...

SELAMAT DATANG KE www.helmy2u.blogspot.com...Selamat Kembali Team JPS HILIR PERAK: MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN 2015... DARI TEAM helmy2u...

10 December 2010

SELAMAT KEMBALI

Penulis ingin mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada ayahanda serta rombongan haji dari tanah suci Mekah.Beliau dan rombongannya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 6.30 pagi tadi setelah menempuh perjalanan panjang selama hampir sembilan jam.Sebelum itu penerbangan telah tertangguh selama hampir 7 jam di mana jadual asal ketibaan ialah 12.30 pagi.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah kira-kira jam 12.30 tengahari yang sejurus kemudian tiba waktu solat Jumaat.Semoga ibadah haji yang ditunaikan ialah haji yang mabrur.Dan semoga kepada yang belum pernah tiba di Mekah akan menanam impian untuk melangkah ke sana suatu hari kelak samada untuk umrah ataupun menunaikan haji.

-MUHAMMAD HELMI BIN HAJI MOHAMMAD SUHADI

12 October 2010

Bayangan Maut

Anda pernah terlintas beranggapan akan mati semasa terlibat dengan sesuatu atau mengalami insiden tertentu?

Syawal lalu menyaksikan seorang rakan sekampung kembali menyahut seruan Ilahi tanpa sebarang tanda awal.Keluar pagi untuk bekerja tanpa menyangka sakaratul maut akan menjemputnya!Benarlah...sesungguhnya ajal kita nanti tidak akan awal atau lewat walau sesaat.

Namun sejauh mana kita bersedia menghadapi detik tersebut?Mungkin di dalam usia muda kita sering kali beranggapan ajal menjemput sesudah usia menjengah ke tua.Namun perasankah anda bahawa trend terkini menunjukkan golongan muda ramai yang mati awal berbanding yang telah berusia?Termasuklah rakan penulis tadi yang masih di pertengahan 30-an.Selain sakit ramai yang mati kerana kemalangan dan insiden-insiden lain.

Di sinilah pentingnya kita menyediakan diri untuk menghadapi saat nyawa bercerai dari badan.Faktor kesihatan memanglah menjadi pokok utama apabila mengaitkan sesuatu kematian.Lantas faktor pemakanan yang 'main bedal' sentiasa menjadi titik sentuh perbincangan walaupun ia diakui mengandungi kebenaran yang sukar dinafikan.

Pengalaman penulis baru-baru ini semasa membeli-belah di Ipoh bersama keluarga benar-benar membuka minda tentang hakikat kematian.Penulis yang sedang memilih barang tiba-tiba berpinar dan silau.Jika sebelum ini penulis tidak pernah memikirkan apa-apa namun pada masa tersebut penulis hanya mampu mengucap sebelum terduduk di kerusi yang berhampiran.Mujur isteri penulis tenang (tidak pasti kenapa beliau terlalu tenang sedangkan penulis bukan banyak harta yang mahu diwasiatkan :-) kerana jika tidak pasti keadaan akan heboh.Penulis hanya memikirkan mati sahaja.Kemudian ibubapa yang berada di Teluk Intan yang pastinya akan lebih sukar.

Alhamdulillah, penulis masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini.Namun seperti lagi pemikiran orang lain yang tabu, penulis masih takut untuk menjalani pemeriksaan kesihatan ekoran insiden itu.Satu persatu andaian negatif timbul andai pemeriksaan tersebut dilakukan.

*Sehingga hari ini penulis masih mencari kekuatan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan-merokok pun sudah kurang sangat.

Kelestarian Alam & Kemajuan Kejuruteraan

Sedikit sebanyak kerjaya penulis ini mendekatkan diri untuk memahami kelestarian alam yang semestinya menjadi sahabat kepada kita.

Sebagai contoh, rasa insaf yang membuak-buak akan menyelinap di sudut hati apabila menyaksikan segala kemahiran kejuruteraan yang dipraktikkan untuk mencegah hakisan pantai runtuh atau lenyap sekelip mata hanya apabila kuasa Ilahi menitipkan ombak dan angin.

Sebagai manusia seharunya kita bersyukur dengan segala kurniaan dari-Nya hatta walaupun ia nampak tidak memberi kebaikan kepada kita pada mulanya.Pesisir pantai diceroboh hanya untuk sekelumit nilai pembangunan tapi sebenarnya harga yang sangat mahal terpaksa dibayar andai alam mulai marah kepada kita!

Badai melanda sehingga mengakibatkan banjir besar yang memusnahkan ribuan hektar ladang kelapa di daerah ini sekitar 1995 merupakan pengajaran di atas kesilapan yang dilakukan manusia.Kesan yang masih jelas kelihatan sehingga hari ini sebenarnya sangat menginsafkan kepada insan-insan yang berakal.Tunggul-kelapa yang sebahagiannya masih kelihatan hari ini menjadi saksi sejauh mana kita berusaha untuk mempraktikkan teknologi sediada namun biarlah ianya seiring dengan iltizam bertawakkal kerana Allah di dalam melaksanakan serba-serbi perkara.

Ironinya, walaupun ratusan juta dibelanjakan untuk mencegah hakisan ini, namun jika segelintir manusia masih lagi berpihak kepada untung semata-mata, percayalah suatu hari nanti tiada apa lagi yang mampu diwariskan kepada generasi anak cucu kita di masa hadapan.

Kita,Masa dan Musim...

Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya masih diberi kesempatan untuk mencoret di dalam blog yang sudah sekian lama tidak dikemaskini ini.Ini pun kerana penulis mencuri masa sementara menunggu isteri yang sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan di klinik mengandung.

Syawal sudah berakhir Jumaat yang lalu dan kini telah memasuki bulan Zulkaedah di mana musim haji telah bermula dengan penerbangan pertama ke tanah suci Mekah mulai minggu lepas.Kebetulan bapa penulis juga akan berangkat ke tanah suci Insya'Allah pada 28 Oktober ini.

Masa berlalu dengan pantas dan sekarang kita berada di hujung-hujung tahun 2010.Berbagai peristiwa berlaku terutama musim air pasang besar baru-baru ini yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada penduduk di daerah ini.

Ia menyebabkan penulis sentiasa terpaksa standby di musim-musim sebegini.Alhamdulillah ia semakin pulih dan bulan november ini dijangka musim hujan pula akan tiba.Begitulah istimewanya negara yang beriklim khatulistiwa di mana musin panas dan hujan yang berlaku sepanjang tahun.


09 September 2010

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum...Sempena hari baik bulan baik ini penulis dan keluarga memohon keampunan andai terdapat salah silap samada yang disedari atau tidak dilakukan kepada anda.Marilah kita memanafaatkan kesempatan di bulan yang mulia ini untuk saling berkunjung dan bermaafan sesama saudara dan handai taulan.

Penulis juga menjemput anda untuk berkunjung ke kediaman penulis andai ada kelapangan.Akhir kalam, salam Aidilfitri dan maaf zahir batin daripada kami sekeluarga.

muhd helmi mohd suhadi
norhanisah ibrahim
qaseh nur abidah muhd helmi

13 August 2010

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN

Penulis sekeluarga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia kepada semua pembaca blog ini.

Semoga puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

31 July 2010

Nota Hati

Seperti posting-posting yang lalu, setiap kali lembaran bulan baru memunculkan wajah, penulis akan mengimbasnya.Dek kerana kesibukan (mungkin) menyebabkan masa terhad untuk mengemaskini blog ini seacap yang mungkin.

Julai berlalu melabuhkan tirainya dengan momen yang cukup indah, hari ini Ogos membuka tirai dengan seribu pengharapan agar peristiwa indah bulan-bulan yang telah berlalu tertebar sama bulan ini jua hendaknya,Insya'Allah.

Jika diputar dua bulan ke belakang (semalam genap dua bulan penulis merintis sisi lain hidup ini) seakan seperti semalam ia bermula.Rasa pantas dan tidak percaya menguasai diri hinggalah pada hari ini, penulis sedar dan berpijak di bumi yang nyata.Genap dua bulan penyertaan di dalam bisnes alaf baru ini di abadikan secara rasmi malam semalam bertempat di Hotel Anson,Teluk Intan melalui satu sessi taklimat khas dan perjumpaan bersama rakan-rakan dari daerah lain.

