar.

Jika sebelum ini,penulis sering membaca di media-media perihal kontrak sosial yang terus dipertikai oleh kaum-kaum lain,di dalam kursus ini barulah penulis mendapat tahu kedudukan sebenar.

Secara asas,kontrak sosial atau Pakatan Murni ini sebenarnya adalah persetujuan yang dicapai untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.Ia merangkumi hak-hak istimewa orang Melayu dan status warganegara kaum lain yang diterangkan melalui prinsip Jus Soli (sila rujuk Perlembagaan Negara).

Apa yang dikesalkan apabila kaum-kaum lain mempertikai kontrak sosial tersebut.Apabila dikatakan kontrak,sudah tentulah ia melibatkan dua pihak.Sekiranya ia dihapuskan,kontrak yang merangkumi kandungan tersebut turut terhapus.Jadi anda fikirlah dan kaitkan dengan kandungan kontrak tersebut apa yang akan berlaku.

Begitu juga dengan perpaduan di kalangan sesama bangsa Melayu yang kian rapuh.Sejarah membuktikan beberapa parti politik yang diwujudkan hari ini merupakan serpihan dari orang yang kecewa dengan UMNO.

Golongan ini mempunyai prinsip matlamat menghalalkan cara.Mereka lebih rela mengajak rakyat melakukan demonstrasi yang kebelakangan ini seakan seperti perkara biasa di jalanan.

Keganasan demontrasi yang semakin menular di negara ini sebenarnya sangat membahayakan.Fakta ini boleh kita lihat hari ini.Budaya kurang ajar yang dilakukan oleh mereka yang biadap ini sebenarnya mengundang permasalahan negara yang akan akhirnya membawa bencana.

Secara logiknya,kita sering dihidangkan dengan demonstrasi sebegitu sebelum ini tapi di luar negara.Terbaru di negara jiran,Thailand.Pertumpahan darah seperti yang berlaku di Palestin dan Iraq serta pembersihan etnik di Bosnia sedikit masa dahulu sepatutnya dijadikan iktibar.

Begitu juga sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang runtuh disebabkan permbersihan etnik oleh Portugis akibat tiadanya PERPADUAN!!!!

Takkanlah sebegitu bodoh dan buta sejarah mereka-mereka yang menganjurkan demonstrasi jalanan ini dengan alasan sebagai hak kebebasan bersuara!

Atau mereka bersikap sedemikian untuk membalas dendam peribadi dan menjadikan rakyat sebagai kambing hitam.

Sanggup bersekongkol dengan mereka yang sudah terang membenci Islam dan Bangsa Melayu.

Apa jadah tujuan pembinaan sebuah tugu peringatan Komunis di Taman Peringatan di Melaka?Takkan mereka tidak sedar masih lagi wujud ideologi komunis di kalangan mereka hari ini?

Begitu juga dengan dakwaan Melayu mengamalkan dasar Apertied di negara ini oleh seekor Bangsat dari Johor.Bangsat ini selayaknya dinyahkan jauh dari Malaysia yang tercinta ini.Atas alasan apa?Kerana sudahlah bodoh,tetapi juga buta sebutanya sejarah Malaysia yang tercinta ini.

Pembaca yang dihormati,sekali lagi penulis tidak cuba memaksa anda tetapi fikirlah sendiri.

Air mata dirasakan murah sekali di dalam kursus ini.Apatah lagi sewaktu tayangan video dijalankan.Penghulu perserta yang juga seorang bekas tentera yang bersara awal menangis sewaktu menonton videoklip Warisan oleh Allayarham Sudirman.

Peserta lain turut sebak dengan gambaran yang diberikan yang berlaku di Palestin dan Iraq.Kenapa semua ini berlaku?

Kerana tiada perpaduan.

Penulis dalam keadaan agak emosi semasa menulis artikel ini.Bukanlah seorang yang waras andai tidak menginsafi diri setelah dipertontonkan dengan gambaran sedemikian rupa.Bagi pembaca di luar sana yang tidak pernah mengikuti kursus sebegini mesti beranggapan yang itu semua adalah propaganda kerajaan.

Tapi harus diingat,KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG KITA KECAPI HARI INI BELUM TENTU AKAN DIKECAPI OLEH ANAK-ANAK KITA PADA HADAPAN.

