Besok hari Sabtu.Minggu lepas cuti hujung minggu terpaksa menghadiri kursus.Minggu ini dapatlah berehat bersama keluarga,chewahh...
Dah lama penulis tak post artikel mengenai persekitaran.Sibuk berdebat pasal politik.Entah mana benang basah yang tertegak pun tak taulah.
Yang pasti seawal jam 8.00 pagi besok menghantar isteri untuk menduduki exam di SMK Raja Muda Musa.Exam MedSI untuk kelayakan ke program DPLI-Diploma Perguruan Lepasan Ijazah.Doakan kejayaannya ya.
Lepas tu terus menuju di Manjung.Mengambil perkakas dan barangan adik yang telah menghabiskan sessi praktikal di Pejabat Daerah Manjung.Dengarnya sambutan perpisahan dia dahsyat.Dua kali jamuan makan telah diadakan!Maklum dah jadi kesayangan seisi pejabat.
Soalan cepu emas-Dah ada calon ke belum? he he he!
Jemputan kenduri tidak pasti ada atau tidak kerana kebanyakan orang akan mengalami musim ini pada musim cuti sekolah sahaja.
Kesimpulannya Sabtu tu jadual akan agak penuh juga.Ahad barulah mungkin membawa Qaseh jalan-jalan.Kalau pergi pun mungkin tempat yang dekat-dekat sahaja.
Seterusnya basikal senaman (yang statik ada satu roda sahaja tu) pun telah dibasuh dan diletakkan semula di dalam rumah.Rasa nak kayuh semula la.Maklum macam dah berat jer nih he he he.Isteri penulis pun sebenarnya yang suruh masukkan.Konon dia nak kayuh tapi setakat ini tak nampak pun kayuhan seorang juara dia tu.
Isnin pula public holiday di Perak sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Perak.Bolehlah agaknya ada masa membasuh kereta-kereta yang parking di rumah tu.
Itu sajalah..Jumpa lepas cuti.
2 comments:
lalala...mcm mana nak kayuh basikal kalau qaseh asyik nak main same je..hehe
Senang jer.Bagi Qaseh lagi satu basikal senaman.Tapi yang kecik je.
Abang pun tak sangka kat kedai alat senaman basikal tu harga stil dlm RM 1k.After less pun RM 888.00!
Post a Comment