Ironinya perjumpaan semalam adalah sebagai simbolik kepada permulaan bertapaknya bisnes tersebut di daerah Teluk Intan.Dan penulis akan mengabadikan momen indah tersebut di dalam lipatan sejarah hidup.

Berbagai ragam manusia dapat ditemui semasa perjalanan dua bulan pertama di dalam bisnes ini.Bukan tiada cemuhan atau sindiran sinikal diperoleh, namun respon positif dan pujian daripada pelanggan yang lebih melimpah ruah menjadikan penulis kalis tohmahan bahkan segala unsur negatif tersebut dibuang jauh ke sudut dunia sebagai satu cabaran untuk beristiqamah di dalam bisnes ini.

Disamping beroleh pelanggan, anda juga akan mendapat rangkaian jaringan rakan baru pelbagai kaum dan keturunan melaluinya.Manakan tidak, mekanik-mekanik bengkel kereta pun turut menjadi rakan penulis sekarang!

Apatah lagi dengan pulangan lumayan (Alhamdulillah) yang diperoleh membantu penulis bebas dari kesempitan wang yang sering membelenggu sebelum ini.Dengan izin Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,pendapatan bisnes ini yang diperoleh pada bulan kedua penyertaan menjangkau gandaan lebih  dua kali berbanding penyertaan bulan pertama,Subhanallah...

Jika ada yang skeptikal dan curiga tentang bisnes ini anda boleh berhubung terus dengan penulis.Insya'Allah, melalui bisnes ini-penjualan produk Sunrise-Jus Pink Guava-anda berupaya meningkatkan kualiti hidup walau tidak secara keseluruhan dan juga membantu mereka yang menderita penyakit tertentu sekian lama untuk berpeluang menemui jalan kesembuhan secara semulajadi.

Jom Ajak Minum Buat Untung!

28 July 2010

Koleksi Terbaru

Koleksi jam tangan penulis terkini dihangatkan lagi dengan kehadiran dua utas yang mana salah satunya dibeli oleh penulis sebagai insentif peribadi kerana jualan pink guava yang memberangsangkan manakala lagi satu merupakan hadiah dari adik penulis.


Hadiah untuk diri sendiri :-)

Dihadiahkan oleh Laili-thnx :-)

Himpunan koleksi musim hujan

20 July 2010

TERBARU!!!

Dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafan, di samping permintaan yang memberangsangkan daripada pelanggan-pelanggan tetap jus pink guava yang mahukan variasi produk Sunrise, penulis akan mula membawa masuk ke pasaran Teluk Intan, Hutan Melintang dan Bagan Datoh tiga produk baru mulai besok.Produk-produk tersebut ialah A-Lotion (untuk wanita), E-Lotion (untuk lelaki) dan Transparent Soap.

Keterangan ketiga-tiga produk tersebut terdapat di katalog terbaru yang telah penulis paparkan di blog ini.Harap maklum.Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!

15 July 2010

MESTI DATANG!!!


Peluang yang besar dan menarik biasanya datang dalam saat kita tidak bersedia, saat kesempitan atau kesusahan.Nilailah peluang itu dengan bijaksana.Tidak ada ruginya berkongsi peluang dan kehebatan jus Pink Guava segar ini dengan orang lain!!!....

DENGAN SEGALA HORMATNYA TUAN/PUAN DIJEMPUT KE TAKLIMAT PELUANG BISNES ALAF BARU BERSAMA PINK GUAVA PADA;

30 JULAI 2010 (JUMAAT MALAM SABTU)
8.30 MALAM
HOTEL ANSON,TELUK INTAN

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

HELMI: 012-540 6389 / ANIS: 012-565 7140 / ANUAR: 019-667 3341

Jom Ajak Minum Buat Untung

01 July 2010

JUN YANG TELAH BERLALU

Jun 2010 telah berlalu dengan semalam merupakan hari akhirnya.Ya,Jun 2010 sukar digambarkan dengan kata-kata.Dek mungkin juga kerana Jun merupakan bulan yang terlalu signifikan kepada penulis kerana setiap tahun pada tanggal 14 haribulan Jun penulis akan menyambut hari kelahiran.

Rasanya hadiah ulangtahun kelahiran paling bermakna pernah diterima ialah pada tahun ini.Hadiah-hadiah tersebut ialah penerimaan Sijil Terampil yang telah diterima kerana kecemerlangan dalam perkhidmatan, hadiah harijadi daripada isteri dan paling memberi kepuasan ialah pencapaian empat angka dalam perniagaan yang baru diceburi awal Jun lalu.Pencapaian target tersebut melengkapkan hari-hari indah dalam bulan Jun.


Dalam kesibukan kerjaya hakiki dan masa senggang yang juga agak terhad tidak menghalang penulis bersama isteri menjelajah mencari peluang-peluang yang terbuka.Memang agak meletihkan kerana kami bergerak walaupun malam untuk menghantar stok-stok jus yang dipesan.Tetapi ternyata ia berbaloi walaupun Qaseh yang turut terheret sama sering meragam kerana kepenatan :-)

Insya'Allah Julai ini, penulis bersama rangkaian rakan-rakan akan menganjurkan satu pelancaran secara rasmi produk ini di Teluk Intan.Semoga Julai yang telah menjengah mulai hari ini akan membawa seribu satu kemanisan lagi di hari-harinya yang mendatang...

World Cup 2010 Anthem song Wavin Flag Celebration Remix by K'Naan

Ooooooh Wooooooh
Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, heads are liftin , as we lose our inhabition,
Celebration its around us, every nation, all around us
Singin forever young, singin songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game.
And together at the end of the day.
WE ALL SAY
When I get older I will be stronger
They'll call me freedom Just like a wavin' flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
When I get older I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes
Oooooooooooooh woooooooooohh hohoho
Give you freedom, give you fire, give you reason, take you higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, heads are liftin, every loser in ambition,
Celebration, its around us, every nations, all around us
Singin forever young, singin songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game.
And together at the end of the day.

28 June 2010

Semoga Cepat Sembuh

Berita kejadian malang yang menimpa seorang bapa saudara penulis benar-benar memeranjatkan.Penulis yang hanya dimaklumkan kejadian tersebut pada jam 6.15 pagi semalam (27/6/2010) terus bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk menziarahinya.

Keadaannya dilaporkan stabil tetapi masih kelihatan trauma dan sukar bercakap.Apapun penulis doakan semoga beliau cepat sembuh seterusnya dapat berbakti semula demi agama, bangsa dan negara.

Berita kemalangan beliau dipaparkan di media-media utama negara dan penulis telah link kan ianya.Hanya klik akhbar-akhbar tersebut:

20 June 2010

mie@nis rise-UP network

Alhamdulillah, untuk melicinkan urusan perniagaan kami yang baru bermula ini dengan lebih sistematik, kami telah menubuhkan mie@nis rise-UP network sebagai satu organisasi yang menjadi pemangkin kepada perkembangannya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah berhubung terus dengan klik di kolum HUBUNGI SAYA.

Terima kasih.

14 June 2010

ITS ALL ABOUT PINK GUAVA

Buat pertama kalinya blog ini berkenan untuk mengiklankan produk.Jujurnya penulis sudah lali disogokkan dengan jualan langsung (MLM) dan beberapa skim lain sehingga sampai ke satu tahap penulis sangat cuba untuk menjauhinya seberapa jauh yang boleh.

Namun pertemuan dengan bapa saudara sebelah isteri baru-baru ini ditambah dengan 'kemanisan' yang dikecapi ibu mertua yang turut menyertainya beberapa minggu lalu nyata terus mengubah persepsi penulis.

Tidak hanya kerana khasiat produk yang telah mendapat pengiktirafan dan terbukti berkesan, disebaliknya terdapat pelan tabungan masa hadapan yang sangat menjamin untuk manfaat keluarga, anak-anak,adik-beradik dan rakan-rakan,Insya'Allah.

Bukan mahu semata-mata mencari keuntungan bahkan membantu membina kesihatan yang lebih baik menyebabkan penulis mencubanya.Apatah lagi modal yang dikeluarkan pun bukanlah besar sangat jika dibandingkan dengan hasil yang akan dituai kemudian hari,Insya'Allah.