JANGAN SAMPAI KUBUR KITA DIKENCING OLEH CUCU CICIT KITA NANTI SAMBIL MEREKA MENGATAKAN "KERANA ENGKAULAH AKU MENDERITA HARI INI!"

TAMADUN SESUATU BANGSA MENGAMBIL MASA BERATUS TAHUN UNTUK DIBINA TETAPI UNTUK MERUNTUHKANNYA HANYA MENGAMBIL MASA SATU HARI.

Penulis diberi penghormatan untuk memberi ucapan merumuskan program LDK pada malam keempat kursus.Ada getaran dan rasa sebak pada suara penulis hingga blank untuk menyusun isi ucapan.

Walauapapun penulis menyeru pembaca sekalian insaf dengan kehidupan kita hari ini.Jika di negara-negara yang bergolak,penduduknya yang bangun pada awal pagi memikirkan apakah aku akan hidup hari ini tetapi di Malaysia yang tercinta ini,kita sibuk memikirkan apa yang hendak dimasak atau hal-hal lain yang lebih remeh.

Penulis gembira bilamana melihat perubahan positif kepada segelintir rakan yang sebelum ini begitu megah mengatakan kerajaan sekarang tidak adil tetapi kini mula menukar fikiran.

Semoga kita dapat menatap hari-hari mendatang yang lebih aman dan harmoni.

p/s:Penulis akan update artikel ini dengan kesinambungan lain pada masa akan datang,Insya'Allah.

13 April 2009

Thanks for being my friend...


Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan baru yang menjadi ahli kumpulan LDK bersama penulis iaitu;

En. Azwan (Majlis Perbandaran Seremban)

En. Azmil (KPDNHEP,Putrajaya)

Pn. Norbitah (Pejabat daerah dan Tanah Jelebu,N. Sembilan)

Pn. Yang (Jabatan Imigresen,Putrajaya)

Pn. Ameerah ( Majlis Agama Islam N. Sembilan)

Pn. Wan Rohana (SM Teknik Shah Alam)

Pn. Arfahiza (Majlis Perbandaran Seremban,N. Sembilan)

Cik Mariam (Kementerian Kewangan,Putrajaya)

Cik Laylati (KPDNHEP,Putrajaya)


Anda semua memang sporting terutama semasa slot persembahan LDK (Respect kepada kaum ibu mengandung yang turut serta dalam aktiviti-Kak Bitah dan Kak Yang).

Terima kasih juga kerana kerjasama yang diberi kepada saya selaku ketua kumpulan.

Selamat mengunjungi blog saya.

Arghhhh....

Rindu betul nak menulis di dalam blog.Oh ya!Penulis baru balik dari berkursus semasa hujan lebat jam 6 petang tadi.Di tempat kursus,penulis dihalang dari mendapatkan sebarang berita luar.Apatah lagi untuk update blog.

Longlai dan lelah benar rasanya berkursus.Balik rumah terpaksa memikirkan hal kerja semula.Yang pasti badan rasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh.

Mujur besok dapat cuti perjalanan.

Malam ni nak ulangkaji sedikit naskah-naskah suratkhabar sepanjang lima hari lalu yang memang penulis minta isteri untuk membeli dan menyimpannya.

Hal ini kerana beberapa perkara besar yang berlaku.Antaranya senarai kabinet baru dan kemelut politik yang berlaku di Thailand.

Berkenaan kemelut di Thailand,ia memang rapat dengan objektif kursus yang penulis hadiri.

Nak tau kursus apa?

ssshhhhhhhh.......!

p/s:Nanti penulis beritahu.

08 April 2009

Alamak!

Alamak kawang-kawan!Sidang pembaca sekalian yang dihormati.

penulis menerima SMS dari beberapa rakan menyatakan kenapa blog ini menjadi seperti blok politik menyokong pihak tertentu.

Ia berikutan artikel kebelakangan ini yang lebih menjurus kepada kupasan politik.

Maklum ramai rakan penulis tidak mempunyai blog sendiri.Dan mereka sudah tidak mampu untuk dihidangkan lagi dengan sekian banyak blog politik lain yang berkeliaran di tepi jalan.

Okeylah.Penulis akan cuba seimbangkan artikel dalam blog ini.Sebenarnya penulis agak terbatas waktu untuk mencari fakta.