Sekadar mencuba membantu menjualkan stok yang dibeli ibu mertua pada awalnya berubah menjadi satu keterujaan apabila sambutan yang diterima sangat memberangsangkan.Memandangkan Daerah Hilir Perak yang merangkumi Teluk Intan-Hutan Melintang-Bagan Datoh masih belum ditembusi sepenuhnya, ia membuatkan perjalanan mempromosikan produk ini berjalan lancar,Alhamdulillah.

Baik di kalangan ketua kampung, kontraktor mahupun rakan sepejabat, penulis yang bukanlah petah berkata-kata ini cuba mendekati mereka dan rasa terharu tertumpah apabila respon yang diterima sangat baik.

Anda juga sangat berhak untuk menikmati faedah dari penjualan produk ini.
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya"...

Kecekapan mengurus pemasaran produk seiring dengan teknolgi maklumat juga memungkinkan mereka yang membeli produk ini mengakses dengan mudah akaun masing-masing menerusi ID dan Kata Laluan yang akan diperoleh.Setiap kotak yang dijual melayakkan anda memperoleh ID unik yang membolehkan anda mengemaskini akaun masing-masing seterusnya memindahkan point ke dalam akaun bank konvensional anda di mana anda akan mendapat pulangannya.Menarik bukan?

Bahkan jika anda seorang yang tidak gemar mencari pelanggan untuk memasarkan produk ini, satu pelan istimewa telah disediakan untuk anda.Lebih menarik kepada mereka yang rajin mencari pelanggan, satu pelan lain yang lebih lumayan turut disediakan.Mungkin ada yang sangsi, tetapi beranilah berubah kerana jika anda tidak mencuba, anda tidak akan merasa nikmatnya.

Tiada risiko kerugian! Tiada risiko anda ditipu! Hidup yang sihat dan memudahkan anda beribadah serta menjalani hidup seharian dengan selesa!

Berminat? Hubungi saya sekarang untuk selangkah ke alam keusahawanan Pink Guava-Jus Jambu Batu Merah Jambu yang sangat menyihatkan!

13 June 2010

WAJAH BARU

Untuk kesekian kalinya blog ini bertukar ke wajah baru.Dengan pilihan rona warna yang lebih santai melatari blog ini diharapkan akan mengurangkan kesan silau mata anda.Selain itu, pendekatan paparan kali ini juga melibatkan bahagian di sebelah kiri dan kanan blog berbanding hanya sebelah sahaja sebelum ini.

Penulis membahagikan beberapa kolum yang sediada sebelum ini ke kedua bahagian bagi mengimbangi keseluruhan paparan blog selain untuk memastikan paparan yang kemas dan menu mudah dicapai serta artikel yang termuat juga dapat dibaca dengan mudah.

Insya'Allah, setiap menu yang terdapat akan dikemaskini segera seperti pilihan muzik yang seiring dengan masa serta aktiviti yang sentiasa diperbaharui.Begitu juga ruang galeri yang sentiasa akan ditambah dengan gambar terkini walaupun pada paparan utama terdapat menu 'Album' yang menawarkan gambar secara slide.

Juga dikesempatan kali ini penulis menempatkan sebuah petikan klip video lagu nyanyian Raihan yang mendedikasikan (kredit tu uploader youtube) kepada warga Palestin yang kini diancam dengan zionis laknatullah.Bersamalah kita berdoa dan membuat solat hajat agar saudara seislam kita di Palestin mendapat kebahagiaan yang selama ini dicari serta beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.
 
Sesungguhnya jika kita enak dibuai mimpi di sini, saudara kita di sana sentiasa diancam ketakutan.Insaflah dengan apa yang kita miliki hari ini  di bumi bertuah ini.

Selamat Melayari blog saya!

p/s:Wajah baru blog ini juga adalah bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran penulis yang tiba pada esok hari 14 Jun.



06 June 2010

kenduri oh kenduri

Hujung minggu penulis hari ini berakhir sebentar tadi.Perasaan letih bercampur baur dengan kecelaruan memikirkan kos yang tinggi yang terpaksa dikeluarkan.Masa yang dihabiskan bersama isteri dan anak juga sangat terhad memandangkan untuk membawa mereka bersiar-siar juga tidak berkesempatan.

Semuanya kerana majlis undangan walimatulurus yang terlalu banyak untuk dipenuhi.Baik undangan yang diterima penulis mahupun undangan kedua ibubapa penulis yang terpaksa juga penulis penuhi.Belum lagi ditambah dengan jadul mingguan ibubapa berkursus.Kalau bergilir seperti rakan penulis yang lain boleh tahan lagi.Sehinggakan terpaksa berkejar dari mana-mana walaupun dari tempat yang jauh untuk memastikan semuanya beres.Namun penulis cuba seikhlas mungkin dalam melakukan part-part tersebut.

Kalau khenduri dekat-dekat tidak mengapa tapi sekiranya jarak dari satu tempat ke tempat yang lain agak jauh ianya akan menyebabkan segala-galanya meningkat.Ironinya penulis telah gagal menghadiri beberapa jemputan rakan-rakan sepejabat yang berkahwin walaupun dahulunya mereka hadir ke majlis perkahwinan penulis.

Kepada mereka, penulis memohon maaf yang teramat sangat kerana ia di luar kawalan penulis yang mempunyai masa yang sangat terhad untuk diri sendiri kerana komitmen keluarga.

Hujung minggu hadapan bakal menjengah dan melihat kepada susunan jemputan membuatkan penulis berkira-kira dari sekarang untuk memotong kos yang mana patut.Begitulah ceritanya apabila musim khenduri sudah tiba.Sabo je la...Letihnya...

02 June 2010

Time Is Golden Opportunities For Me

Orang kata masa itu emas.Siapa yang mempelopori peribahasa tersebut tidak ketahuan sehingga kini.Betul atau tidak terpulang pada individu terbabit.Kadang-kadang kita kejar masa.Tapi lazimnya kita lebih selesa membiarkan masa berlalu begitu sahaja.Santai dan bersenang-lenang tanpa menghargai masa amat nikmat...betul ke?
Q&Q

Cara menghargai masa juga terpulang pada masing-masing.Ada yang berhempas pulas mengisi waktu untuk menambah pendapatan dan tidak kurang juga yang leka membuat maksiat untuk mengisi waktu!
ORIENT

Ironinya, cara menentukan masa dulu dan kini tidak banyak bezanya.Satu alat dicipta dan dipanggil JAM dan berbagai jenis jam dapat kita lihat pada hari ini.Jam Dinding,Jam Tangan,Jam Poket,Jam Loceng,Jam Meja dan sebagainya.Kini jam bukan hanya sekadar untuk menentukan waktu tetapi semakin dipelbagaikan yang menjurus kepada fesyen yang trendi atau sekadar sebagai hiasan yang melatari sesuatu ruang.
ORIENT

Namun di dalam artikel ini penulis mahu menumpukan kepada jam tangan yang kini umpama aksesori wajib kepada lelaki mahupun wanita dan kanak-kanak.

GIRGIO ARMANI

Sebelum ini penulis hanya memandang jam tangan sebagai tidak lebih alat penentu waktu.Terasa seperti 'bogel' apabila tidak memakai jam ha ha ha!Gurau jek.

GUESS STEEL

Masa berlalu dan kebelakangan ini mengumpul koleksi jam tangan menjadi kegilaan terbaru penulis.Bukan pakai sangat pun.Dan yang pasti koleksi penulis bukanlah dari jenama jam tangan mewah yang mencecah ribuan ringgit.
 OMEGA

Malah salah satu jam tangan penulis berharga kurang dari RM20! Kedengaran kelakar tetapi hakikatnya apabila penulis menyuruh rakan meneka harganya, di kalangan mereka menyatakan puluhan hingga ratusan ringgit!

CASIO

Koleksi jam tangan penulis didapati dari hadiah dan pemberian orang.Ada juga yang dibeli sendiri tetapi seingat penulis hanya dua utas.Selebihnya adalah hadiah.Di sini dipaparkan sebahagian dari koleksi jam tangan penulis sekadar untuk berkongsi hobi dan pendapat.

01 June 2010

Hobi-Hobi Jugak!