Memang sebenarnya banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling kawasan penulis.Tapi selalnya penulis terlepas pandang.

Selepas ini akan penulis cuba usahakan berita yang menarik.Tidak kiralah apa yang menarik.Ini pun tengah berdebar menunggu barisan kabinet baru DSN.

Kta tengok sape yang kena.

p/s;Penulis akan berkursus selama seminggu mulai besok di Nilai,Negeri Sembilan.Sepanjang waktu tersebut blog ini tidak akan dikemaskini.

Kita jumpa semula pada hari Selasa,Insya'Allah.

Dapat Batang je...

Jadilah.Daripada tak ada langsung.

Penolakan atau tidak adalah perkara yang subjektif.Terkini,dilaporkan masing-masing mengekalkan kedudukan seperti sebelumnya.

Walaupun dianggap satu tamparan,seperti biasa BN akan menjalankan post-mortem.

Difahamkan satu badan bebas akan dilantik untuk mengkaji dan menyiasat kekalahan di dua tempat tersebut.

Harus diingat trend pengundi yang masih belum berubah sejak PRU yang lalu memungkinkan berbagai perkara akan terjadi.

Ditambah lagi dengan kontroversi yang melanda pemerintahan Perak sedikit masa dulu.

Apapun harapan agar kita sentiasa beristiqamah dengan setiap keputusan yang dibuat supaya kelak kita tidak akan menyesal.

07 April 2009

Sudahla bodoh,mahu memperbodohkan pula

Memetik satu insiden kempen seorang bodoh bukan Islam berkempen dengan memetik ayat suci al-Quran beberapa hari lalu dan disiarkan secara meluas di dalam media dan internet,penulis berandaian bagaimana seorang dungu boleh berkempen secara begitu?

Lebih dungu lagi terdapat beberapa orang Islam dari parti yang mendakwa dirinya Islam di dalam majlis kempen tersebut.

Musykil benarlah apa tujuan ia dijadikan sebegitu rupa semata-mata menjayakan matlamat sehingga menghalalkan cara.

Menurut laporan,si bodoh ini telah beberapa kali sebenarnya berkempen di dalam ceramah dengan cara sebegitu.

Wahai kelompok umat Islam di dalam persekongkolan itu,tidakkah anda rasa diperbodohkan dan dipersendakan.

Anda boleh m

Penentu Kecapaian

Hari ini perhitungan akan bermula.Kita lihat siapa yang kena.Pagi ini cuaca dijangka cerah walaupun menjelang subuh tadi hujan turun agak lebat.

Pengundi yang akan keluar mengundi hari ini dijangka meningkat.Bagitulah laporan yang diterima dari utusan online.Bagaimanapun ianya hanya akan disahkan setelah berahkirnya pilihanraya hari ini.

Pertembungan di Bukit Gantang dijangka berlaku sengit kerana melibatkan seorang tokoh pembangkang yang mempunyai reputasi tinggi.

Bukit Selambau pula menyaksikan pertembungan yang mencatat sejarah negara dalam pilihanraya.Pecahan undi dijangka akan berlaku namun samada besar-besaran atau tidak kita saksikan nanti.

Di Batang Ai pula penulis tidak mahu mengulas panjang kerana ia tidak begitu dekat di hati penulis,namun diharapkan semua pengundi yang akan mengundi hari ini diharapkan dapat melakukan satu keputusan yang tepat.

Biarlah kita berfikiran waras dan tidak emosional kerana setiap undi anda adalah penentu kepada masa hadapan anda.

04 April 2009

Report

Malam tadi penulis berkesempatan membaca isu terbaru majalah Mastika.Majalah tersebut telah dibeli 2 minggu yang lalu.Cuma belum berkesempatan membaca sehingga helai terakhir.

Sebenarnya penulis adalah pembaca tetap majalah tersebut.Apa yang mahu penulis rungkaikan di sini adalah berkenaan satu slot yang baru diperkenalkan sejak beberapa isu yang lepas.

Slot Mastika Idol.

Bunyi agak kelakar,tetapi penulis teruja untuk mengikuti slot tersebut setiap isu.Peserta bebas tidak kira apa pun latarbelakangnya.

Berbagai isu yang diketengahkan dan ia juga bebas dipilih sendiri oleh peserta.

Pada hemat penulis,ia adalah satu wadah untuk melahirkan penulis berkualiti yang berupaya lari dari konsep asal penulisan secara konvensional.

Artikel dari redaksi pengarang majalah tersebut juga sebenarnya sudah tersasar dari konsep penulisan biasa yang lazim terdapat di majalah lain.

Dan sebenarnya konsep tersebut sangat menarik dan membangkitkan keghairahan pembaca untuk membaca hingga noktah terakhir.

Penulis cuba mengaitkan gaya penulisan tersebut dengan gaya menulis di dalam blog.Tidak dapat dinafikan secara jujur penulis juga sangat teruja dan terpengaruh dengan konsep tersebut.

Cumanya sehingga kini penulis masih belum dapat kepuasan dari hasil penulisan peserta Mastika Idol itu.

Bukan tidak menarik tetapi hasil penulisan yang ditunjukkan lebih mirip kepada karangan pelajar.

Bukan mahu mendabik dada.Sekadar tahu memberi komen.Hakikatnya penulis pun belum bersedia untuk menyertai Mastika Idol itu.

Apapun kepada rakan yang masih bertanya bagaimana mahu menulis blog dan gaya penyampaiannya,eloklah rujuk Mastika sebagai salah satu rujukan.

Tidak ketinggalan,blog-blog lain juga.

Selamat mencuba.

Flip-flop

Mantan PM ke 4 pernah mengulas isu flip-flop yang sering berlaku melibatkan isu-isu serius semasa pemerintahan diterajui mantan PM ke 5.

Flip-flop atau sekejap kata lain-sekejap lagi kata lain pula (tidak tetap pendirian) melibatkan isu dan keputusan yang penting menunjukkan ketiadaan perbincangan atau mesyuarat di dalam sesuatu perkara.

Penulis tidak mahu mengulas lanjut apa isu-isu tersebut kerana rasanya khalayak sudah mengetahuinya.Penulis cuma mahu mengulas sedikit tentang khabar yang mantan PM ke 4 akan kembali menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.

Utusan online hari ini dalam portal yang terkini menyatakan PM baru akan mengumumkan kemasukan semula tersebut pada hari ini juga.

Baguslah jikalau begitu.Buang yang keruh ambil yang jernih.

Tetapi adakah khabar tersebut boleh juga dikatakan sebagai flip-flop?

03 April 2009

Baru

updated 11.36pm

Sejurus menjawat jawatan no. 1,PM baru mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA.Komen dari tokoh-tokah politik tanah air pula menjurus kepada sangat positif.

????????????

original post

Suka atau tidak,mahu tak mahu,sedikit sebanyak perihal isu-isu semasa hendaklah diambil tahu.Perihal politik semasa yang sedang berlaku di sekeliling hendaklah juga turut diberi perhatian di dalam keghairahan kita mengejar erti hidup dalam erti kata masing-masing.

Hari ini negara mencatat satu lagi sejarah bila mana terlantiknya PM yang keenam.Memang agak aneh dan janggal apabila suasana hari ini seakan sama seperti hari lainnya apabila masyarakat seakan tidak mempunyai keghairahan untuk mendapatkan liputan atau memperkatakan tentangnya.

Hal ini berbeza sama sekali dengan sejarah sama yang berlaku pada tahun 2004.Mungkin ini pendapat individu penulis,tetapi berdasarkan pengalaman dan penelitian dengan rakan dan blogger lain,semua mempunyai pendapat yang sama.

Entah di mana silapnya tetapi masyarakat seakan tidak mengambil peduli dengan peralihan kuasa tersebut.Mungkin disebabkan masyarakat telah 'bersedia' lebih awal sebaik pengumuman tidak mengekalkan tampuk kuasa oleh mantan PM terdahulu.

Atau masyarakat telah muak dan jelak dengan sepak terajang serta sandiwara politik masa kini.

Mujur media arus perdana dan yang menongkah arus memberi liputan serta publisiti berkenaan peristiwa hari ini.Bezanya samada liputan tersebut bersifat adil atau berat sebelah atau setuju atau membangkang!

Penulis sendiri tidak perasan (atau buat-buat tidak perasan) sehinggalah menatap sisipan khas berkenaan dua tokoh tersebut di dalam sebuah akhbar arus perdana hari ini.