Kesibukan dalam tugas harian tidak menghalang penulis dari mencambahkan minat mengumpul rantai kunci yang sejak sekian lama (sejak kecil)  dipupuk.

Koleksi paling istimewa terkini adalah pemberian abang penulis yang baru-baru ini ke Republik Czech atas urusan kerjanya.Dari segi material hinggalah designnya, ia ternyata begitu memuaskan hati pengumpul koleksi  yang ekstrem seperti penulis.


Selain itu,kesempatan berkurusus di ibu negara baru-baru ini juga digunakan sebaik-baiknya oleh penulis untuk mencari rantai kunci edisi terhad Piala Dunia 2010 di salah sebuah pusat membeli-belah terkenal.Maklumlah jika ingin mencari di tempat penulis ia akan menjadi agak sukar dan harga juga pastinya melebihi harga di KL.Atau setidak-tidaknya membeli secara online di mana kos penghantaran juga akan menyebabkan harganya menjadi mahal.Harga di pusat membeli-belah tersebut boleh tahan dan penulis 'terpaksa' juga membelinya.


Aktiviti 'jalan-jalan' penulis sepanjang minggu lepas diteruskan dengan menghadiri konvokesyen adik ipar di UiTM Shah Alam.Memang rambang mata melihat koleksi rantai kunci yang dijual, namun penulis terpaksa bertindak bijak dengan membeli rantai kunci yang diperbuat dari material seramik sebagai pilihan.Ini kerana material tersebut agak sukar dijumpai dalam rekabentuk rantai kunci.

Kesimpulannya jangan biarkan hidup anda diselubungi kesibukan tanpa hobi :-)

Sok-Sek

Saya punya Jun!

Mei melabuhkan tirainya semalam dengan seribu satu kesibukan dan kepadatan hariannya.Kebetulan hari terakhir Mei adalah hari lahir isteri kesayangan dan juga ibu mertua.Didampingi dengan tugas-tugas lain hingga hari ini baru sempat menyambutnya.Itupun setakat makan tengahari bersama di SR.

Lama sungguh tidak mengemaskini blog ini.Hari ini- Jun menampilkan wajahnya dengan kesibukan jua yang pasti menanti.Itulah lumrah kepada kita selagi bernafas, mengisi tanggungjawab yang tersedia walaupun kadangkala masa untuk diri sendiri sangat terhad.Klik di menu aktiviti untuk melihat kepadatan jadual.

Akhbar harian yang dibeli memakan masa berhari untuk membacanya manakala majalah kegemaran hanya usai dibaca sebaik isu bulan akan datang menyusul.Jadi,pengurusan masa yang efisyen sangat penting untuk memastikan aktiviti harian yang dilakukan seiring dengan minat dan kehendak diri masing-masing.
Jun juga bermakna kita telah memasuki separuh kedua tahun 2010.Adakah anda telah mencapai target atau sasaran yang ditetapkan.Bagi diri penulis, Jun diharap membawa sinaran yang menceriakan setelah beberapa bulan yang berlalu dilalui dalam keadaan yang penuh mencabar.Kebetulan hari lahir penulis akan jatuh pada 14 Jun ini, diharapkan semua perkara kusut akan terungkai seiring perkhabaran gembira bakal menimang anak kedua,Insya'Allah...

Doakan kejayaan sesama kita.Selamat Berceria penuh hikmah!

19 May 2010

Ikhlaskah Kita?

Kadang-kadang kita akan menyibukkan diri untuk melakukan sesuatu yang di luar tugas hakiki.Konon untuk melupakan sesuatu perkara yang kurang enak yang berlaku di dalam hidup kita.Atau konon untuk membuatkan masa berlalu bergitu pantas.Natijahnya bukan semua individu yang 'gila' jawatan ini minat untuk melakukan perkara tersebut.

Pada hemat penulis, terdapat tiga kemungkinan berlakunya keadaan seseorang melakukan suatu perkara di luar tugas hakiki.Pertama kerana dipaksa atau terpaksa , kedua kerana minat dan ketiga kerana gila publisiti.

Sebelum terlupa, kegiatan di luar tugas hakiki ini ialah seperti melakukan kerja 'part-time' yang mejurus kepada sumber pendapatan, politik yang serius, kegiatan sosial dan kemasyarakatan dan berbagai lagi.

Kepada mereka yang terpaksa atas desakan pihak tertentu akan melakukan tugasan tersebut tanpa keikhlasan yang akhirnya hanya akan menjadi perkara yang sia-sia.Namun jika anda minat dengan tugasan tersebut, ia akan menjadi satu bonus yang mendatangkan manafaat kepada anda.Malang sekali jika anda seorang gila publisiti kerana anda hanya akan mendapat kepuasan diri tetapi cemuhan oleh pihak lain.

Perebutan jawatan akan meraih pelbagai kemungkinan-baik positif mahupun negatif.Namun ia adalah perkara lumrah dan kepada mereka yang berfikiran terbuka, ianya adalah perkara normal.Harus diingat, kegilaan segelintir pihak yang berebut jawatan ini mungkin mempunyai agenda atau keperntingan yang berorientasikan keuntungan kepada diri dan kroni.

Percayalah,jika ini yang berlaku, sesuatu organisasi tersebut mungkin akan rebah-cepat atau lambat.

Namun ramai juga yang mempunyai niat murni dan ikhlas yang semestinya patut dihargai.Golongan ini akan bekerja dan sanggup memikul sesuatu jawatan yang diamanahkan demi kepentingan orang ramai.Misalnya mereka yang bertugas secara sukarela di badan-badan bukan kerajaan yang bermatlamatkan khidmat sosial, kemasyarakatan seperti di Pusat Pemulihan OKU, rumah penjagaan warga emas dan sebagainya.

Jika anda seorang yang ikhlas dan rajin serta mempunyai hasrat untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengharapkan sebarang imbuhan, andalah yang sangat dicari oleh mereka yang memerlukan.Apa tunggu lagi?Daftarlah segera ke mana-mana NGO yang berhampiran- Seperti yang saya lakukan hari ini!

16 May 2010

Happy Teachers Day

Salam Hari Guru....Setelah menyambut hari ibu beberapa hari lalu,hari ini kita menyambut satu lagi hari iaitu hari  guru.Semalam kita menyambut hari belia dan hari-hari seterusnya yang entah apa pula.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan selamat hari guru kepada para pendidik yang mendidik tidak kira di mana jua.Semoga tugas mulia mendapat keberkatan Allah S.W.T,Insya'Allah.

09 May 2010

Selamat Hari Ibu

Dikesempatan ini ,penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada ibu yang penulis panggil emak iaitu Pn. Mortijah Binti Hj. Abdul Ghani.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Juga kepada ibu mertua penulis iaitu Pn. Normah Binti Abdul Malek.Sesungguhnya penulis sangat menyayangi ibu-ibu penulis ini.Semoga Allah merahmati kalian.

Kepada ibu-ibu di seluruh Malaysia: Selamat Hari Ibu.Beruntunglah anda kerana bergelar ibu disebalik ramai lagi yang masih tertunggu-tunggu untuk menjadi ibu.

Selamat Hari Ibu!

07 May 2010

Tragedi Subuh

Mutakhir: Layari Sinar Harian untuk lanjutan posting blog ini yang diterbitkan semalam-@apa-apa sajalah

Subuh semalam menyaksikan satu lagi kemalangan yang memakan korban berlaku di Jambatan Sultan Yusof di Batu 5, Jalan Teluk Intan-Lumut.

Kemalangan yang berlaku betul-betul di atas jambatan menyebabkan beratus malah beribu kenderaan 'terlantar' di dalam kesesakan lalulintas yang dahsyat melibatkan dari arah Lumut, arah Teluk Intan dan arah Hutan Melintang.

Kemalangan yang berlaku di dalam waktu orang sedang menuju ke tempat kerja menyebabkan kelewatan beribu-ribu dikalangan mereka.

Jadual penghantaran barang turut terjejas.Bas-bas tersadai menyebabkan kelewatan dan gangguan waktu perjalanan.Guru-guru tiba lewat ke sekolah menyebabkan murid-murid dari kelas tertentu tidak dapat menjalani sesi pembelajaran.

Isteri penulis merupakan antara yang terperangkap di dalam kesesakan lalulintas tersebut dan dia juga antara  mereka yang berpatah balik kerana lalulintas hampir tidak berjalan berjam-jam lamanya.Sebagai alternatif untuk pertama kalinya beliau membonceng motorsikal penulis untuk ke pejabat. (klik tajuk untuk selanjutnya)

02 May 2010

Lagu, Perfume dan Kenangan...

Kita selalu punya cara tersendiri untuk mengimbau atau mengingati sesuatu peristiwa di dalam rentetan hidup seharian.Baik perkara tersebut suatu peristiwa yang manis, pahit waima sangat bermakna dalam kehidupan kita.

Cara mengingati sesuatu itu kadangkala memang kita sendiri yang menetapkannya dan bagi sesetengah orang pula ia hadir tanpa disedari.

Yang pasti sedaya upaya kita akan cuba mencipta atau menyedari akan sesuatu itu yang signifikan dengan peristiwa di dalam hidup seharian.

Barangkali ada yang mengingatkan sesuatu tempat sebagai cara mengingati kisah silam dan mungkin juga ada yang menjadikan hari-hari tertentu yang istimewa sebagai cara menyingkap sejarah lalu dalam hidup. (klik tajuk untuk selanjutnya)


22 April 2010

Sekilas...

 Hampir dua minggu tiada khabar di dalam blog ini.Hanya kemaskini serba sedikit wajah blog ini.Selebihnya kerana tiada berita atau bahan yang menarik,penulis hanya mampu membaca blog-blog rakan terutama blog-blog politik yang panas dengan demam PRK Parlimen Hulu Selangor.Maka bercempera kisah-kisah politik.Ada yang melucukan tidak kurang juga yang menggeramkan. (klik Tajuk)

11 April 2010

Zalimnya Mereka Yang Tidak Romantis

Malam ni sedang baring-baring di atas katil setelah keletihan sehari suntuk di Ipoh siang tadi, penulis teringat sesuatu tatkala merenung lampu tidur di meja sisi katil....(klik tajuk)

06 April 2010

Trend Ubahsuai Kereta Terkini

Trend modifikasi kereta di negara ini umpama musim.Kalau anda masih ingat dahulu kita akan dapat melihat trend ubahsuai kereta seperti memasang spoiler tinggi hingga boleh dianggap seperti penyidai kain.Tidak kira model walaupun design kereta tersebut di era 70-80 an. (klik tajuk)

17 March 2010

Best and Bad Part of My Day

Hari ini julung kalinya penulis menjadi seperti YB yang turun padang untuk menjuarai hati rakyat.He he he.
Manakan tidak, penulis menerima jemputan dari pemimpin masyarakat setempat untuk mengenali lebih dekat kawasan seliaan penulis.Dan itu bukanlah satu masalah besar. (klik tajuk)

H.E.L.M.I

Tajuk di atas adalah bersempena nama penulis.Maknanya anda boleh cari sendiri.

Tapi sejak bertukar ke seksyen baru ini, ianya agak menimbulkan kekeliruan.Beberapa pemimpin masyarakat menghubungi telefon bimbit dan bercakap sesuatu yang penulis tidak perlu tahu dan tidak patut tahu! (klik tajuk)

Hmmmm...

Hanya itu yang mampu diungkapkan untuk tajuk posting kali ini.

Asfa: "Bro, aku pakai Merc E240 Avantgarde pun spare-part tak semahal ini.Ni pun dah kira bagus kita sempat tarik keluar dari Proton Service tu.Kalau tak, seratus lebih jugak kau kena kapur".

Aku:" Tu la pasal.Aku pun tak sangka menatang ni mahal gilors.Taula teknologi kereta continental.Europe design tapi harga macam tak munasabah.Ini pun kira bagus ada worksyop mamat ni yang pernah jadi leader Eon Service dulu.Member-member punya pasal dia tak la mark up tahap cipan macam Proton Service tu."

Asfa: "Rilek bro.Ni kena RM 605.00 kira ok.Kat Proton Service tadi giler betul dia charge sampai RM 720.00".

Aku: "Giler-giler jugak bro.Ni aku dah rabak RM 600.00 aper citer.Tak pasal-pasal melepas sale IKEA hahaha.Gaji dah la lambat lagi coz bulan lepas dapat awal sebelum CNY".

Asfa: "Tak pe bro.Janji kereta yang diiktiraf sebaris Jaguar di Thailand ni dah ok semula.Memang besar hikmah kau tak jadi pergi Pahang minggu lepas.Kalau tak, tak tahu lah apa nak jadi".

Aku: "Ini semua ujian Allah.Setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya".

Perbualan tersebut diubahsuai sedikit dari kisah benar tentang kejadian kereta isteri yang mengalami kerosakan cable plug baru-baru ini.Sebagai makluman harga cable plug kereta penulis ialah sekitar RM 100 manakala untuk kes kereta isteri penulis ini ialah sekitar RM 600 termasuk upah pasang.

Ini adalah rentetan dari beberapa siri baikpulih kereta tersebut yang kos spare partnya menyamai model kereta mewah.

08 March 2010

Salam...

Paparan klip di blog kali ini ialah memetik sebuah daripada lagu genre nasyid yang paling penulis minati iaitu oleh UNIC bertajuk Balqis.Diharap anda dapat menikmati bait-bait lagu ini seterusnya mengambil sedikit sebanyak iktibar dan mesej yang cuba disampaikan.

Selamat berhibur.

Gelang Mangnet (Magnetic Bracelet)


Pernah dengar menatang tu?Ala...yang AC Mizal jadi jutawan pasal jual mende ni lah.Ada yang murah dan ada yang mahal.Bergantung kepada material.Tapi magnetnya tetap magnet yang sama la.
Aku beli mende ni sebelum kahwin dulu.Maknanya hampir tiga tahun yang lalu dengan harga RM 180.00.Aku juga beli untuk isteriku (ketika itu masih couple2 lagi).Ingat lagi ia ditempatkan dalam satu box yang sangat eksklusif.

Setelah beberapa tahun terperap di dalam drawer, tengahari tadi aku menemuinya dan dengan segera memakainya.Sangkaku ia tidak mendatangkan kesan seperti masa mula-mula memakainya dulu.

Tapi meleset sama sekali.Kali ini aku rasa kepala berat dan seluruh urat saraf seperti berdenyut.Setelah terasa tidak dapat mengawal diri, aku baring di atas katil dan terlelap hampir 3 jam lamanya! Namun sebaik sahaja bangun, terasa badan lebih segar.

Bezanya mula-mula aku memakai sejurus membelinya dahulu ialah, ia menyebabkan aku mengalami cirit birit yang serius sehingga badan menjadi lemah.Setelah bertanya kepada jurujual, beliau menyatakan kesan bergantung kepada seseorang individu.Kes yang dihadapi aku itu mungkin tindakbalas magnet dengan sistem peredaran darah untuk menyingkirkan toksin.

Lazimnya seseorang akan terasa kesannya setelah memakainya untuk kali pertama.

Jika apa yang dikatakannya itu benar, bermakna gelang tersebut masih berfungsi dengan baik apatah lagi sejak sekian lama aku tidak memakainya dan jika sebaliknya ia hanya satu kebetulan! Anda nak cuba?

07 March 2010

Nota Hati Seorang Lelaki (Edisi 5-8 Mac '10)

Jumaat ( 5.3.2010)
6.30 pagi
Qaseh masih belum bangun dari tidur yang lena ketika aku menghantar isteri ke Teluk Intan untuk bertolak ke Terengganu bersama rakan sepejabatnya.Malam tadi Qaseh meragam tidak mahu tidur seakan tahu ibunya akan meninggalkannya untuk beberapa hari.
Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibubapaku dan bercadang mengambil Qaseh dari rumah mertua selepas solat Jumaat.Oh ya,hari ini seorang penduduk kampung meninggal dunia.Semalam seorang penduduk juga telah meninggal.Termasuk minggu lepas, sudah tiga orang yang meninggal dunia.Lepas ini siapa pula?
2.40 petang
Aku berkejar ke rumah mertua untuk menjemput Qaseh.Kebetulan ibuku turut serta kerana selepas ini ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan.Mood Qaseh baik sahaja apabila melihat aku.Isteri aku menelifon memaklumkan telah sampai pada jam 4.30 petang.
9.30 malam
Qaseh tidur macam biasa.Alhamdulillah.Dia masih tidak merindui ibunya.