Penulis bukanlah bersifat berat sebelah,namun kadangkala terdapat beberapa keputusan yang diputuskan membuatkan perasaan agak tidak puas hati timbul.

Tengahari tadi penulis sempat balik bersolat Jumaat di masjid kawasan kejiranan penulis.Sempat bertegur sapa dengan beberapa rakan politik.Tiada langsung isu peralihan kuasa dibangkitkan.

Seakan semua orang lupa atau tidak endah!Bukankah ia menghairankan?

Kami cuma sempat berbual beberapa perkara sebelum melangkah naik ke masjid.Antaranya beberapa rumours drastik yang mungkin berlaku pada top man sayap induk.Khabarnya akan kena kick.

Ia berikutan kenyataan Lembaga Disiplin (Betul berdisiplin ke?) yang menyatakan tekad dan hasrat untuk terus menyiasat kesahihan laporan salah laku ahli walaupun setelah Perhimpunan selesai minggu lepas.

Tidak diketahui samada khabar tersebut fakta atau auta.

Just wait and see.

Speedzone atau Speedway to Hell!

Besok akan diadakan Speedzone Tour 2009 di Menara KL.Bagi yang masih tidak tahu gerangan apakah ia,mudah cakap ianya Pesta arak dan maksiat.

Difahamkan ia adalah acara tahunan Menara KL-salah satu mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia.

Persoalannya,apakajadah ia diadakan sebagai acara tahunan?Yang menghairankan,tahun ini merupakan tahun keempat ianya diadakan.

Adakah pengurusan tidak kiralah yang atasan atau bawahan serta agensi-agensi penguatkuasa sudah menandatangani memorandum persetujuan menanggung dosa bersama-sama?

Hari ini,Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI) mengeluarkan arahan melarang pengunjung menyertai pesta tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi,hampir 80% pengunjung ke pesta itu adalah berbangsa MELAYU beragama ISLAM!!!

Larangan itu dikeluarkan disebabkan kebanyakan pengunjung yang pulang dalam keadaan mabuk dan berpakaian tidak senonoh.

Manakan tidak,ia bermula pukul 6 petang hingga 3 pagi.Diulangi 3 pagi.

Adalah sangat menghairankan pesta seumpama ini masih diberi kebenaran untuk diadakan.

Orang yang tidak berpelajaran pun rasanya tahu dan sangat faham bahawa kesan dan akibat dari pesta ini yang sudah terang lagi bersuluh merosakkan remaja Islam.

Memang menyedihkan kerana bukan sahaja ia diadakan di venue yang menjadi tumpuan ramai,bahkan waktu acara yang berakhir pada waktu hamir subuh itu sangat tidak munasabah.

Tiada bezanya dengan kelab-kelab malam.Penulis ingin bertanya,tuan/puan,kalau sampai pukul 3 pagi tu pesta apa?

Dikhuatiri nanti lebih banyak pesta seumpama ini diberi kebenaran atas tiket kebebasan.

Gelaran negara Islam pula dilipat kemas-kemas dan disorokkan dan maksiat pula dimartabatkan.Sungguh menyedihkan.

Pucuk pimpinan baru bagaimana?

Jangan sampai bala menimpa Menara KL tumbang menyembah bumi dengan pengunjungnya sedang 'melaksanakan projek-projek' mengaibkan.

Na'uzubillah...

The Bricks Car




Pernah tengok kereta yang berunsur masa depan?Bukan prototype.

Lazim kita lihat secanggih mana pun sesuatu kereta itu,tayarnya pasti diperbuat dari getah.

Dan sudah tentu mempunyai rim tidak kira dari unsur aloi atau apa pun.

Namun semasa perjalanan pulang penulis dari menduduki exam semalam membuka lembaran baru kepada pengetahuan penulis berkenaan kereta.

Ia merubah sama sekali tanggapan penulis terhadap kereta tidak kira masa kini atau masa depan.

Ianya bermula semasa penulis singgah untuk solat di hentian rehat (RR) Rawang semasa dalam perjalanan pulang.

Semuanya normal hinggalah semasa mahu menaiki pajero semula bila mana tiba-tiba rakan penulis menuding ke arah sesuatu.

Sesuatu yang di luar jangkauan.

Apakah ia?Itulah kenderaan masa hadapan.Lets check it out.