Sabtu (6.3.2010)
Sepanjang waktu siang Qaseh ok.Isteriku menghubungi untuk memaklumkan terpaksa stay lagi sehari untuk briefing projek barunya.Aduh!
3.30 pagi-5.30 pagi
Qaseh terjaga dr tidur.Walaupun telah diberi susu matanya masih tidak lelap.Reaksinya gelisah dan merengek.Aku rasa dia baru teringat ibunya.Kesian Qaseh.Kesian aku juga kerana mengantuk sangat ni.Mujur ibuku mengambil tempat menenteramkan Qaseh.Thanx mak.


Ahad(7.3.2010)
8.00 pagi
Qaseh masih lena kesan kerana tidak tidur lena malam tadi semasa aku menghantar ibubapaku kursus haji di Masjid Daerah.
9.00 pagi
Qaseh bangun, siapkannya dan terus hantar ke rumah mertua.Adik-adik iparku ingin 'meminjamnya' untuk sehari ini.
5.00 petang
Ibu mertuaku menelifon untuk meminta Qaseh tidur di rumahnya malam ini.Aku akur walaupun bimbang kerana Qaseh sukar untuk tidur tanpa aku atau ibunya di sisi.Aku pula segan untuk tidur di rumah mertua tanpa kehadiran isteri.
10.45 malam
Adik ipar mengirim SMS memaklumkam Qaseh okey dan bersedia untuk tidur.Dan aku pula keseorangan di bilik dingin ini menanti isteri kesayangan pulang esok...
Selamat malam Sayang...selamat malam Qaseh...

19 February 2010

B.O.M.B.A

Acapkali kita disedekahkan dengan hidangan drama bersiri bercorak dunia kepolisan di TV masa kini.Sesekali jika bernasib baik kita berpeluang menonton drama bercorak ketenteraan.

Masalahnya pernahkah drama bercorak bomba dan penyelamat ditayangkan di TV negara kita?

Seingat penulis tiada.Kenapa?Penulis tiada jawapan untuk itu.

Yang pasti penulis berpendapat masih belum tertanam di dalam diri warga negara ini rasa untuk berbangga dan menginsafi pengorbanan anggota bomba yang bergadai nyawa menjadi penyelamat di dalam kebanyakan kes kecemasan.

Seringkali kita akan memandang dengan penuh perhatian jika bertemu tentera atau polis tetapi hanya memandang sepi jika terpandang bomba.Melainkan jika kebetulan bertembung dengan situasi sebuah jentera bomba meminta laluan di jalanraya dengan membunyikan sirennya, barulah kita akan memberi perhatian kepada mereka.

Sedarkah kita jika berlaku kes-kes kecemasan terutama melibatkan kebakaran dan kemalangan warga bomba adalah agensi pertama yang terlintas di fikiran.

Manakala jika sesebuah organisasi menganjurkan bengkel keselamatan kebakaran yang memerlukan penglibatan bomba barulah kita memberi perhatian.Natijahnya majoriti lebih memandang ringan perkara tersebut.

Anda pernah menonton program Jepun iaitu Ninja Warior di TV9?

Jika diamati dengan teliti, warga Jepun sangat berbangga menjadi anggota bomba terutama mereka yang berkecimpung dalam pekerjaan tersebut.

Ini dapat dilihat melalui peserta program tersebut yang terdiri dari beberapa peserta dari kalangan anggota bomba.Mereka berbangga berpakaian seragam bomba semasa menyertai cabaran lasak tersebut.

Berbeza dengan kita yang seboleh mungkin merahsiakan identiti sebagai seorang anggota bomba (segelintir sahaja).

Untuk akhirnya di dalam artikel yang penulis pun tidak tahu mengapa tiba-tiba menulis tentang bomba ini, harapan ialah semoga kerjaya ini dimartabatkan dan diangkat setara dengan agensi keselamatan lainnya.

p/s:APMM dan beberapa agensi lain turut perlu diberi publisiti sesuai dengan keadaan semasa yang menuntut warganegara ini untuk mengenali fungsi sesuatu agensi.

18 February 2010

Semalam di Beijing...

Sewaktu tiba di rumah sekitar jam 7 malam dari Taiping tadi, kami berkira-kira untuk makan apa pada waktu malamnya.Maklumlah ibu mertua masih berada di Taiping.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan malam segera di Restoran McDonalds.Lagipun adik ipar penulis (Terima kasih cikgu Azhani) yang beria-ia untuk membelanja kami makan.

Sebaik tiba,membuat pesanan dan mulut mula menyuap, barulah kami berenam memandang sekeliling.Bukannya apa.Kami janggal kerana mendengar perbualan dari segenap penjuru yang bukan dari bahasa kebangsaan kita.Sesekali kedengaran gelak ketawa yang begitu asing untuk difahami.

Barulah kami perasan, restoran sebegitu besar rupanya hanya diisi oleh kami berenam selaku bangsa Melayu.Selebihnya ialah kaum cina yang mungkin masih dalam mood tahun baru harimaunya.

Kami saling berbisik suasana tidak ubah seperti di McD Beijing.Mujurlah petugas kaunter dan staff restoran tersebut rata-ratanya berbangsa seperti kami.

Begitu aman Malaysia kerana setiap penduduknya bebas untuk bergaul (bukan pergaulan bebas seperti yang dilarang Islam) dan bertebaran di muka bumi ini menjalankan kehidupan harian.

Hendaknya kita akan saling hidup aman sebegini dan bertoleransi supaya suasana muhibbah ini akan berkekalan hingga bila-bila.

Kepada pihak yang masih tidak senang dengan situasi sebegini cukup-cukuplah.Jangan kerana nafsu dankepentingan peribadi, semua ini hendak dikorbankan...

p/s: Elakkan makan makanan segera seperti ini secara kerap kerana ia tidak baik untuk kesihatan!

Al-Fatihah Untuk Pak Long

Setelah mendapat khabar dari doktor seminggu lalu yang memberi harapan kepada kami bahawa Pak Long hanya mempunyai kira-kira seminggu untuk bernafas, akhirnya hari ini-setelah bertarung nyawa kira-kira seminggu-Pak Long akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir subuh tadi (5.26 pagi) untuk kembali menemui Maha Pencipta.

Allahyarham Pak Long menghidap kanser tahap 3.

Seawal jam 7 pagi kami sekeluarga bertolak ke Taiping untuk menziarah jenazah Pak Long-yang sempat kami lawat semasa hayatnya pada hari Sabtu lepas.

Alhamdulillah, urusan pengebumian berjalan lancar selepas solat Zohor di Masjid Simpang, Taiping dan seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Al-Fatihah...

12 February 2010

"Anboksing" Acer Aspire 4736





Setelah sekian lama hanya menggunakai laptop terpakai, akhirnya penulis memilih komputer riba model di atas untuk kegunaan kerja harian oleh isteri.

Dengan pengetahuan ala-ala kampung tentang dunia perkomputeran, kami main belasah je membeli laptop ini yang berharga RM 2,500.00.Sebenarnya tidak membayar pun kerana segalanya ditanggung oleh syarikat di mana isteri penulis berkhidmat he he he...

p/s: Posting sebelum ini berkenaan "anboksing Kembara" juga sebenarnya dibeli oleh syarikat tempat isteri penulis berkhidmat.Jangan marah...

"Anboksing" Kembara EZ SE


Selepas memiliki sebuah kereta sedan dan sebuah kereta kompak, kali ini penulis dan isteri memutuskan untuk memiliki sebuah SUV 4WD.Ciri yang lasak dan struktur yang tinggi serta dalam lingkungan bajet yang ideal memuktamadkan kami untuk memilih sebuah Kembara sebagai kereta ketiga.


Walaupun sentimen pasaran kepada model ini agak kurang memberangsangkan kerana nilai jual kembali yang tidak berbaloi, kami yakin dengan prestasi model ini disebabkan cirinya yang mesra pengguna dan warnanya yang membuatkan setiap orang bertanya mengenainya.


Memang terdapat individu yang skeptikel kepada model ini terutama dari segi kecekapan penggunaan bahan api, tetapi kepada kami ia tidak menjadi halangan kerana ia setara dengan kuasa enjin yang diluahkan dan penggunaan agresif dalam kehidupan seharian.


02 February 2010

Sekilas Pegawai Khas

update 5 feb 2010- Kenapa terdapat sesetengah pihak dari kalangan orang melayu sendiri dan beragama Islam yang terlalu sibuk menyalak untuk tindakan tegas diambil ke atas Datuk Nasir (yang juga Melayu dan Islam)?

Inilah nasib orang kita.Walaupun cuba untuk membela bangsa sendiri tetap dipersalahkan.Beliau bukan sebodoh itu untuk menghentam membuta-tuli kaum-kaum lain itu.

Penulis sempat menyelusuri komen-komen di blog rakan-rakan yang rata-rata menyokong penuh ucapan beliau.Ia tidak lebih sekadar iktibar untuk diinsafi.Malangnya ia telah disalahtafsir.

.................................................

Penulis pernah bercakap sedikit mengenai beliau di dalam blog ini tahun lepas ketika lawatan ke pejabat PM (Baca sini).

Dan hari ini apabila terbaca berita dari portal Malaysiakini (Baca sini), penulis merasa sangat terkejut.

Secara peribadi walaupun hanya sekali kami bertemu, penulis dapat merasakan betapa kecintaan beliau tertumpah di negara berdaulat ini.

Pasti sesuatu yang sangat mengganggu emosi dan menyentuh tangkai hati beliau hingga mengungkapkan sesuatu yang dianggap rasis.

Pada pertemuan tertutup kami tersebut, kami yang hadir ketika itu terdiri dari pelbagai bangsa boleh berjenaka secara santai dengan beliau.Malah penulis sempat bergambar dengan beliau dek kerana tahu kami sebenarnya 'sekapal'.

Kami semua juga bertukar pendapat dengan beliau secara terbuka dan penuh mesra.Bagaimanapun kami menghormati pendirian beliau iaitu kesediaan meletak jawatan demi rasa kebertanggungjawaban terhadap insiden tersebut.

Semoga Dato tetap setia-seperti yang penah beliau ungkapkan ketika berucap kepada kami dahulu.

31 January 2010

Nyaris!

Jam 4.35 pagi.
Hari Ahad.
Lokasi:Balai Polis Bagan Datoh

"Maaf encik! Saya mabuk.Saya tak sedar apa bila itu India bawak sama saya punya kereta."

"Kamu jangan mahu tipu ya?Habis apa pasal dalam kareta kamu ada parang?"

"Saya selalu kena samun maa...saya mahu jaga saya punya kebun sawit itu 37 ekar punya"

"Kamu jangan bohong"!

Pang!!!!!

...........................................................................................

Perjalanan pulang dari menghadiri khenduri di Lekir malam tadi berjalan lancar.Jam menunjukkan pukul 12.25 pagi sewaktu kami mula memasuki simpang jalan Sungai Dulang-Bagan Datoh.Masing-masing telah mulai lena kecuali aku yang terpaksa memandu menggantikan ayah yang keletihan di sebelah.

Sebaik sampai di hadapan Sekolah Kebangsaan Bagan Lalang, sebuah kereta mengejar kereta kami dengan memberi lampu tinggi.

Menyedari kemungkinan kereta tersebut mahu cepat, aku memberi laluan.Tiba-tiba kereta yang memintas kami tadi memberi isyarat supaya kami berhenti.Menyedari sesuatu yang buruk bakal berlaku, ibuku pantas memberi arahan supaya tidak berhenti.

Setelah beberapa kilometer, akhirnya aku terpaksa berhenti kerana kereta tersebut membrek secara mengejut.Sebaik berhenti beberapa orang bersenjatakan parang segera keluardari kereta tadi dan meluru ke arah kami.

Aku tidak sebodoh itu untuk menyerah.Dengan pantas aku menekan pedal minyak dan memecut dari tempat kejadian setelah mendapat sedikit ruang di sebelah tepi kereta tersebut yang menghadang laluanku.

Adegan kejar-mengejar kembali semula.Ayahku segera memberi arahan untuk masuk ke halaman sebuah rumah rakannya yang kebetulan di tepi jalan tersebut.Aku membrek secara mengejut dan terus membelok ke rumah tersebut.Namun tidak masuk terus.Penjenayah yang mengekori kami juga membrek mengejut dan segera berpatah balik apabila menyedari kami ingin mendapatkan bantuan.

Aku berfikir secara pantas dan tanpa membuang masa mengundur dan mengejar kereta penjenayah tersebut.Aku menyuruh adik-adikku yang lain mengecam nombor pendaftaran kereta Kancil tersebut.Di sebelah, ayah ku merayu supaya aku tidak terus mengejar kereta tersebut namun ditenangkan oleh ibuku.

Setelah mendapat nombor pendaftran tersebut aku menghubungi polis dan kembali ke rumah di mana kami membuat pusingan tadi.

Di rumah tersebut, rakan ayahku yang juga seorang 'taiko' bertindak mengumpul rakan-rakannya dan terus mencari suspek.Sementara menanti ketibaan polis, kami mencari di merata tempat dan akhirnya mengesan kereta suspek di Perumahan Awam Sungai Dulang.

Dari empat orang yang berada di dalam kereta penjenayah tadi, kami hanya menemui seekor cina yang agak mabuk.Manakala 2 ekor India dan Seekor Flores telah menghilangkan diri.

Lauk sudah di depan mata dan apalagi, penyangak tadi dibelasah secukup rasa sebelum polis tiba tidak lama kemudian.

Siasatan awal polis mendapati kereta tersebut memang milik setan tadi dan setan tadi juga mempunyai rekod jenayah samun bersenjata dan pecah rumah.

Semoga baki setan yang terlepas akan dapat diberkas sedikir masa lagi.Alhamdulillah keluarga kami selamat dari kejadian samun tersebut.

.............................................................................


Aku dalam cerita di atas adalah Ainul Farhan Basir yang juga sepupu kepada penulis.Kejadian tersebut berlaku malam semalam semasa perjalanan pulang dari Lekir.Sebelum itu beliau juga sempat singgah di rumah penulis.

"Seperti memandu kereta di dalam permainan video" katanya pendek.

27 January 2010

Ibu Qaseh...Isteriku Jua...


Sepanjang minggu lepas adalah minggu paling menguji kekuatan fizikal dan mental dalam keluarga kami.Ia juga merupakan satu proses pembelajaran untuk kami mengawal tekanan dalam kerja mahupun kehidupan seharian.

Bukanlah satu perkara yang mudah apabila penulis diterjah pengarah di kawasan seliaan penulis.Dan bukan mudah juga untuk isteri penulis bekerja pada minggu pertamanya.

Minggu lepas merupakan minggu pertama isteri penulis kembali ke profesion hakikinya setelah kontrak menjadi guru berakhir pada akhir Disember lalu.

Profesion terkininya menjadi seorang Resident Engineer (RE) di sebuah firma perunding bukanlah satu kerjaya yang mudah.Banyak terpaksa dikorbankan dan sebagai suami, penulis juga terpaksa berkorban banyak masa dan tenaga.

Seawal dua hari pertama beliau bertugas, beliau terpaksa menghadiri beberapa mesyuarat bersama pengarah peringkat Jusa untuk satu projek kendaliannya di Putrajaya.Bersengkang mata bekerja sehingga jam melewati 1 pagi untuk menyediakan laporan teknikal mesyuarat tersebut menyebabkan Qaseh hanya sempat bermain bersama ibunya beberapa jam sehari.Manakan tidak sewaktu ke pejabat Qaseh masih lena dan sekembali dari pejabat Qaseh sudah lena dibuai mimpi.Penulis yang bimbangkan keselamatannya pulang lewat pagi dengan rela hati menghantar dan menjemputnya.

Terima kasih kepada ibu dan ibu mertua yang sering memberi perhatian kepada Qaseh sepenjang ketiadaan kami.

Dan beberapa mesyurat lain bersama ketua-ketua kampung di mana lokasi projek yang sedang menjalani pembinaan juga terpaksa dihadiri.

Jika selama ini hanya penulis yang mengenali kekentalan hati isteri, beberapa orang juga kini mengakuinya.Beberapa rakan dari agensi terlibat yang turut hadir pada satu mesyuarat yang dihadiri isteri memaklumkan betapa mereka menghormati isteri penulis dengan kekerasan hatinya.Ini kerana mereka pun agak tidak sanggup untuk dihentam di dalam mesyuarat.

Manakan tidak, walaupun dihambur dengan berbagai komplen secara kasar termasuk oleh YB (Yang Bangang?Mungkin juga) kawasan, isteri penulis tetap keras dan YB juga ditempelaknya.Seorang pegawai dari agensi lain yang mengusiknya "Ingatkan sudah menangis dan balik" juga ditempelak kembali.

Rakan penulis yang turut hadir pada mesyuarat tersebut juga tabik dengan prinsip isteri penulis yang keras hati.

Namun, isteri penulis yang penulis kenali tetap seorang yang penyayang walaupun semasa bertugas beliau seorang yang tegas dan berpendirian.Kesimpulannya penulis dan Qaseh tetap terpaksa membayar dengan harga yang agak mahal untuk masa yang kian berkurangan dengannya.

Tahrir As-Syam-Apa lagi yang dimahukan?



Keheningan malam desa tercinta yang selama ini tenang tiba-tiba dipecahkan dengan gempita umpatan, kejian, makian dan segala macam sumpah seranah demi menegakkan benang basah pihak tertentu.

Tidak pernah selama ini budaya ceramah sedemikian hadir di desa ini mencacatkan kedamaian yang selama ini dinikmati.

Apa lagi yang dimahukan?idak damaikah lagi mencari rezeki di bumi ini.Paling merobek perasaan apabila golongan bukan Islam yang berceramah.Dan yang dimaki hamun orang kita Melayu Islam.Dan yang bertepuk sorak orang Islam.

Inikah yang anda mahukan?

Jika sepanjang beberapa minggu lepas anda menyaksikan dokumentari Tahrir As-Syams di dalam slot Buletin Utama, tidak dapat tidak kita akan merasa tersentuh dengan penderitaan yang dialami oleh saudara Islam kita yang dijajah di sana.

Adakah kita mahu peritiwa berdarah Shabra Shatila berlaku di bumi Malaysia ini.Secara ringkas peristiwa berdarah ini berlaku apabila sejumlah orang Islam yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam di kem pelarian mereka.Apalah yang terdaya dilakukan oleh mereka untuk melawan musuh tanpa senjata.

Jika Umat Islam di negara ini masih tidak belajar daripada peristiwa tersebut, tidak mustahil kita akan ditindas dan melukut di negara sendiri.

Kepada penduduk di kawasan kejiranan penulis ini, kasihan anda kerana anda telah dimanipulasi oleh mereka yang bijak berkata-kata dan mempunyai sejumlah budi untuk ditaburi-semuanya untuk memikat anda yang masih bingung untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku.

Insaflah dan tidak rugi andai kita semua bersatu kembali.Kepada golongan profesional terutama guru yang tentunya menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan, anda pasti tidak dapat selesa seperti hari ini tanpa keprihatinan kerajaan sediada.

Belajarlah untuk berterima kasih....

23 January 2010

Sempurna


Tiada manusia yang sempurna.Apatah lagi dikalangan kita.Tapi tidak salah rasanya kalau kita mementingkan kesempurnaan.Lagi pula jika ia bertujuan baik dengan tiada niat bermegah-megah atau sebagainya yang negatif.

Sejujurnya lazim kita sendiri tidak menyedari samada diri kita mementingkan kesempurnaan atau tidak.Mungkin ada part-part tertentu kita hendak sempurna manakala part selainnya diabaikan.

Sesetengahnya mementingkan kesempurnaan tapi sedar akan kemampuan diri untuk bertindak sempurna dalam perkara dikehendaki.Justeru golongan ini akan cuba untuk mencapai tahap kesempurnaan berdasarkan ruang lingkup kemampuannya.

Kepada mereka yang berkemampuan tentunya akan menganggap kesempurnaan yang dicapai oleh golongan sederhana tadi belum mencapai tahap klimaks kesempurnaan yang dikehendaki mereka.

Kesempurnaan mencakupi segala hal yang berkaitan dengan diri.Mungkin dari segi aset atau harta benda, personaliti, kerjaya, sahabat mahupun keluarga.

Ambil contoh seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam kehidupan hariannya.Mungkin individu ini akan lemas atau rimas dengan keadaan rumah yang berselerak.Pada pandangan orang lain mungkin ia biasa namun bagi individu ini ia suatu kesengsaraan.

Apabila beliau mengemas mulalah mungkin ada individu lain mengatakan beliau terlalu mementingkan kesempurnaan susun atur rumah.Hakikatnya bukan itu yang dimaksudkan oleh individu yang berkemas tadi tetapi itulah habit atau tabiatnya yang tidak suka sepah.

Inilah yang dikatakan kita sendiri tidak menyedari kita pentingkan kesempurnaan.

Bagi diri penulis pula, penulis tidak akan dapat tidur lena sekiranya bilik tidur berselerak.Tabiat tersebut di bawa sehingga hari ini walaupun telah beristeri dan mempunyai anak.Penulis hanya mahukan satu suasana tidur yang berkualiti walaupun tiada LCD terlekap di dinding bilik!Penulis juga tidak suka keadaan dalam kereta yang bersepah dan berhabuk.Biar bahagian luar kotor (kalau sempat basuh memang mesti basuh!) tetapi bahagian dalam mesti bersih dan kemas.Kereta isteri juga akan penulis pastikan sentiasa bersih dan kemas.(Shhh...golongan perempuan ni selalu bawa kerta janji boleh start dan terus jalan.Lain-lain memang tak ambil tau.)

Isteri penulis sendiri kadangkala membebel menyatakan penulis seorang yang nak perfect serba serbi dan mempunyai citarasa tinggi walaupun hakikatnya penulis bukanlah seperti yang digambarkan.

Kesimpulannya tidak salah kita memilih kesempurnaan asalkan ia tidak membawa pembaziran atau mudarat kemudian hari.

nota: Sebagai bonus, blog ini akan memaparkan lagu Sempurna oleh Gita Gutawa sebagai tema.


22 January 2010

Siapa yang Harus Dipersalahkan?


Persoalan di atas timbul beberapa hari lalu apabila penulis menghubungi seorang rakan berkenaan satu hal berkaitan pembayaran cukai tanah.

Rakan yang arif tentang hal-hal tersebut sedang memandu ketika penulis menghubungi telefon bimbitnya.

Perbualan kami berjalan lancar apabila lama kelamaan suaranya tenggelam dan yang tinggal hanyalah desiran angin....

Penulis cuba menghubunginya lagi sekali tetapi tidak berjawab.

Setengah jam selepas itu....

Rakan penulis menghubungi penulis semula.Lega rasanya kerana penulis hanya membayangkan perkara negatif sejak perbualan kami terputus tadi.

Sebanarnya semasa kami berbual, sebuah kereta peronda polis kebetulan mengekori kereta rakan tadi dan ternampak beliau sedang berbual di telefon tanpa alat bebas tangan (hands free).

Mujurlah beliau hanya diberi amaran tanpa disaman.Semuanya kerana rakan penulis itu memberi alasan sedang dihubungi oleh seorang VIP berkenaan mesyuarat yang akan diadakan pada esok hari.Mati-mati polis yang menahannya dikelentong dan percaya dengan cerita tersebut.Tapi yang lebih meyakinkan apabila rakan tadi masih memakai tanda pengenalan diri di bajunya yang menunjukkan seorang panjawat awam.

Penulis tinggalkan persoalan tersebut di sini berkenaan siapa yang harus dipersalahkan.

a) Penulis yang tidak tahu beliau sedang memandu menghubungi telefon bimbitnya.

b) Rakan tersebut yang sedang memandu menjawab panggilan penulis tanpa memaklumkan beliau sedang memandu dan meminta penulis menghubunginya semula di lain masa.

c) Polis yang menahan rakan tersebut dan hanya memberi amaran tanpa menyamannya.

d)Atau adakah Telefon bimbit kami berdua yang bersalah kerana menyebabkan kami saling berhubung???